Written by serenity | November 27th, 2013

Walaupun menguncikan mulutnya rapat-rapat soal perkahwinan dengan teman lelakinya yang sudah menjalinkan hubungan dengannya selama tujuh tahun, ramai yang mahukan Almy Nadia dengan Fizz Fairuz berkahwin.

Maklumlah, sudah bercinta begitu lama, malah Fizz pernah bertunangan dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar tetapi pertunangan itu putus tidak lama kemudian kerana Azlyn didapati isteri kedua seorang ahli perniagaan pula. Macam plot fillem, bukan?

Satu Malaysia tahu kisah Almy yang kecewa tetapi reda sewaktu mengetahui tentang berita pertunangan itu hanya melalui Internet.

Oleh sebab itu, ramai yang menasihatkan Almy supaya mencari lelaki lain yang menyayanginya. Apatah lagi, Almy yang telah berjaya menguruskan badan kelihatan semakin cantik sejak bertubuh kian langsing, pasti tidak ada masalah untuk mencari pengganti.

Namun begitu, kami mendapat khabar yang Almy sebenarnya sudah bertunang, dan kami pasti dia sudah bertunang dengan Fizz Fairuz. Bagaimana kami pasti? Ini kerana tuan punya badan sendiri sudah mengesahkannya dalam satu program hiburan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.


Dalam program “Betul Ke Bohong?” musim keempat, episod sembilan, Almy telah mengajukan persoalan sama ada beliau benar telah bertunang kepada peserta program tersebut, dan jawapan yang diberikan kepada program tersebut ialah ‘betul’.

Tahniah diucapkan.


Saksikan program di bawah  MyGempak RTM & JKKN! Saksikan kehangatan Planet Joget Mygempak pada setiap Selasa jam 9.00 malam di TV1 atau saksikan rakaman Suku Akhir 3, 4 dan Separuh Akhir 1 pada 8 Disember ini pada jam 2.00 petang, 5.00 petang dan 8.00 malam (3 sesi rakaman) secara LIVE di Auditorium Perdana, Angkasapuri Rtm Kuala Lumpur ! Untuk adik-adik cilik jom saksikan Lantai Cilik RTM pada setiap Sabtu mulai 7 Disember ini jam 1.00 ptg hanya di TV2!


Written by serenity | November 27th, 2013

Beberapa hari lepas, akhbar Kosmo! melaporkan tiada perkembangan berhubung Fizz Fairuz yang dikatakan mahu merisik Almy Nadia, manakala Almy  telah memuat naik satu status yang menunjukkan dia seolah-olah ditipu oleh seseorang. Status ini tersebar luas dan ini menimbulkan spekulasi bahawa status itu merujuk kepada Fizz Fairuz yang khabarnya masih belum masuk merisik Almy seperti yang dijanjikan.

Hari ini melalui Sinar Harian, Almy menafikan status itu dimuat naik ke Twitter, sebaliknya diambil dari WeChat beliau.

Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya.

Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya ‘terima’ untuk berkawan.


Almy memberitahu yang dia cukup kesal dengan penyebaran status WeChat itu kerana pelbagai spekulasi telah timbul mengenai dirinya lebih-lebih lagi apabila melibatkan aktor tersebut berhubung pekara itu.

Saya tahu ramai lagi yang masih menghentam Fizz. Mungkin kerana pengalaman lalunya itu. Tapi, itu tidak bermakna dia sentiasa melakukan perkara yang buruk.

Almy turut menafikan status itu ada kaitan dengan sesiapa.

Tapi, apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing.

Saya tidak perlu menjawab mengenai isu tersebut sebaliknya tanyalah sendiri kepada orang yang menyebarkannya.

Almy juga enggan memberikan komen berhubung soal perkahwinannya dengan Fizz:-

Saya tahu apabila orang masih lagi bertanya mengenai diri saya, itu bermakna saya masih lagi diingati dalam industri ini.

Tapi, untuk perkara seperti ini, saya memang tidak mahu berkongsi. Sebab, jika saya bercakap pun, orang akan bercakap juga.

Jadi, lebih baik saya tidak perlu berkata apa-apa. Jalan yang paling baik sekarang adalah dengan berdiam diri.

