Written by AbangNara | November 26th, 2013

Fantastic! Marvelous! Beautiful! Romantic! Itulah perasaan yang Abang Nara rasakan apabila menatap gambar-gambar pra perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang telah dibidik oleh Annas Easkey. Menggunakan latar belakang keindahan kota Paris dan pulau Bali, kecantikan Che Ta dan kekacakan Zain memang tidak boleh dinafikan lagi.

rozita che wan

Daripada sinar mata Zain dan senyuman mereka berdua menatap Che Ta, Abang Nara boleh bayangkan betapa dalamnya cinta bakal pengantin ini. Memang kedua-duanya sama cantik sama padan. Abang Nara paling jeles apabila melihat gambar Che Ta dipayungi Eiffel Tower. Awesome sangat-sangat!!!

rozita che wan

Tak sabar rasanya untuk melihat lebih banyak gambar mereka berdua dikongsikan oleh Annas Easkey. Kalau anda sudah jatuh cinta dengan hasil karya Annas, bolehlah ikutinya di Instagram Annas Easkey dan Facebook Annas Easkey. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

rozita che wan

 

P.S: Baru lepas melahirkan anak? Sering kepenatan kerana berpantang sambil menjaga si comel anda? Cubalah ambil set pantang + ESP Shaklee yang pasti akan menambah tenaga dan juga susu badan anda. Kalau tak pasti mana yang terbaik, boleh LIKE Facebook Doktor Vitamin Anda dan tanyakan pendapat mereka yang pakar. Kalau nak lebih cepat, Whatsapp sahaja ke 013-217 8267

 
Written by AbangNara | November 26th, 2013

Akhirnya setelah merahsiakan wajah dan nama anak sulungnya, Yasmin Hani menerusi akaun Instagramnya telah pun berkongsi maklumat mengenai cahaya matanya itu. Diberi nama Noah Ismail Wong, sekali pandang wajah si comel ini tak tumpah seperti Yasmin Hani. Besar nanti confirm kacak bergaya!!!

noah ismail wong

Semoga Noah Ismail Wong membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak. Kepada Yasmin dan suami, selamat menjadi ayah dan ibu. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Honda City 2014 bakal tiba tidak lama lagi

Written by AbangNara | November 26th, 2013

Wow~~~ Terlopong mulut Abang Nara apabila mengetahui jumlah tajaan yang diterima oleh bakal pengantin baru, Rozita Che Wan dan Zain Saidin. RM13 juta tue. Inilah namanya rezeki nak mendirikan masjid. Kalau perkahwinan Abang Nara ada orang nak sponsor sampai sebegini rupa, kecil tapak tangan, nyiru Abang Nara tadahkan. Setakat yang Abang Nara ketahui, ini adalah jumlah tajaan terbesar yang pernah diterima oleh selebriti tanah air.

che ta dan zain

Tajaan termahal ialah daripada Habibs Jewels yang bakal memastikan Rozita Che Wan berseri-seri dengan barang kemas yang bernilai RM10 juta. Sementara itu busana yang bakal digayakan ketika malam berinai adalah tajaan Bianco Mirmosa bernilai RM55,000. Tidak ketinggalan baju nikah RM100,000 daripada Man Kajang dan baju persandingan bernilai RM150,000.

che ta dan zain

Bersyukur dengan tajaan yang sebegini banyak, Che Ta menafikan dia dan Zain membuat pinjaman bank untuk perkahwinan mereka. Kata Che Ta:-

Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki. Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja.

Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai. Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah

Mana ada kami buat pinjaman bank? Semua perbelanjaan ditaja kecuali duit hantaran dan persembahan artis serta pengacara majlis datang daripada poket kami sendiri.

che ta

Untuk makluman, pengacara untuk majlis pernikahan ialah Ahmad Fedtri Yahya manakala majlis resepsi pula akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman. Pasangan pengantin ini akan berbulan madu mengeliling Eropah terutama di Itali, Jerman dan Belanda selepas selesai majlis mereka. Abang Nara doakan agar semuanya berjalan lancar dan penuh dengan kemeriahan nanti. Tak sabar nak menonton.

Written by AbangNara | November 26th, 2013

Nabila Huda, Instagram dan kontroversi sememangnya tak boleh dipisahkan. Seringkali berkongsi gambar-gambar terbarunya di situ, kadang-kala berlaku pertelingkahan mulut antara peminat-peminat Nabila Huda. Terbaru, Nabila berkongsi beberapa gambar dirinya melakonkan watak Nabila yang kelihatan agak seksi dan telah ditegur oleh beberapa orang peminat.

nabila huda

Setelah menerima beberapa teguran dan kritikan menerusi gambar yang dikongsi, Nabila Huda tampil memberikan komennya sendiri:-

i dont need any teguran from anybody.u should appriciate all of my photos.awk ada dgn sy tak bila sy penat berkerja?time korang tgh berehat senang lenang goyang kaki kt rumah,sy pulak tgh bekerja keras buat yg terbaik utk tontonan anda semua.tapi apa yg korang buat,kecikkan hati sy.kejam sungguh manusia ni kan?sorry sy tak penah sentap because i know what im doin.sy sentiasa maafkan semua yg menyakitkan hati sy.. @seraalys

nabila huda

Apabila ditarbiyahkan mengenai dosa dan pahala, Nabila Huda membidas:-

Macam bagus je semua bila bercakap. Dosa dan pahala tu antara aku dan Tuhan. Korang takde hak nak nilai apa apa atau bagi nasihat pun. Aku share gambar belakang tabir Saloma ni and it’s supposed to be P&C, so tolong la hargai

nabila huda

Susah bukan menjadi seorang selebriti? Semua orang ingin ambil tahu apa yang kita lakukan. Daripada apa yang Abang Nara perhatikan, Nabila Huda adalah seorang yang mempunyai pendapat, pendirian dan percaya dengan apa yang dilakukan. Jadi biarkanlah sahaja Nabila. Kang tak pasal-pasal asyik bergaduh je. Lagi beberapa gambar Nabila Huda versi Saloma dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
plus sizeP.S: Menjadi wanita bersaiz besar sememangnya menyukarkan terutama ketika hendak membeli baju. Bila ada baju yang berkenan di hati, tak ada saiz pulak. Kalau pakai jugak, nampak macam ketat sangat. Penyelesaiannya? Kini anda boleh mendapatkan rekaan pakaian yang menarik di MisClaire dengan harga yang sangat berpatutan. Anda pasti puas hati dan lebih bergaya selepas ini. Layari www.misclaire.com dan LIKE Facebook MisClaire untuk melihat koleksi pakaian mereka.