Written by AbangNara | February 27th, 2014

Tempoh seminggu yang diberikan oleh Sharnaaz Ahmad buat Fauzi Nawawi dan Nisdawati untuk memohon maaf kepadanya nampaknya akan berlalu begitu sahaja. Ini kerana Fauzi Nawawi hari ini menerusi Harian Metro memakluman yang tuntutan Sharnaaz adalah mengarut dan tidak berasas sama sekali. Nampak gayanya akan berpanjanganlah kontroversi antara mereka bertiga ini.
fauzi nawawiFauzi Nawawi dengan tegasnya menyatakan tidak akan ada perkataan maaf yang akan terpacul dari mulutnya buat Sharnaaz. Kata Fauzi:-

Takkan ada perkataan maaf daripada saya. Maaf saya sudah habis. Jadi kita tunggu dan lihat. Saya berada di pihak yang benar. Saya hanya pertahankan isteri dan bersedia hadapi apa-apa yang akan berlaku.

Kalau dia nak minta maaf kerana menengking dan menyerang Lisda, saya okay saja, tapi untuk saya pergi minta maaf, saya takkan buat begitu.

sharnaaz ahmad dan fauzi

Kalau boleh biarlah kemelut ini diselesaikan secara baik. Kalau dah bawa ke mahkamah, memang makin panjang ceritanya. Tak salah pun nak bermaafan sesama sendiri. Abang Nara tak nampak ini sebagai isu besar. Apa kata anda bertiga berjumpa dahulu dan bincang hati ke hati sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang. Tak gitu?
fauzi nawawiP.S: Cantiknya Vivy Yusof menghiasi majalah Hijabista terbaru ini. Memang sesuai sangat-sangat. Kalau tak sabar nak baca mengenai pengasas FashionValet ini, apa kata anda muat turun majalah ini di tablet dan smartphone anda menerusi Emall Karangkraf. Harga pun jauh lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai buku.

Written by AbangNara | February 26th, 2014

Hebat. Tiada siapa menyangka KL Gangster akan jatuh turun takhta namun itulah hakikatnya. Filem The Journey kini unggul di atas takhta kutipan filem tempatan tertinggi. Filem berbahasa Cina ini telah pun berjaya mengutip RM12.92 juta sehingga Ahad lalu dan masih lagi ditayangkan di kebanyakan pawagam seluruh Malaysia. Kemungkinan besar angka RM15 juta mampu dicapai oleh filem terbitan Astro Shaw dan Astro Shaw ini.

the journey kutipan

Filem The Journey mengisahkan Uncle Chuan yang berpegang teguh pada adat berasa kecewa apabila anak tunggalnya, Bee ingin berkahwin dengan jejaka Inggeris, Benji selepas sedekad menuntut di United Kingdom. Begitupun, kerana kasih seorang bapa, Chuan bersetuju tetapi dengan syarat. Mereka harus berkompromi dengan keinginannya untuk mengadakan majlis mengikut tradisi.
the journey kutipanMalah cara mengundang tetamu juga konvensional dan konservatif iaitu mereka sendiri harus menyerahkan kad jemputan tidak kira di mana lokasinya. Lalu bermulalah perjalanan Chuan dan bakal menantunya merantau ke pelosok tempat. Tanpa mereka sedar, penjelajahan itu bukan sekadar misi jemputan ke kenduri kahwin, sebaliknya perjalanan mereka mengenal diri dan satu sama lain.

the journey kutipan

Tahniah diucapkan kepada pengarah, pelakon dan mereka yang terlibat di dalam filem The Journey ini. Apa yang berjaya dibuktikan menerusi kejayaan ini ialah filem yang bagus tanpa pelakon yang baik tetap akan ditonton oleh orang ramai. Daripada review yang Abang Nara baca, jalan cerita dan kisah yang dekat dengan rakyat Malaysia antara daya penarik filem ini. Kalau berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam berhampiran anda sebelum terlambat.

