Written by AbangNara | November 1st, 2013

Mencari susu tepung formula terbaik untuk anak Abang Nara adalah satu proses yang sangat mencabar. Selaku ibu bapa, berdebar juga jantung ini dibuatnya. Iyerlah, banyak sangat jenama susu tepung di pasaran sehingga sukar hendak memberi pilihan. Manalah tahu anak Abang Nara ada allergik susu lembu.

dumex

Banyak juga kajian yang dilakukan oleh wife Abang Nara sebelum memilih susu tepung yang dirasakan terbaik untuk anak kami. Kadang-kadang sampai lewat malam wife Abang Nara online membaca blog, portal dan macam-macam lagilah laman web. Nasib baiklah baru-baru ini Abang Nara terjumpa laman web www.dumex.com.my yang padat dengan informasi terkini, boleh bersoal jawab dengan pakar dan ada perkongsian pendapat daripada para ibu bapa yang lain.
dumexWife Abang Nara suka bebenar apabila dapat tahu mengenai laman web Dumex ini. Semua benda ada di dalamnya. Lengkap. Paling disukai olehnya tak lain tak bukan ialah konsep “5+3 quality & safety commitments” yang diamalkan oleh Dumex. Salah satu komitmen yang menarik perhatian Abang Nara ialah “pemeriksaan yang rapi dan teliti”.

Selaku seorang bapa, apabila dapat jaminan sebegini daripada Dumex, memang hati rasa lega dan tak ragu-ragu ketika membuat pembelian produk Dumex. At least tak perlulah Abang Nara nak buat pemeriksaan lanjut sebelum membeli.

Wife Abang Nara pun lega sangat-sangat kerana komitmen daripada Dumex yang memberikan terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan anak-anak di seluruh dunia terjamin.

dumex

3 komitmen tambahan yang dilakukan oleh Dumex sewajarnya dipuji kerana ia sememangnya akan lebih menjamin keselamatan produk-produk mereka. Bukan senang untuk membuat kawalan di peringkat pembekal, inovasi untuk meningkatkan standard dan komitmen 24/7 kepada ibu bapa.

Ini jelas menunjukkan Dumex serius dan aktif memberikan yang terbaik kepada semua ibu bapa di Malaysia. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Dumex adalah syarikat terbaik daripada segi jaminan keselamatan dan kesihatan di Malaysia ini.

Korang sila tonton video di atas tanpa langkau mana-mana bahagian. Lihatlah betapa tingginya penjagaan kualiti yang dilakukan oleh Dumex. Dengan penggunaan teknologi terkini, memang terjamin keselamatan produk yang dikeluarkan oleh mereka. Abang Nara suka dengan ketelusan Dumex mempamerkan video ini. At least ibu bapa tahu apa yang berlaku di sebalik tabir pemprosesan produk-produk mereka.

dumex

Abang Nara sendiri tertarik dengan bahagian “Real Question Real Answers” yang terdapat di laman web Dumex. Kalau selama ini tak tahu nak tanya kepada siapa mengenai kekeliruan yang ada, kini hanya perlu taip dan pakar pemakanan kanak-kanak Dumex akan menjawabnya. Mudah, tepat dan pantas. Soalan-soalan yang ditanya oleh para ibu bapa lain pun sangat sesuai untuk dijadikan rujukan kepada kita semua.

Lepas ini kalau ada soalan-soalan yang wife Abang Nara nak tanya, lebih mudahlah untuk dia dapatkan jawapan. Kadang-kadang ada soalan yang sensitive dan kita malu nak tanya secara berdepan dengan doctor. Inilah kelebihan “Real Questions Real Answers” di laman web Dumex. Tak perlu malu atau segan kerana identity anda dirahsiakan. Boleh tanya apa sahaja yang terpendam di hati. Menarik kan?

dumex

Abang Nara dan wife sepakat menyatakan bahawa laman web Dumex adalah antara yang terbaik untuk ibu bapa yang pernah kami lawati. Informasi yang ada sememangnya lengkap. Malah kami berdua cukup kagum dengan komitmen Dumex untuk memberikan yang terbaik buat ibu bapa dan kanak-kanak di Malaysia. Semoga komitmen sebegini akan diteruskan dan dipertingkatkan oleh Dumex di masa hadapan agar masa depan anak-anak kita akan terus terjamin.