Written by AbangNara | January 11th, 2014

Kacak, tampan dan bergaya. Memang patutlah Linda Onn jatuh cinta dengan suaminya Ungku Azhar. Sekali pandang nampak macam pelakon Bollywood. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Muka pun seiras. Insya Allah jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat.

gambar suami linda onn

Kalau sebelum ini Linda merahsia wajah suaminya, kini gambar di atas dikongsi terus menerusi akaun Instagramnya. Tulis Linda:-

Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari official photographer tadi.Thank u hubby ku Ungku Azhar for the photo! Love u like a love song..muahhh!! #hugs #kisses #love #nikah #LoveFromBothOfUs

gambar suami linda onn

Pastinya Linda Onn kini sedang bahagia di samping suami tercinta. Semoga kebahagiaan mereka akan terus berkekalan sehingga bila-bila. Tahniah sekali lagi buat Linda dan Ungku Azhar atas pernikahan anda. Kredit gambar Instagram Linda Onn.

Written by AbangNara | January 10th, 2014

Kalau anda pengikut setia dunia hiburan tanah air, pastinya anda tahu desas-desus penampilan Hanez Suraya yang dikatakan meniru Nur Fazura. Pada pandangan Abang Nara, sekali pandang memang wajah Hanez dan Fazura nampak seiras. Namun daripada segi penampilan, kedua-duanya jauh berbeza dan mempunyai cara mereka yang tersendiri.

hanez suraya

Perbandingan ini tidak tahu dimulakan oleh siapa namun ia banyak diperkatakan di akaun Instagram Hanez Suraya dan akaun Instagram Nur Fazura. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Hanez menafikan dirinya meniru gaya Fazura. Kata Hanez:-

Terus terang saya sendiri tidak tahu dari mana timbulnya gosip itu. Mungkin wajah saya dan Fazura seiras tapi gosip yang mendakwa saya meniru gaya dan imejnya itu tidak betul sama sekali.

Orang yang sebarkan gosip itu terutama peminat Fazura tidak kenal siapa diri diri saya. Saya percaya gosip itu diperkatakan kerana ia berpunca daripada peminat sendiri yang suka membandingkan dan beri komen gambar saya yang dimuat naik di laman sosial Instagram.

Saya merayu janganlah bandingkan saya dengan mana-mana selebriti lain selepas ini. Saya juga suka imej santai tapi kalau nak pergi majlis pastilah saya bersiap dengan lebih rapi.

hanez suraya

Hanez juga turut meluahkan isi hatinya menerusi beberapa gambar yang dikongsi menerusi Instagram. Tulis Hanez:-

I am who i am. I am me and no one else. I am meant to be the way i am exactly. Like it or not, i dont live in this world to please you #hatersgonnahate.

SMILE. Stalker will keep on stalking, judging n comparing. Me? I will always be like me ?? chill and happy #happy #perutkenyanghatisenang #peacenowar #tranquility #happynewyear2014 #hatersgonnahate

hanez suraya

Susah sebenarnya mahu menghakimi seseorang daripada segi imej dan penampilan. Bukan senang nak kata siapa tiru siapa. Fesyen, imej dan penampilan kan sesuatu yang sukar ditafsirkan dan amat luas. Apa pun, beberapa lagi gambar Hanez Suraya dengan membaca artikel ini untuk memudahkan anda sendiri buat perbandingan.

 
Written by AbangNara | January 10th, 2014

Kalau Abang Nara ialah Remy Ishak, pasti sedang melompat kegirangan sekarang ini. Mana tidaknya, si ayah sudah memberi “lampu hijau” untuk meneruskan perhubungan dengan anak perempuannya. Kalau anda tidak tahu, desas-desus sedang bertiup kencang yang Remy Ishak dikatakan bercinta dengan Budi Citawan, anak kepada Wan Hanafi Su.
remy ishak dan budi citawanKeintiman Remy Ishak dan Budi Citawan menimbulkan spekulasi percintaan apabila mereka berdua sering dilihat hadir bersama ke beberapa majlis. Seperti biasa tiada komen daripada Remy Ishak atau Budi Citawan sendiri mengenai status perhubungan mereka. Kata Wan Hanafi Su kepada Harian Metro:-

Saya tak ada masalah jika mereka berkawan. Apa salahnya sebab saya pun pernah muda dan lalui macam mereka. Kalau mereka berkawan begitu, saya tak ada halangan. Kebetulan saya memang kenal Remy dan menyenangi sikapnya. Jadi apa salahnya kalau mereka memang berkawan, saya restui saja.

remy ishak dan budi citawan

Alhamdulillah. Awal-awal lagi dah dapat restu, makin senanglah kalau betul-betul bercinta dan nak masuk meminang nanti. Abang Nara tengok Remy dan Budi Citawan pun memang sama cantik sama padan. Peminat pun pasti dah tak sabar nak tengok Remy naik pelamin. Kalau ada jodoh, segerakanlah.

P.S: Perjalanan mendaki gunung yang amat seriau

Written by AbangNara | January 10th, 2014

Yeah ~~~~~~~ Berita gembira untuk peminat filem Hollywood. Pelakon dan penerbit filem terkemuka, Mark Wahlberg telah melahirkan hasratnya untuk membuat penggambaran sekuel filem The Italian Job di Malaysia. Filem yang dinamakan The Brazilian Job ini sedang dalam proses pengemasan skrip untuk memastikan ia lebih baik daripada The Italian Job.
mark walhbergMark Walhberg menerusi Harian Metro hari ini berkata pemilihan Malaysia sebagai lokasi penggambaran The Brazilian Job adalah berdasarkan faktor keindahan dan tarikan pelancongan. Kata Mark:-

Sebenarnya sudah lama dan banyak kali saya bercakap mengenai rancangan untuk membuat sekuel The Italian Job. Saya berminat untuk menghubungi kerajaan Malaysia sekiranya saya boleh melakukan penggambaran sebahagian daripada filem itu di Malaysia. Saya tahu Malaysia adalah tempat yang cantik dan ia (penggambaran filem ini) akan menarik lebih ramai pelancong ke sana.

mark walhberg
Abang Nara dapat bayangkan aksi kejar mengejar dan tembak menembak dilakukan di atas jambatan Putrajaya. Mesti klasik gila. Diharap kerajaan Malaysia dapat memberi sokongan kepada Mark Walhberg untuk penggambaran filem ini. Pastinya ia adalah satu teknik mempromosikan Malaysia yang confirm berjaya. Semoga perancangan ini akan menjadi kenyataan. Tak sabar rasanya nak melihat bagaimana penggambaran filem Hollywood ini dilakukan.

Page 20 of 30« First...10...1819202122...30...Last »