Written by AbangNara | December 31st, 2013

Jumaat ini, Maharaja Lawak Mega 2013 akan memasuki minggu ke 8. Minggu lalu menyaksikan tersingkirkan kumpulan Say Who yang berasal dari Indonesia. Tiada sebarang kontroversi mengenai penyingkiran ini kerana sepanjang berada di MLM 2013, persembahan kumpulan SayWho sekadar biasa-biasa sahaja. Senang cerita, memang sudah boleh diagak kumpulan SayWho akan terkeluar.
maharaja lawak mega 2013Selain SayWho, kumpulan Wala dan Comey turut tersenarai di “bottom 3”. Daripada pemerhatian Abang Nara, ada 3 peserta yang berkemungkinan untuk menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013. Kumpulan-kumpulan itu ialah Shiro, Jambu dan Sepahtu. Berdasarkan prestasi semasa, Abang Nara melihat kumpulan Shiro mempunyai peluang cerah sekiranya berjaya mengekalkan persembahan yang konsisten.
maharaja lawak mega 2013Persembahan muzikal Shiro minggu lalu sememangnya “power” dan berjaya memecahkan perut Abang Nara. Ketawa tak henti-henti. Chemistry antara Ajak dan Shahrol memang terbaik. Lawak yang disampaikan juga sangat “simple” dan boleh di”relate” oleh penonton. Setakat hari ini, jumlah undian antara Shiro, Sepahtu dan Nabil adalah sama iaitu 25%.
maharaja lawak mega 2013Abang Nara lihat persembahan Shiro setiap minggu memang menunjukkan peningkatan. Namun kumpulan Jambu juga tidak boleh dipandang ringan. Lawak mereka juga hebat walaupun jumlah undian dilihat tidak menyebelahi mereka (sekadar 7%). Sementara itu kumpulan Sepahtu pada minggu lalu mula menunjukkan taringnya selepas beberapa minggu tampil dengan persembahan yang mengecewakan.

maharaja lawak mega 2013

Kumpulan Bocey dan SYJ juga memberikan kejutan dengan persembahan yang konsisten setiap minggu. Nampak gaya seperti Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini memang sengit persaingannya. Namun bagi Abang Nara, pilihan untuk juara ialah Shiro. Abang Nara memang suka dengan lawak mereka. Bagaimana pula dengan anda? Kumpulan manakah yang menjadi pilihan hati? Tuliskan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan pembaca BeautifulNara yang lain.

Written by AbangNara | December 31st, 2013

Semenjak dua menjak ini memang ramai sungguh rakyat Malaysia terbang ke London untuk bercuti. Mungkin harga tiket kapal terbang yang ditawarkan murah. Lagipun hujung tahun memang best pergi ke London kerana jualan murah yang sedang berlangsung di sana. Memang sakan la shopping.

aeril zafrel london

Terbaru, Wawa Zainal, Aeril Zafrel dan anak mereka juga turut ke sana. Sambil bercuti, sambil berbulan madu. Seronok Abang Nara melihat kebahagiaan keluarga ini setelah dilanda kontroversi sepanjang tahun 2013. Semoga tahun 2014 akan membawa lebih banyak sinar kebahagiaan buat mereka. Sama-samalah kita doakan.

aeril zafrel london

Lagi beberapa keping gambar Aeril Zafrel, Wawa Zainal dan anaknya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 31st, 2013

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz iaitu Diyana Halik telah mengumumkan bahawa dirinya akan memakai hijab. Banyak pihak terutama peminat dirinya teruja untuk melihat wajah terbaru Diyana. Kini menerusi akaun Instagramnya, Diyana telah berkongsi beberapa keping gambar dirinya dengan penampilan bertudung.

diyana halik bertudung

Comel bukan? Memang makin terserlah kemanisan dan keayuan Diyana Halik sejak bertudung ini. Semoga Diyana akan terus istiqamah dalam menunaikan tuntutan agama. Sama-samalah kita doakan. Beberapa lagi gambar Diyana Halik bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 31st, 2013

Ah. Seronoknya melihat gambar-gambar sekitar majlis cukur jambul dan aqiqah anak sulung Yasmin Hani ini. Teringat kenangan Abang Nara ketika mengadakan majlis yang sama untuk anak tercinta. Inilah peluang untuk memperkenalkan anak kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Sambil-sambil makan boleh berborak dengan mereka yang sudah lama tidak berjumpa.

akikah anak yasmin hani

Noah, anak Yasmin Hani nampak sangat comel di samping ibu dan ayahnya. Abang Nara suka dengan hiasan bertemakan warna biru yang digunakan. Simple tetapi cukup menarik. Tak sabar rasanya nak buat majlis akikah untuk anak kedua Abang Nara nanti. Insya Allah.

akikah anak yasmin hani

Semoga Noah membesar dengan sihat, ceria dan menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya. Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis akikah dan cukur jambul Noah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Plat nombor G1M masih ditawarkan

 
Page 1 of 301234567...Last »