Written by AbangNara | January 30th, 2014

Agak terlambat Abang Nara berkongsi mengenai penafian Yana Samsudin atas dakwaan dirinya membuat pembedahan hidung. Desas-desus ini mula kedengaran selepas Yana pulang daripada bercuti. Namun menurut tuan punya badan, perubahan pada wajahnya terjadi kerana memakai pendakap gigi sejak November tahun lalu.

yana bedah hidung

Menurut Yana, penggunaan pendakap gigi ini telah menyebabkan tulang rahangnya berubah. Abang Nara pun pernah dengar mengenai perkara ini. Terang Yana kepada :-Utusan Malaysia

Perubahan pada struktur gigi mengubah bentuk muka saya secara tak langsung. Berat badan saya juga turun. Tambahan pula dengan teknik solekan seolah-olah seperti saya melakukan pembedahan wajah. Walhal saya seorang yang prihatin dengan kecantikan. Saya kerap ke pusat pelangsingan badan dan rawatan muka.

Antara kaedah rawatan wajah yang saya buat termasuk face lifting iaitu urutan yang mampu menegangkan kulit yang menggendur. Sebab saya risau kalau dagu berlapis dan kulit menggelebeh

yana bedah hidung

Logik juga alasan yang diberikan oleh Yana Samsudin ini. Memang pakai pendakap gigi ini akan merubah wajah kita sedikit sebanyak. Lebih-lebih lagi apabila hanya makan sedikit kerana rasa tidak selesa. Itu belum ditambah dengan teknik solekan yang pelbagai macam sekarang ini. Hidung “kemek” Abang Nara pun boleh nampak macam Won Bin. Tegas Yana:-

Sebenarnya dari awal lagi wajah saya ini memang tak pernah sama. Kalau kurus muka berubah begitu juga sebaliknya

yana bedah hidung

Diharap dengan penjelasan ini, spekulasi bedah hidung ini akan berakhir. Abang Nara tak rasa artis Malaysia sudah sampai ke tahap orang Korea yang gilakan pembedahan. Lagipun gadis Melayu memang sudah menawan seperti yang asal. Tak perlu bedah-bedah. Buat jadi lagi pelik je.

Written by AbangNara | January 30th, 2014

Pelbagai produk kecantikan yang berada di pasaran ketika ini. Memang boleh pening kepala mahu membuat pilihan. Salah satu yang menarik perhatian Abang Nara ialah produk dari V’asia Cosmetic & Healthcare yang membantu menyelesaikan pelbagai masalah untuk kesemua peringkat umur. Telah ramai yang berjaya mendapatkan kulit gebu, tubuh sihat dan langsing selepas menggunakan produk keluaran syarikat ini.

platinum v'asi

PLATINUM DRINK merupakan minuman sejuta khasiat yang tinggi diformulasi dengan gabungan 55 herba. Produk ini merupakan formulasi saintifik yang padat dengan antioksida untuk memberi tenaga berpanjangan serta kualiti kesihatan dan kehidupan baik.

9 herba utama seperti Maqui Beri, Acai Beri, Blueberi, Delima, Goji Beri, Prune, Manggis, Mengkudu dan Ganoderma serta ia mengandungi Daun Belalai Gajah yang dikenali sebagai “Daun Ubat”.

Ia sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan semua tahap kesihatan serta yang berpenyakit. Antara testimoni dan pengguna produk ini ialah Dato’ Jalaludin Hassan dan Kartina Aziz bagi mengekalkan tahap kecergasan dan awet muda.

platinum v'asi

Bagi anda yang inginkan bentuk badan langsing dan menawan, APPLESLYM DIETARY dan ORANGESLYM COLLAGEN amat disyorkan bagi anda yang mengalami masalah obesiti atau berlebihan berat badan, perut buncit, lebihan lemak di peha, pinggul, lengan serta perut. Ia amat baik untuk anda yang mengalami masalah sembelit dan sukar lawas. Kesannya anda dapat lihat dan rasai seawal 4-8 jam pertama dimana lebihan lemak, lendir dan toksin akan disingkirkan dari badan melalui pelawasan.

platinum v'asi

APPLESLYM DIETARY disyorkan untuk berat kurang dari 70 KG manakala ORANGESLYM COLLAGEN disyorkan untuk berat melebihi 70 KG. Ia dihasilkan dari ramuan organik semulajadi seperti Fiber Psyllium Husk yang membantu memberi rasa kenyang, Garcinia Cambogia membantu membakar lemak berlebihan, serta Vitamin C dan Kolagen yang membantu memiliki kulit yang cantik, cerah dan gebu. Rata-rata pengguna yang dah cuba amat berpuas hati dengan keberkesanannya.

platinum v'asi

Bagi kesan berganda, sarungkan PREMIUM BODY BEAUTY SHAPING GIRDLE. Badan anda akan kelihatan lebih kecil dan terbentuk serta-merta. Penggunaannya amat selesa, tidak menyekat pernafasan, membantu anda memiliki bentuk badan yang lebih menawan, menyekat selera makan, meningkatkan kadar metabolisma, menaikkan pinggul yang jatuh, mengecilkan perut yang berlemak dan mengelak peha dari bergesel.

