Written by AbangNara | November 29th, 2013

Inilah kuasa cinta. Cinta memang dapat mengubah manusia. Daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada jahat. Daripada pakai baju ketat kepada menutup aurat. Indah sungguh kuasa cinta. Terharu Abang Nara mendengar yang Lana Nordin akan mengubah imej seksinya kepada memakai tudung kerana kasih sayang dan perasaan cintanya terhadap Johan As’ari.

lana nordin bertudung

Menurut sumber Utusan Malaysia, Lana Nordin telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan. Kata sumber itu:-

Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.

Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!

lana nordin bertudung

Nampaknya Johan As’ari benar-benar menjadi pembimbing dan dan bakal merubah gaya hidup Lana Nordin. Itulah yang kita mahukan. Semoga lebih banyak perubahan ke arah kebaikan akan dilakukan oleh Lana Nordin di masa hadapan. Kepada Johan, tahniah kerana berjaya memimpin bakal isteri anda. Anda memang kacak!!!

Written by AbangNara | November 29th, 2013

Bila ada cerita mengenai Shila Amzah, pasti nama Sharnaaz Ahmad akan terpalit jua. Walaupun sudah lama mereka berdua putus cinta, orang ramai masih tidak mampu untuk membuang perhubungan mereka. Kalau Abang Nara jadi Sharnaaz, panas hati la jugak. Diri sendiri dah move on, tetapi orang lain sibuk nak bertanya-tanya lagi.

sharnaaz

Terbaru apabila Johan As’ari memilih Lana Nordin dan bukannya Shila Amzah, banyak pihak yang “berbaik hati” menyampaikan kisah tersebut kepada Sharnaaz menerusi Twitter. Bengang dengan tindakan pihak tersebut, Sharnaaz mengeluarkan amaran seperti di bawah:-

sharnaaz

Terdahulu menerusi MalaysianDigest, Sharnaaz sempat memberikan nasihat kepada Shila. Kata Sharnaaz:-

Kalau nak kata karma…, saya pernah muat naik ayat di instagram saya dulu, “Karma takes too long, I’d rather just beat the crap out of you now.

Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi tadi (semalam).

Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh ker terima ke kebenaran tu? Hari ni mungkin hari dia (Shila).

Jodoh tu Tuhan yang tentukan. Tapi Kalau kita tak cari, Tuhan takkan hantar dari langit. Jadi kita pun kena lah cari. Mungkin ini usaha dia kot. Tapi nampaknya tak menjadi. Jadi dia cari lah orang lain

sharnaaz

Abang Nara tak berapa faham metafora “batu hitam jadi putih” yang diguna oleh Sharnaaz. Orang seni memang lain macam sikit bahasa mereka. Kepada Shila, ikutilah nasihat Sharnaaz. Dah bukan jodoh anda dengan Johan. Tak perlu rasanya nak luahkan perasaan kecewa, marah dan hampa menerusi laman sosial. Mungkin ada yang lebih baik menanti anda. Tak gitu?

Written by AbangNara | November 29th, 2013

Johan As’ari dan Lana Nordin adalah 2 nama yang sedang hangat menjadi sebutan sekarang. Banyak spekulasi yang dikeluarkan oleh para pengikut dunia hiburan mengenai punca Johan jatuh hati terhadap Lana hingga sanggup mengenepikan Shila Amzah. Dari segi fizikal, memang Lana menang besar, dan dari segi hati, hanya Johan sahaja yang tahu perbezaannya.

lana nordin dan johan

Walaupun dikatakan akan berkahwin dalam masa terdekat ini, Johan As’ari masih mengambil pendekatan berhati-hati apabila bercakap mengenai cinta barunya. Satu langkah yang bijak bagi Abang Nara. Selagi belum ada ikatan sah menerusi pernikahan, lebih baik jangan cakap banyak sangat. Kata Johan kepada Media Hiburan:-

Saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, lana belum tentu jodoh saya.

Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripada-Nya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi.”

lana dan johan

Walaupun mendirikan masjid adalah satu perkara yang baik, namun keputusan yang diambil hanya selepas 3 hari berjumpa adalah agak tergesa-gesa pada pandangan Abang Nara. Mungkin Johan perlu rileks dulu, tarik nafas, minta petunjuk dariNya dan fikir sedalam mungkin. Kahwin bukan sehari dua tetapi untuk selamanya. Namun kalau memang dah betul Lana Nordin pilihan hati, apa salahnya kan? Yang penting kebahagiaan menjadi milik Johan. Tak gitu?

bestbuyworld

P.S: Berjenama, dipercayai ramai, dan paling penting, harga yang ditawarkan LEBIH MURAH berbanding harga pasaran. Inilah peluang anda untuk tampil lebih cantik, menawan dan bergaya. BestBuy-World ada segalanya. Pasti anda akan berpuas hati sambil dapat berjimat. Tunggu apa lagi…Layarilah my.bestbuy-world.com atau FB BestBuyWorldMalaysia

Written by serenity | November 29th, 2013

Berita mengenai keputusan Johan As’ari untuk mengahwini Lana Nordin yang tujuh tahun lebih tua darinya selepas berkenalan selama tiga hari mengejutkan ramai pihak. Ada peminat yang mempersoalkan keputusan Johan dan ada yang merestui, tetapi restu peminat tidaklah sepenting restu seorang ibu.

A sad face under the shades — Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya.

Selepas kenyataan Johan mengenai cintanya kepada Lana disiarkan di akhbar semalam, ibu Johan telah memuat naik status di Instagram seolah-olah menunjukkan kekecewaan. Komen-komen dari pengguna Instagram kepada gambar yang dimuat naik oleh ibu Johan semuanya berkisar mengenai pilihan Johan iaitu Lana berbanding Shila.
 photo 4.png
Namun kekecewaan ibu Johan cuba untuk dipujuk oleh Shila Amzah, yang memuat naik gambar mereka bersama sambil memberi kata-kata positif.
 photo 5.jpg
Walau bagaimanapun, status-status ini sudah dipadam oleh Shila Amzah dari Instagramnya. Setakat ini masih belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila Amzah kepada pihak media mengenai keputusan Johan yang juga memberitahu melalui artikel BH semalam yang dia menganggap Shila seperti adik.

Bersama kita nantikan perkembangan seterusnya. Kredit gambar RotiKaya.

Page 1 of 271234567...Last »