Written by serenity | November 11th, 2013

Perubahan imej yang ditampilkan oleh penyanyi hip-hop yang dikenali di peringkat antarabangsa, Mizz Nina mengejutkan banyak pihak. Kalau dulu dia dikenali dengan imej lincah dan seksi, sejak kembali dari menunaikan haji di Makkah sebulan lepas, Mizz Nina telah tampil dengan imej bertudung dan lebih sopan.

Menurut Mizz Nina kepada MalaysianDigest, dia sememangnya sedang membuat perubahan dalam hidupnya dari segi hala tuju, walau masih mengekalkan nyanyian sebagai karier.

Alhamdulillah selepas pulang dari menunaikan haji, kehidupan saya berjalan seperti biasa dan tiada banyak perubahan. Saya bertambah gembira dan bahagia. Peluang dapat mengerjakan haji dengan suami adalah ibarat seperti satu pengalaman temujanji paling indah dalam hidup saya.

Saya juga boleh katakan yang saya adalah Mizz Nina yang baru. Tapi imej berhijab tak menyekat saya untuk teruskan karier nyanyian cuma hala tuju saya dah berubah. Lagu-lagu yang saya nyanyikan akan lebih matang dan dari segi persembahan saya juga berbeza dan sesuai dengan imej saya sekarang.

Dalam masa terdekat ni saya akan membuat persembahan pentas. Saya akan buat bila saya dah betul-betul bersedia. Dan saya rasa kalau sebelum ni saya pernah berkolaborasi dengan beberapa artis luarnegara, saya rasa mungkin tidak ada lagi projek seperti itu

Menurut Mizz Nina juga, dia tidak kisah jika video atau lagunya semasa masih dengan imej lama dimainkan oleh mana-mana pihak kerana itu diluar kawalannya

Saya masih perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan imej sekarang. Pada saya yang lepas tu biar lah lepas. Andai kata kalau gambar atau muzik video saya yang dahulu di keluarkan atau dimainkan semula, saya tidak kisah. Kerana semua itu bukan atas kawalan saya. Pada saya apa yang berlalu biarlah ia berlalu.

Kami bersetuju dengan Mizz Nina. Perkara lepas biarlah lepas dan semoga Mizz Nina dengan imej baru akan lebih sukses. Ternyata imej menutup aurat bukan merupakan halangan untuk berjaya dalam seni nyanyian seperti yang telah dibuktikan oleh Yuna sebelum ini. Bersama kita doakan.

P.S:BestBuy-World kembali lagi. Kini dengan lebih banyak barangan baru dengan tawaran yang semakin menarik. Memang murah dan semuanya berjenama. Original lagi tu. Dan dapatkan 500 mata ganjaran semasa mendaftar. Jom berjimat dengan melayari http://my.bestbuy-world.com/  atau FB BestBuyWorldMalaysia

Written by serenity | November 11th, 2013

Sebelum ini Raja Azmi telah melangsungkan perkahwinan dengan Eddie CRK di Laman Santai Istana Budaya, malam semalam, bekas suami beliau iaitu Datuk Seri Haji Jalani Sidek yang telah melangsungkan majlis perkahwinan dengan Datin Seri Hajah Zaleha Mohd Khalid.

 photo 1470311_457044791080534_232733674_n.jpg

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Majlis mereka berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida dan Norshila Amin, penyanyi popular 80’an.

 photo 1450779_457030417748638_2059566749_n.jpg

Bersamalah kita mendoakan perkahwinan mereka akan kekal ke akhir hayat. Kredit gambar Datin Zaleha.


Teater Bangsawan “Panji Asmara” pada 15, 16 dan 17 November 2013 (Jumaat, Sabtu dan Ahad), 8.30 malam. Tiket biasa berharga RM 5 manakala tiket PREMIER boleh didapati dengan harga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad + makan malam). Berminat? Hubungi 03-2614 8262 untuk tempahan tiket!

 

Written by serenity | November 11th, 2013

Di awal kemunculannya, penampilan Hanez Suraya tidak begitu menyerlah. Namun semakin lama, wajahnya tampak semakin jelita sehingga timbul khabar angin yang dia telah menjalani pembedahan plastik pada bahagian hidung di sebuah pusat kecantikan di Bali, Indonesia.

Semalam, melalui mStar Online, Hanez telah menafikan khabar angin tersebut.

Cerita ini tidak benar, saya ke Bali baru-baru ini adalah untuk bercuti dan bukan kerana melakukan pembedahan hidung.

Saya tahu ada individu yang sebarkan berita palsu ini dan cuba memburukkan nama saya dalam industri.

Namun begitu, pelakon itu juga berpendapat melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik tidak salah dan kini ia adalah sesuatu praktik yang normal.

Bagi saya pembedahan plastik sudah jadi satu perkara normal bagi sesetengah orang. Kalau seseorang itu buat pembedahan plastik untuk cantik, kenapa tidak? Itu adalah hak masing-masing.

Hanez juga mendakwa lakonannya dalam Love You Mr. Arrogant telah menyebabkan dirinya dihamburkan dengan kata-kata kesat oleh peminat yang besar kemungkinan menyamakannya dengan watak itu yang merupakan watak antagonis yang seksi dalam drama tersebut.

Dia juga  meminta agar peminat tidak terus berbuat demikian.


Apabila lagu makyong Rosnan Rahman disatukan bersama Rebab, piano, suara soprano Syafinaz Selamat dan gandingan harmoni suara ahli Koir Kebangsaan Malaysia (OFFICIAL) . Nantikan persembahan kami dalam Konsert Koir Kebangsaan pada 23 & 24 November 2013 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Matic,Kuala Lumpur, 8.30 malam. Dapatkan tiket anda sekarang di www.ticket2u.biz

Written by AbangNara | November 10th, 2013

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon Ahmad Busu yang telah pun meninggal dunia hari ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Umur Allahyarham adalah sekitar 60-an.

ahmad busu meninggal dunia

Buat anda yang tidak mengenali Ahmad Busu, Allahyarham sangat popular menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu satu ketika dahulu. Watak yang dibawak ialah Mat Deris. Pelakon segenarasi dengannya ialah Imuda. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Page 20 of 27« First...10...1819202122...Last »