Written by AbangNara | February 26th, 2014

Kalau sebelum ini A Aida ada menyarankan agar artis buat pembedahan untuk nampak cantik, hari ini menerusi Harian Metro pelakon ini membuat pengakuan telah 3 kali membuat pembedahan hidung. Namun jangan salah sangka. Pembedahan yang telah menelan belanja lebih kurang RM100,000 ini dilakukan untuk merawat kesan kecederaan yang dialami 20 tahun lalu.

a aida bedah hidung

Kalau A Aida bedah semata-mata untuk mancungkan hidung atau mencantikkan hidungnya, memang Abang Nara tak boleh terima. Namun kalau untuk pulihkan kecederaan, memang dibenarkan. Kata A. Aida:-

Saya tidak pernah membuat pembedahan plastik atau kosmetik di bahagian lain tubuh badan saya untuk cantik seperti artis-artis lain tetapi setakat ini, hanya hidung saja dibedah atas dasar rawatan.

Saya bukan buat untuk cantik kerana saya memang sudah berpuas hati dengan apa yang Tuhan beri, tetapi kecederaan itu memaksa saya merawatnya.

Saya buat sedikit pembedahan ketika itu tetapi bengkaknya masih berterusan dan saya bertemu doktor untuk rawatan kosmetik sekali lagi kira-kira 10 tahun lepas. Bagaimapun masih ada kesan bengkak dan lendiri berkumpul di bahagian batang hidung hingga hujung tahun lalu.

Atas nasihat seorang rakan artis, saya lakukan pembedahan kali ketiga dengan kos sebanyak RM25,000 tetapi masih tidak berpuas hati sebab ia tidak kembali seperti hidung asal saya.

a aida bedah hidungKecederaan pada hidung ini dialami oleh A Aida ketika menjalani pemggambaran drama Lela Sari di Pulau Besar, Melaka. Akibat kecederaan ini, hidung A Aida mempunyai darah beku di dalamnya. Apa pun kalau untuk tujuan rawatan memang dibolehkan untuk membuat pembedahan. Diharap jangan ada artis yang sengaja gatal sebab duit banyak nak bedah kasi mancung hidung pulak.

P.S: Motosikal pertama daripada Lotus

Written by serenity | February 26th, 2014

Selepas Datuk Chef Wan mengkritik set nasi lemak yang dihidangkan dalam penerbangan Malaysia Airline System, giliran Chef Zam pula mengkritik makanan MAS.
 photo Untitled.png
Melalui Instagram beliau, Chef Zam menyatakan kekesalan beliau terhadap hidangan MAS yang disifatkan ‘memalukan’ memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’ namun pengalaman pertama mereka menjamah makanan Malaysia tidak mencerminkan apa yang sepatutnya.

Gambar ini diberi kapsyen:

There is something terminally wrong with MAS food onboard. It is such a huge embarrassment not only to domestic passengers but most importantly to our foreign guests. How in the world can you promote this country as a food haven when their very first encounter with our so-called ‘cuisine’ is this ridiculousness?? It really embarassingly undermines the government’s effort i.e. MATRADE, Tourism Malaysia and the likes spending hundreds of millions of tax payers’ hard-earned money every year trying to paint a glorious picture of our cuisine to the world. Some people up there MUST go NOW!!  @Malaysia_airlines @Malaysiaairlines

Makanan ini dikatakan dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Ia sepatutnya hidangan nasi putih dengan asam pedas ikan tetapi dikhabarkan ikan tidak ada dalam hidangan tersebut .Nasinya juga dikatakan ‘lembik’ dan sayur yang sedih, tanpa hidangan pencuci mulut.

Sebelum ini Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok sebagai ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timun, yang menurut beliau, tidak mewakili nasi lemak sebenar Malaysia dan pilihan lauk yang sebenarnya.

Sekiranya pembaca BeautifulNara mempunyai pengalaman lain yang ingin dikongsikan dengan makanan penerbangan MAS, sila lakukan di ruangan komen.

Nota: Untuk pencerahan, dalam entri Chef Zam kritik makanan MAS, bukan beliau yang menggunakan perkataan ‘sial’. Sebaliknya dia memuat naik semula gambar instagram dengan kapsyen yang ditulis oleh orang lain iaitu orang yang dihidangkan makanan tersebut. Chef Zam hanya menulis kapsyen dalam bahasa Inggeris seperti dalam entri di laman BN. Harap maklum. -admin