Written by AbangNara | November 20th, 2013

Sehingga ke hari ini, kita masih tertunggu-tunggu keputusan laporan polis mengenai dakwaan skandal Adi Putra dengan isteri orang yang telah terjadi beberapa bulan lalu. Abang Nara tak boleh bayangkan betapa tertekannya mereka yang terlibat di dalam kes ini, lebih-lebih lagi Adi Putra yang merupakan seorang selebriti pujaan ramai.
adi putraPada pendapat Abang Nara, lagi cepat keputusan keluar, lagi cepatlah namanya dapat dibersihkan daripada kontroversi yang telah mencalit reputasi baiknya ini. Namun apa yang Abang Nara respek ialah tindakan Adi Putra yang menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak pernah lari walaupun dirundung kontroversi sebegini besar. Kata Adi kepada portal GUA:-

Buat apa saya melarikan diri? Saya masih lagi menghadiri pelbagai acara. Kalau saya mahu lari, pastinya saya tidak akan tampil di khalayak umum. Allah itu maha adil. Biar kebenaran itu keluar nanti. Peminat pun masih menyokong saya.

Mengenai kes tersebut, saya masih menunggu konklusi daripada pihak berkuasa. Apabila saya dapat keputusannya, saya akan kongsikan kepada semua. Alhamdulillah, walaupun adanya kes dan kontroversi sebegitu, saya peroleh perkara lain iaitu saya akan membuka cabang bisnes baru yang berteraskan barang-barang keperluan mandi. Perkara ini tidak menjejaskan kehidupan dan kerjaya seni saya.

adi putraDitanya mengenai dakwaan dirinya menggunakan orang berpengaruh untuk menggugurkan kes ini, Adi menjelaskan:-

Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Jika ada orang berkata sedemikian, terpulanglah. Saya rasakan mereka yang bercakap sebegitu mengambil berat dan menyayangi saya. Kalau orang tidak bercakap maknanya mereka tidak mengambil berat pasal saya,. Oleh itu saya ingin berterima kasih kepada mereka. Sebagai selebriti, saya tidak boleh menghalang apa yang mereka ingin katakan

Semoga pihak polis dapat mempercepatkan siasatan dan mengumumkan keputusannya secepat mungkin. Lebih lama kes ini diheret, lebih banyak tohmahan, dakwaan dan teori yang akan dikeluarkan oleh orang ramai. Kepada Adi dan keluarga, teruskan hidup seperti biasa. Kata orang, takut kerana salah, berani kerana benar. Semoga kebenaran akan terbukti jua kelak.

P.S: Kenderaan lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya

Written by AbangNara | November 20th, 2013

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang memang kita tak boleh nak jaga. Kasihan juga Abang Nara kepada bakal pengantin baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Bukan apa, ada sesetengah manusia berpendapat yang Che Ta dan Zain menunjuk-nunjuk dan membazir terutamanya apabila mengambil gambar pra perkahwinan di Eropah dan Bali baru-baru ini.

che tan dan zain

Bagi Abang Nara, tak salah untuk Zain dan Che Ta berhabis duit demi majlis mereka. Bukannya mereka menggunakan duit orang lain. Simpan duit banyak-banyak pun bukan boleh bawa ke kubur. Lebih baik digunakan untuk persiapan majlis perkahwinan. Yang penting, diri sendiri puas hati. Kata Che Ta kepada Harian Metro:-

Buat majlis kecil-kecilan pun orang pertikaikan, bila buat besar-besaran pun orang tetap mengata. Kami buat (majlis) untuk kepuasan kami! Terpulanglah apa orang nak anggap.

Saya rasa semua ada pendapat masing-masing. Ada yang kata membazir, ada pula yang cakap kalau mampu apa salahnya?

Pada saya, biarlah kami buat (majlis) seperti apa yang saya mahukan. Kami tahu apa kami lakukan, jadi tak perlulah nak dengar ‘suara-suara kecil’ itu.

che ta
Yang penting, Che Ta tidak berniat untuk menghebahkan apa yang dilakukan untuk perkahwinannya dengan Zain. Namun oleh kerana dirinya selebriti, pihak media (termasuk Abang Nara) sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk berkongsi segala persiapan yang dilakukan oleh mereka berdua. Tambah Che Ta lagi:-

Kita bukan nak hebahkan apa yang kami buat sebab saya tahu pasti ada yang mungkin tak berpuas hati tapi ia dipaparkan pihak media.

Sekarang pun saya sibuk buat beberapa kertas kerja (perkahwinan). Semalam baru buat ujian darah. Itu saja setakat ini. Yang lain pengurus saya Afeeq uruskan

che ta dan zain

Kali ini, Abang Nara bersetuju dengan kata-kata Che Ta. Duit Che Ta, suka hatilah Che Ta nak buat besar mana pun perkahwinannya. Kalau ada duit nak buat photoshoot kat bulan pun tak apa. Asalkan diri sendiri puas hati dan tak menganggu orang lain. Tak gitu? Apa kata anda?

P.S: Hadkan jangka hayat kereta tidak akan bebankan pengguna

Written by AbangNara | November 20th, 2013

Sekali sekala bercuti untuk menghilangkan penat badan sememangnya diperlukan oleh setiap makhluk yang bergelar manusia. Kadang-kadang kita ini bekerja sampai tak ingat nak berehat. Itu yang badan tua sebelum masanya. Abang Nara suka melihat gambar Fasha Sandha sekeluarga yang telah pun pergi berjalan-jalan ke Singapura baru-baru ini.

fasha sandha bercuti

Turut sama dalam percutian ini ialah Rayqal, anak hasil perkahwinan Jejai dengan Nora Danish sebelum ini. Rayqal ternyata gembira dapat menghabiskan masa bersama adiknya. Semoga ikatan kekeluargaan antara mereka semua akan bertambah kukuh. Mana tahu lepas ini Rayfal pula yang dapat adik. Hehehe.

fasha sandha bercuti

Lagi beberapa keping gambar Fasha Sandha sekeluarga bercuti di Singapura dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fasha Sandha.

 
Written by AbangNara | November 19th, 2013

Tidak lama lagi, Farawahida bakal menamatkan zaman gadisnya dan bergelar isteri orang. Pastinya hati Farawahida sedang berdebar-debar. Tidak ketinggalan mengikuti trend kini, Farawahida telah mengambil foto pra perkahwinan. Menariknya, wajah suami Farawahida tidak didedahkan 100% di dalam mana-mana gambar.

gambar pra perkahwinan farawahida

Mungkin teman lelaki Farawahida malu-malu kucing kerana bakal menjadi suami kepada seorang selebriti. Tak sabar rasanya untuk melihat kekacakan wajah yang berjaya mencuri hati Farawahida. Pasti handsome!!! Abang Nara suka melihat Farawahida dalam persalinan baju traditional kaum India. Lain daripada yang lain.

gambar pra perkahwinan farawahida

Lagi beberapa gambar pra perkahwinan Farawahida dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook BicaraLensa.

 
Page 10 of 27« First...89101112...20...Last »