Written by AbangNara | January 29th, 2014

Secara jujur, Abang Nara tak sempat melihat satu episod pun rancangan MasterChef Malaysia All Stars. Sedar tak sedar, dah ada pemenang dah pun rupanya. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir yang telah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Celina Khor di dalam episod akhir rancangan ini yang telah ditayangkan semalam.
zamir juara masterchef allstars

Bertemakan “Pembalasan Terakhir”, dengan kemenangan ini Zamir melayakkan dirinya untuk menyumbang wang sumbangan sebanyak RM55,000 kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih. Menariknya walaupun episod akhir turut dirakamkan terlebih dahulu, keputusan hanya diketahui semalam kerana kedua-dua peserta telah membuat rakaman “kononnya” mereka bergelar juara. Kata Zamir menerusi portal Murai:-

Sebenarnya Zamir terkejut apabila diumumkan sebagai juara pada malam ini kerana semasa penggambaran dijalankan, saya dan Celina masing-masing telah menjalani proses rakaman yang sama.

Rakaman pertama, Celina dinobat sebagai juara, dan yang keduanya saya pula. Inilah keunikan MCMAS kerana kami langsung tidak diberitahu tentang keputusan yang telah dibuat juri

zamir juara masterchef allstars

Zamir sebelum ini turut menyertai Masterchef Malaysia musim pertama namun sekadar berjaya menempatkan dirinya di kelompok 4 terbaik. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir atas kejayaan ini. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada Zamir untuk mencapai cita-citanya. Tahniah Zamir!!!

Written by AbangNara | January 29th, 2014

Baru-baru ini, rakan baik Lisa Surihani, Scha Al Yahya telah pun mengumumkan kehamilannya. Selaku seorang isteri, Lisa juga kini sedang berharap agar gilirannya akan tiba jua untuk bergelar seorang ibu. Namun sehingga ke hari ini, masih belum ada rezeki buat dirinya dan suami, Yusry. Untuk makluman, Lisa dan Yusry sudah pun berkahwin kira-kira 2 tahun.

lisa surihani hamil

Adat pasangan yang dah berkahwin, pastinya sering diasak dengan soalan mengenai kehamilan. Lisa Surihani juga tidak terkecuali. Tidak kisah dengan soalan-soalan biasa seperti “bila lagi?”, Lisa mengakui yang dirinya kecil hati apabila ada pihak yang bertanyakan soalan-soalan sensitif. Kata Lisa kepada MalaysianDigest:-

Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, bila lagi, bila lagi…? Ini semua kuasa Allah. Mungkin belum rezeki kami. Tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.

Saya tak faham kenapa mereka tak sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri mereka dalam situasi saya. Bukan kami tak berusaha, tapi tidaklah sampai kami perlu berkongsi tentang perkara itu pada umum.

Disebabkan soalan-soalan yang sensitif itu, membuatkan saya asyik terfikir walhal saya dan suami, kami okay saja. Sebab itu saya luahkan rasa kesal dengan sikap beberapa pihak itu di Instagram baru-baru ni, mujur ramai yang menyokong saya dan saya rasa lega

lisa surihani hamil

Betul kata Lisa Surihani itu. Takkanlah hal dalam kelambu pun nak kena beritahu orang ramai. Abang Nara pasti Lisa dan Yusry adalah orang yang paling teruja dan berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata. Selaku peminat, kita boleh “concern” tapi janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Insya Allah kalau kita doakan, mana tahu ada berita baik untuk pasangan ini. Buat Lisa dan Yusry, bersabarlah. Insya Allah akan ada rezeki anda suatu hari nanti.

P.S: Michael Schumacher mungkin koma sepanjang hayat

Written by AbangNara | January 29th, 2014

Tahun 2014 nampaknya bermula baik untuk pelakon jelita, Nur Fazura. Setelah filem lakonannya, Kami Histeria ditayangkan di pawagam, Fazura kini dilantik sebagai duta produk Avon Color. Memang satu gandingan yang sangat sesuai pada pandangan Abang Nara. Pastinya produk kosmetik Avon Color akan menyerlahkan lagi kejelitaan Fazura.

nur fazura avon color

Sempena perlantikan ini, Avon telah melancarkan Ultra Color Absolute Lipstick. Lipstik terbaru ini akan mula dijual di pasaran pada 16 Februari ini pada harga RM19.90. Turut sama dilancarkan peraduan “Crazy for Lipsticks Scratch & Win” dengan hadiah utamanya ialah sebuah Perodua Viva S.
nur fazura avon color

Tahniah diucapkan kepada Nur Fazura atas perlantikan ini. Semoga semakin dimurahkan rezeki sepanjang tahun 2014. Untuk informasi lanjut mengenai Avon, sila layari www.my.avon.com. 2 lagi gambar sekitar majlis perlantikan Fazura sebagai duta produk Avon Color dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Dokumentasi 39 hari terakhir seorang pesakit kanser

 
Written by AbangNara | January 28th, 2014

Sesungguhnya Anugerah Juara Lagu sentiasa dinantikan oleh peminat-peminat muzik tanah air. Untuk kali ke 28 penganjurannya, AJL kali ini menyaksikan jumlah tontonan sebanyak 6 juta dan paling membanggakan, hashtag #AJL28 telah “trending” di nombor 1 bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Satu pencapaian yang sangat hebat untuk mereka yang terlibat di dalam menjayakan anugerah berprestij ini.

ajl28

Jutaan tahniah diucapkan kepada kesemua mereka yang menjayakan AJL28. Dengan tema “Game On“, AJL kali ini tampak lebih futuristik. Apa yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah persembahan jemputan daripada Datuk M. Daud Kilau. Suara beliau tetap sama dari dulu sehingga sekarang. Masih “steady” lagi. Terbaik Datuk!!!

ajl28

Semoga AJL yang ke 29 tahun hadapan akan lebih meriah dan mutu penyertaan semakin meningkat demi kebaikan industri muzik tanah air kita. Lagi beberapa gambar sekitar persembahan malam AJL28 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada laman web Anugerah Juara Lagu.