Written by AbangNara | January 2nd, 2014

Ok gelaran pasangan suami isteri paling comel sememangnya wajar diberikan kepada Lisa Surihani dan Yusry. Cute dan romantis sangat mereka berdua ini. Berada di London selama seminggu, Lisa dan Yusry telah terbang ke Amerika Syarikat untuk menyambut tahun baru 2014 di Walt Disney World Resort. Seronoknya wei!!!

lisa dan yusry

Sementara masih berdua ini, memang sesuai sangat untuk berjalan jauh-jauh sambil berbulan madu. Semoga tahun 2014 ini akan ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam kehidupan mereka. Sama-samalah kita doakan. Apa pun Abang Nara suka dengan salah satu gambar “firework” yang telah dikongsi oleh Lisa menerusi Instagramnya. Awesome sangat-sangat!!!

lisa dan yusry

Cantik kan? Semoga pembaca BeautifulNara juga dimurahkan rezeki untuk tahun ini dan berpeluang menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding tahun 2013. Lagi beberapa keping gambar Lisa dan Yusry dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fareeda aisya

P.S: Ingin tampil anggun bergaya seperti Mawar Fizo? Dapatkan segera paten terbaru Fareeda Aisya. Pilihan yang pelbagai, corak-corak menarik dan terbaru dan sememangnya berkualiti tinggi. Sangat sesuai digayakan untuk semua acara. Jom layari Facebook Fareeda Nyata Jelita  untuk melihat koleksi yang ada untuk pilihan..

 
Written by AbangNara | January 2nd, 2014

Jelesnya Abang Nara melihat gambar-gambar Nur Fazura menyambut tahun baru 2014 di Las Vegas. Untuk makluman, Fazura sudah berada di Amerika Syarikat sejak 24 Disember yang lalu. Seronok sungguh melihat keriangan di wajah Fazura bersama “crown Happy New Year” di kepalanya. Comel sangat-sangat.

fazura sambut tahun baru 2014

Fazura tidak berseorangan menyambut tahun baru di Las Vegas sebaliknya ditemani oleh 2 orang rakan berkulit putih. Melalui caption yang ditulis di akaun Instagramnya, hubungan mereka bertiga diklasifikasikan sebagai “bestfriend”.

We’re the 3 best friends that anybody could have..???? Love u both so much!???? @jeffn31l @randyseidman #TheGoodGuys #Celebrations #Friends #GreatTimes #FazbulousInLasVegas

fazura sambut tahun baru 2014

Abang Nara yakin sambutan tahun baru di Las Vegas lebih meriah berbanding di Kuala Lumpur. Apa pun, semoga tahun 2014 akan membawa seribu sinar buat Fazura. Mungkin sudah mula boleh fikirkan mengenai mendirikan rumahtangga. Abang Nara pasti banyak peminat Fazura yang tak sabar mahu melihatnya di atas pelamin. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Tata Nano berenjin diesel bakal diperkenal bulan hadapan

 
Written by AbangNara | January 2nd, 2014

Tahun 2013 merupakan tahun yang penuh dugaan, cabaran dan ujian buat pelakon Johan As’ari. Banyak kontroversi yang melibatkan dirinya dan wanita yang melanda. Tak salah rasanya untuk Abang Nara katakan reputasi Johan tercalar kerana kisah cintanya dengan Lana Nordin yang telah berakhir baru-baru ini. Ramai yang memandang rendah dan menganggap Johan adalah lelaki yang suka mempermainkan hati wanita.

johan as'ari

Apa pun, Abang Nara tertarik dengan luahan hati Johan yang ditulis menerusi akaun Instagramnya. Menarik juga madah yang dikarang olehnya. Ada bakat juga si Johan ini rupanya. Ayat power!!!

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menyalahkan sesiapa sahaja, sebaliknya aku akan terus bermuhasabah diri kerana aku juga insan yang akan di hisab di akhirat kelak.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menggunakan agama demi kepentinganku sendiri kerana orang sebegitu tempatnya di neraka yang paling bawah, neraka jahannam.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk mempermainkan hati-hati wanita kerana aku lahir dari perut seorang ibu. Darjat seseorang ibu itu lebih tinggi berbanding dengan seluruh wanita di dunia mahupun bidadari2 syurga.

Hidup ini adalah ujian..
Andainya aku telah melukakan hati sobat semua, jadi maafkanlah dengan setulus ikhlas kerana aku adalah insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Senyum selalu sobat2 ku.? assalamualaikum..

johan as'ari

Semoga tahun 2014 ini akan membawakan sinar baru buat Johan As’ari. Sama-samalah kita doakan agar Johan bertemu wanita yang benar-benar mahu dijadikan isteri olehnya. Kepada Johan, selamat menempuh dan semoga berjaya di tahun baru 2014.

Written by AbangNara | January 1st, 2014

Berita yang agak mengejutkan dunia Kpop telah pun terjadi pada hari pertama tahun 2014. Lee Seung Gi telah pun disahkan sedang bercinta dengan salah seorang ahli kumpulan SNSD/Girl’s Generation iaitu Yoona. Abang Nara pasti ramai jejaka yang kecewa dengan berita ini kerana Yoona sememangnya antara ahli SNSD yang paling comel, cute dan menawan.

yoona dan lee seung gi bercinta

Dilaporkan bahawa mereka berdua mula bertemu sesama sendiri sejak September 2013. Mereka juga didapati telah ber”dating” di Han River setelah kepulangan Lee Seung Gi dari Jepun. Kedua-dua agensi yang mewakili selebriti ini telah mengesahkan status percintaan Lee Seung Gi dan Yoona dalam kenyataan masing-masing.

yoona dan lee seung gi bercinta

Untunglah Lee Seung Gi dapat awek cute dan comel seperti Yoona. Semoga anda berdua berbahagia. Kepada para peminat kedua-dua selebriti ini, doakanlah agar hubungan mereka berpanjangan sehingga ke hari perkahwinan. Tahniah!!!