Mungkin Almy mengambil keputusan untuk mendiamkan diri kerana merasakan itu tindakan selamat untuk diambil. Ialah, sebagai seorang wanita, Almy pasti akan dikritik jika dia kelihatan melebih-lebih.

Apa pun bersama kita doakan pasangan ini akan bersanding di jinjang pelamin jua satu hari nanti.

Written by serenity | November 27th, 2013

Pengarah Michael Ang dan pengacara Azwan Ali memang sinonim dengan ‘percakaran’. Keduanya dikatakan sering bergaduh dalam program Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS) yang sedang ditayangkan di Astro Ria.

Ini menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua selebriti tersebut sememangnya benar-benar bergaduh di alam nyata. Michael Ang memberitahu kepada AstroGempak:

Saya dah malas nak jawab bila orang tanya tentang Azwan Ali. Kalau nak tahu pergi lah tanya dia…tapi saya profesional dan tak kisah pun bila diberitahu Azwan Ali ada bersama dalam MCMAS.

Tambah Michael lagi, dia tidak ambil pusing dengan apa yang dikatakan Azwan di laman twitter kerana baginya laman sosial peribadi adalah hak masing-masing.

Biarlah dia nak kata apa pun…laman twitter dia kan…tak payah lah orang lain nak sibuk-sibuk…dia punya twitter, dia punya sukalah.

Tidak dinafikan, ‘percakaran’ antara keduanya adalah salah satu faktor yang menarik minat orang ramai untuk menonton MCMAS. Mesej Azwan Ali kepada Michael Ang adalah jelas. Sila tonton video di bawah:-

Written by serenity | November 27th, 2013

Sejak menjadi duta sebuah produk pemutihan kulit, kulit pelakon cantik jelita Hanez Suraya Abdul Aziz semakin putih berseri, bukan begitu? Kecantikan kulit Hanez terserlah dalam siri gambar yang dimuat naik ke Instagramnya dari satu lawatan perniagaan ke Hong Kong.


 photo c08f02e0565011e3bb630e1a62a8abff_8.jpg
 photo fca06fa8565011e3bfde0af9940dfb02_8.jpg

Pelakon yang semakin popular ini berpakaian ringkas saja, namun melalui komen-komen di Instagram, ada yang mengatakan Hanez kelihatan seperti seorang selebriti yang juga merupakan pelakon cantik juga.

Khabarnya, para peminat selebriti yang lagi satu tidak berpuas hati kerana penampilan Hanez kelihatan seakan-akan selebiti pujaan mereka itu. Malah, selebriti lagi satu itu juga telah memuat naik imej di Instagram meminta agar stailnya berhenti ditiru.

Kami tidak pasti sama ada ‘peniruan’ itu sengaja atau secara kebetulan. Tetapi bila ada melihat gambar-gambar ini, adakah anda melihat Hanez seperti selebriti popular lain? Berikan pendapat anda di ruangan komen.

Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Saksikan Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2013 pada 30 November (Sabtu) ini. Anda dijemput menyaksikan pertandingan ini secara live di Auditorium Perdana, Angkasapuri mulai jam 8.00 malam, atau saksikannya secara langsung di TV2, mulai jam 9.00 malam.
Seramai 11 peserta pertandingan akhir terdiri daripada Syed Junaid Raza dari Pakistan dengan lagu Itu Kamu dari kumpulan Estrange; Cai Meiling, China (Cinta Abadi – Soo Wincci), Shanaka Nirmal Sirinanda, Sri Lanka (Perpisahan – Anuar Zain); Chogyal Nuchu Dorji, Bhutan (Cukup Indah – Alif Satar); Sayed Mohammad Hasheimian, Iran (Kepadamu Kekasih – Datuk M Nasir); Nurul Bagitova, Kazakhstan (Patah Seribu – Shila Amzah); Mbasu Benard Okaro, Kenya (Dwihati – Aizat & Yuna); Senyange Shaban, Uganda (Jangan Nakal – Alif Satar); Taniguchi Mami, Jepun (Kurik Kundi – Datuk Siti Nurhaliza); Kazi Yasin Islam, Bangladesh (Bahagiamu Deritaku – Hafiz) dan Brunhilde Marie Julia Geuth, Belgium (Kalis Rindu – Elyana).

 
Page 3 of 2712345...1020...Last »