Written by AbangNara | November 25th, 2013

Berita sedih buat peminat dunia hiburan amnya dan peminat pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad khususnya. Pelakon yang seringkali dikaitkan dengan kontroversi ini telah mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan tanah air. Drama “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” adalah drama terakhir lakonannya.

sharnaaz ahmad bersara

Keputusan mengejut ini diambil oleh Sharnaaz kerana terlalu banyak gosip, kontroversi dan fitnah yang melanda dirinya sepanjang menceburi dunia hiburan. Dengan persaraan ini, Sharnaaz berharap agar hati ibu bapa dan adik beradiknya tidak lagi dilukai. Kata Sharnaaz:-

Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang.

sharnaaz ahmad bersara

Pasti ada peminat wanita terutamanya yang kecewa dengan keputusan Sharnaaz ini. Namun Abang Nara respek dengan pendirian Sharnaaz yang mementingkan kebahagiaan walaupun rezekinya melimpah ruah di dalam bidang lakonan. Duit banyak tapi hati tak senang apa guna kan? Abang Nara serius terharu mendengar kata-kata Sharnaaz mengenai keputusannya ini:-

Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah…

Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. Allah SWT Maha Kuasa.

sharnaaz ahmad bersara

Kagum Abang Nara dengan keputusan yang diambil oleh Sharnaaz Ahmad lebih-lebih lagi ketika namanya sedang meningkat naik. Bukan senang untuk membuat keputusan sebegini. Namun demi keluarga, ia adalah satu tindakan yang amat berbaloi pada pandangan Abang Nara. Semoga Sharnaaz akan terus maju jaya dalam bidang yang bakal diceburinya kelak. Sama-samalah kita doakan.

bbw

P.S: Segalanya lebih murah dari harga pasaran. Dan yang paling menarik, semuanya ORIGINAL dan BERJENAMA. Semua barangan ada…keperluan rambut, minyak wangi, handbag, alat solek dan segala macam lagilah..BestBuy-World memang BEST lah. Sungguh. Kalau tidak percaya, jom layari sendiri my.bestbuy-world.com dan LIKE Facebook BestBuyWorldMalaysia untuk melihatnya sendiri.

Written by AbangNara | November 25th, 2013

Hati ibu mana yang tidak kecewa apabila bayi yang dikandung disahkan gugur oleh doktor. Itulah yang terjadi kepada Amyza Aznan Jumaat lalu apabila bayi keempatnya gugur setelah 2 bulan dalam kandungan. Kesedihan itu pastinya bertambah apabila ada pihak menuduh keguguran itu adalah karma buat Amyza.

amyza

Tuduhan yang dilakukan menerusi sebuah forum terkemuka telah menimbulkan kemarahan yang amat kepada Amyza Aznan. Kalau Abang Nara pun mesti panas hati. Menurut si penuduh, keguguran itu terjadi kerana tindakan Amyza yang pernah memijak perut seorang ibu yang hamil. Abang Nara tak tahu benar atau tidak tuduhan tersebut.Yang nyata, Amyza mengamuk di Twitter angkara kata-kata yang dilemparkan.
amyza

Secara ikhlas, setahu Abang Nara dalam agama Islam tidak ada istilah karma. Hanya ada qada dan qadar. Marilah kita berfikir secara logik. Ambil contoh pembunuhan yang terjadi kepada pegawai bank Ambank baru-baru ini. Kalau nak ikutkan hukum karma, si pegawai bank sepatutnya telah menembak orang lain dulu sebelum dirinya ditembak. Itu baru betul hukum karma. Tak gitu?

amyza

Semoga Amyza Aznan tabah dengan dugaan ini. Jangan dilayan sangat orang yang sengaja nak menimbulkan kemarahan kita. Mungkin dia jeles Amyza badan macam anak dara walaupun sudah anak tiga. Itu yang buat tuduhan mengarut tak ingat. Lagipun orang macam ini lagi dilayan lagi seronok mereka. Jadi buat tak tahu adalah langkah yang terbaik. Apa pendapat anda?

P.S: Kucing HERO aka Abam Iyo sudah meninggalkan kita

Written by AbangNara | November 25th, 2013

Kalau anda masih ingat, sebelum ini Abang Nara ada kongsikan artikel mengenai Fizz Fairuz yang kononnya akan masuk merisik Almy Nadia. Dikatakan Fizz akan masuk merisik “minggu hadapan” (ketika artikel itu ditulis), namun menerusi Kosmo semalam, dimaklumkan bahawa tiada perkembangan langsung mengenai janji manis yang ditaburkan oleh Fizz itu.

fizz fairuz almy nadia

Adakah janji hanya tinggal janji? Adakah Almy Nadia kecewa sekali lagi? Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Almy Nadia berkongsi status Twitter yang penuh emosi. Tidak tahu sama ada ia ditujukan kepada Fizz atau ada permasalahan lain yang menghantui Almy.

almy nadia

Sukar untuk meneka apakah sebenarnya yang sedang terjadi antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia ini. Menurut perancangan yang digembar-gemburkan, mereka berdua akah berkahwin tahun hadapan. Adakah perancangan hanya tinggal perancangan tanpa sebarang perlaksanaan? Atau sememangnya majlis merisik sudah berlangsung cuma Almy dan Fizz tidak mahu berkongsi berita tersebut? Hanya mereka yang ada jawapannya. Sama-samalah kita nantikan.

Written by AbangNara | November 24th, 2013

Salah satu pertandingan muzik yang dinanti-nanti ramai iaitu Anugerah Juara Lagu akhirnya hampir tiba. Pertarungan sengit untuk menentukan 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu edisi ke 28 (AJL28) telah pun tamat. Secara jujur, kesemua lagu yang bakal berentap di AJL28 pada 26 Januari 2014 hebat-hebat belaka.

ajl28

Berikut ialah senarai lagu-lagu yang layak ke AJL28:-

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah

ajl28

Seperti biasa Abang Nara akan buat ramalan keputusan apabila AJL28 kelak semakin hampir. Namun sekali pandang, persaingan sengit antara Black dan Hafiz pasti akan berlaku untuk perebutan Vokal Terbaik. Untuk juara AJL28, kemungkinan lagu Kau Yang Terindah dapat membuat kejutan. Nantikan ramalan daripada Abang Nara kelak. Buat masa ini, apa kata anda mengenai 12 lagu yang terpilih kali ini?

Page 6 of 27« First...45678...20...Last »