Written by AbangNara | January 27th, 2014

Amboi, amboi dan amboi. Seronoknya pengantin baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Masih di dalam fasa bulan madu dan mengenali diri masing-masing, mereka berdua telah terbang ke Bali, Indonesia untuk “honeymoon” kedua dengan ditemani oleh rakan-rakan rapat. Antara yang turut sama ialah Man Kajang dan AnnasEaskey yang merupakan tunjang utama majlis perkahwinan mereka tahun lalu.

rozita dan zain

Di harap “honeymoon” kali kedua ini akan membawa berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga di dalam hidup Che Ta dan Zain Saidin. Bercakap mengenai kehamilan, Che Ta nyata teruja. Kata Che Ta kepada portal GUA:-

Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya pun sudah berusia 16 tahun Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata.

rozita dan zain

Insya Allah, pasti ada rezeki buat Zain dan Che Ta suatu hari nanti. Berusahalah sebaik mungkin. Jangan lupa berdoa kepadaNya. Abang Nara pasti para peminat pun akan gembira sekiranya Che Ta berbadan dua dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Zain Saidin dan Che Ta di Bali dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 27th, 2014

Semakin panas, semakin sengit dan semakin hangat persaingan Maharaja Lawak Mega 2013. Minggu lalu, pentas Maharaja Lawak Mega 2013 di Kedah menyaksikan kumpulan SYJ tersingkir. Walaupun lawak yang dilakukan oleh mereka memang menggeletek pankreas (terutamanya lawak segmen Karoot Komedia), namun ternyata peminat kurang menggemari lawak “double meaning” yang disampaikan oleh kumpulan ini. Jual “donut” memang kelakar tetapi nampaknya tidak cukup untuk meraih undian.

syj tersingkir

Secara jujur, prestasi keseluruhan kumpulan SYJ sepanjang MLM 2013 memang membanggakan. Setiap minggu, “chemistry” antara mereka bertiga makin mantap. Daripada pemerhatian Abang Nara, Sepahtu harus berhati-hati dan tidak mengulangi resepi lawak yang sama. Kalau minggu depan Rahim sekali lagi menjadi topik mereka, ia pasti membahayakan kedudukan Sepahtu.

nabil

Nabil juga harus bangkit dan tidak boleh menggunakan “solo” sebagai modal kasihan. Keputusan beraksi solo dibuat olehnya sendiri, jadi Nabil seharusnya menerima kenyataan tersebut. Minggu lalu, lawak Jambu paling terbaik bagi Abang Nara. Siapakah yang akan menjadi peserta terakhir tersingkir sebelum “final” Maharaja Lawak Mega 2013? Sama-samalah kita nantikan Jumaat ini.

P.S: Herbalife didakwa jalankan skim piramid

Written by AbangNara | January 27th, 2014

Pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk melihat wajah comel Don Mustofa, anak sulung Ustaz Don Daniyal dan isterinya Husna. Tidak mahu membiarkan peminatnya tertunggu-tunggu, Ustaz Don telah berkongsi gambar pengarang hati jantungnya menerusi akaun Facebooknya. Suka Abang Nara melihat gambar mereka sekeluarga. Memang “one happy family”. Sejuk mata memandang.

gambar anak ustaz don

Ustaz Don juga turut berkongsi beberapa video yang berisi tunjuk ajar, nasihat dan kemudian mencukur rambut anaknya itu sambil bersalawat bersama-sama isteri dan rakan-rakan.

Video Ustaz Don sekeluarga

 

Video Ustaz Don cukur rambut anaknya

Memang sempoi Ustaz Don ini. Diharap lebih banyak video sebegini yang akan dikongsikan oleh Ustaz Don untuk tatapan bakal ibu bapa di luar sana. Tahniah buat Ustaz Don dan isteri sekali lagi atas kehadiran Don Mustofa. Semoga rezeki anda dimurahkan dan kehidupan anda sekeluarga lebih diberkati.

Written by AbangNara | January 27th, 2014

Satu demi satu perubahan dilakukan oleh Mizz Nina. Pasti Noh Salleh bangga dengan apa yang diusahakan oleh isterinya ini. Selepas berhijab baru-baru ini, Mizz Nina kini mengambil keputusan untuk hanya menyanyi di hadapan wanita sahaja. Keputusan ini diambil atas kesedarannya sendiri dan bukan atas paksaan orang lain.
mizz nina

Berkata kepada Berita Harian, Mizz Nina menegaskan yang dia tidak menyesali keputusan ini. Kata Mizz Nina:-

Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah. Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya. Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu

mizz nina

Semoga keputusan ini akan membawa lebih keberkatan dan ketenangan dalam hidup Mizz Nina. Abang Nara lihat Mizz Nina dengan pengaruhnya mampu menjadi idola wanita berjaya kepada remaja-remaja di luar sana. Semoga suatu hari nanti, Mizz Nina akan menjadi “role model” seorang muslimah yang hebat buat wanita-wanita lain kelak. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Nombor plat W1N milik Sultan Johor

Page 5 of 30« First...34567...102030...Last »