Ia didatangkan dengan satu saiz, bersifat memeri dan mengikut bentuk badan si pemakai. Untuk tindak balas yang lebih baik, sapukan LOSYEN PANAS ASLI pada bahagian yang berlemak. Losyen ini dihasilkan dengan 7 herba terbaik pada kehangatan yang berganda berbanding losyen lain di pasaran.

platinum v'asi

LADIES COLLAGEN merupakan minuman tambahan bagi wanita yang inginkan payudara dan pinggul yang mantap, miss V yang lebih ketat, mengatasi permasalahan dalaman seperti kitaran haid yang tidak teratur dan keputihan melampau. Pengambilannya bukan sahaja membantu memberi kesan awet muda serta menaikkan seri wajah malah membantu melewatkan menopaus dan tanda-tanda penuaan. Bagi anda yang merancang kehamilan, pengambilan LADIES COLLAGEN amat disyorkan. Ia juga mempunyai khasiat-khasiat lain yang amat baik untuk dalaman dan luaran wanita.

platinum v'asi

Bagi anda yang berhadapan dengan masalah kulit seperti jerawat, jeragat, bintik hitam, pigmentasi, garis halus, resdung dan parut, dapatkan Set Rawatan Pencerahan & Awet Muda Vitam C + Collagen Series.

Set ini sesuai untuk semua jenis kulit, membantu mencerah secara berperingkat dan kesannya anda dapat lihat dan rasai seawal 7 hari penggunaan tanpa kesan pengelupasan, iritasi atau kemerahan.

Ia dilengkapi dengan 4 produk asas utama iaitu Herbal Lightening Soap + Collagen, Vita C Multi Toner, Sunblock Silky Day Cream dan Collagen Lightening Night Cream yang turut dijual secara berasingan. Sebaik bilasan Herbal Lightening Soap, wajah akan terasa lebih bersih, segar, tegang, cerah dan jerawat akan mengecut.

Bagi anda yang belum mencuba produk dari V’asia Cosmetic & Healthcare, apakata dapatkan dari toko-toko jamu, kiosk dan salun berhampiran atau hubungi 1-800-88-3990 untuk konsultasi secara percuma. Selamat mencuba!!!

Written by AbangNara | January 30th, 2014

Respek Abang Nara dengan prinsip yang dipegang oleh Raja Azmi. Bagi Abang Nara ini adalah satu perkara yang harus dicontohi. Memanglah tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri, namun kalau si isteri mempunyai pendapatan yang lebih, apa salahnya berkongsi dengan suami tercinta? Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban masing-masing. Tak gitu?

raja azmi tanggung suami

Lagipun kita hidup di zaman moden yang penuh dengan pancaroba sekarang. Kalau nak harapkan duit si suami je, pasti tak cukup. Dalam perkahwinan kenalah bertolak ansur dan tolong menolong. Yang penting, kebahagiaan dapat dikecapi. Bak kata Raja Azmi kepada Mstar Online:-

Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi.

Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami. Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia.

raja azmi tanggung suami

Hidup suami isteri sememangnya harus pekakkan telinga dan tidak terpengaruh dengan kata-kata orang luar. Kita lebih mengetahui apa yang terjadi. Abang Nara sokong Raja Azmi. Buat apa kita nak kisah cakap orang lain, ini kehidupan kita. Nanti kalau susah, bukan orang lain itu nak datang tolong pun. Yang penting kita suami isteri bahagia dengan kehidupan kita. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?

P.S: Toyota Prius 2015 lebih baik

Written by AbangNara | January 30th, 2014

Seronoknya Abang Nara melihat gambar yang dikongsikan oleh Zizie Ezette di akaun Instagramnya baru-baru ini. Mana tidaknya, kesemua 3 tempat iaitu Amsterdam, Mexico dan Los Angeles yang dilawatinya memang best-best belaka. Tambah seronok apabila ada suami tercinta, Bung Mokhtar di sisi menemani. Kiranya “honeymoon” lagi sekali la nie.

Abang Nara perhatikan Zizie Ezette sejak bergelar isteri ini memang makin berseri-seri. Kulit wajahnya yang licin makin licin. Beruntung Bung Mokhtar dapat isteri yang menitikberatkan kecantikan. Kalau tak tahu dah kahwin, mesti ramai yang anggap Zizie Ezette ini masih anak dara. Cun melecun sangat!!!

Mana tahu hasil perjalanan kali ini akan ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup Zizie Ezette dan Bung Mokhtar. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Zizie Ezette di negara orang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 3012345...102030...Last »