Written by AbangNara | October 28th, 2013

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh, marah-marah manja dan perselisihan faham adalah adat rumah tangga. Namun apabila didakwa rumah tangganya dengan Fiza Elite seolah-olah dilanda perang dunia ketiga, Adam AF tampil menerusi Kosmo hari ini untuk menafikan dakwaan tidak masuk akal itu.

adam af fiza elite gaduh

Kononnya pergaduhan yang membabitkan maki hamun itu timbul apabila Fiza Elite dilihat berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak. Menurut Zubir Berita Harian, sebaik sahaja pulang ke rumah, Adam AF yang cemburu dengan apa yang terjadi telah dikatakan telah mempertikaikan kisah silam isterinya. Adam dan Fiza turut dikatakan bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya.
adam

Menerangkan perkara tersebut, Adam AF tidak menafikan dia dan isteri melakukan sedikit perbincangan selepas Fiza bertemu bekas kekasihnya. Kata Adam:-

Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan, sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihatinya (Fiza). Itu semua fitnah! Seorang isteri tidak akan buat macam itu (maki) kepada suaminya.

Saya tidak reda dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan. Jangan kerana mahu menjual akhbar sanggup memporak-perandakan rumah tangga orang. Bayangkan akhbar tersebut dibeli beratus-ratus ribu orang dan kisah rumah tangga saya dibaca.

adam

Kemungkinan besar kontroversi ini terjadi apabila Fiza Elite berkongsi sekeping gambar menerusi Instagramnya dengan caption “Don’t judge me with my past” yang telah menimbulkan tanda tanya orang ramai. Diharap dengan penjelasan Adam ini, peminat pasangan ini boleh menarik nafas lega. Biasalah gaduh-gaduh manja. Jangan gaduh-gaduh besar sudahlah. Tak gitu? Hehe.
natureP.S: Terbaru dan terbaik di pasaran. Rendah gula dan tinggi kandungan protein. Sangat sesuai untuk mencantikkan kulit dan mengurangkan berat badan. Kulit lebih anjal dan rambut lebih lebat. Sesiapa yang tinggi kandungan kolestrol pun amat digalakkan. Kena cuba sendiri baru tahu. Dapatkan segera di www.azaleadenaturale.com

Written by AbangNara | October 28th, 2013

Di kala semua mata terarah kepada pernikahan Diana Amir dan Habib, rupa-rupanya turut sama berlangsung majlis persandingan Ashraf Muslim dengan isteri keduanya, Wan Sakinah. Kedua-dua mempelai kelihatan berseri-seri dengan persalinan baju pengantin serba hijau. Sama cantik dan sama padan.

gambar persandingan wan sakinah ashraf muslim

Wan Sakinah yang kini disahkan hamil memang jelas nampak seri ibu mengandungnya. Ashraf Muslim pula seperti biasa memang sentiasa segak. Abang Nara masih tidak dapat sahkan di manakah majlis persandingan ini dijalankan. Namun yang pasti kemeriahannya jelas terserlah.

gambar persandingan wan sakinah ashraf muslim

Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis persandingan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Colour Pictures dan pembaca BeautifulNara yang menghantar email dan Whatsapp kepada Abang Nara.

 
Written by AbangNara | October 28th, 2013

Masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara ini. Namun menerusi akaun Instagramnya, Mizz Nina dilihat telah pun memakai tudung selepas pulang dari menunaikan haji baru-baru ini. Nampak manis, comel dan cantik sekali. Tahniah diucapkan kepada Mizz Nina dan Noh atas penghijrahan ini.

mizz nina tudung

Mizz Nina nampak lebih berseri-seri kan selepas memakai tudung? Semoga segala urusan Mizz Nina dipermudahkan lagi selepas penghijrahan ini. Abang Nara percaya Noh ialah orang yang paling gembira dengan penghijrahan isterinya ini. Tahniah sekali lagi diucapkan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
wana

P.S: Tampil bergaya dengan maxi dress daripada EDZ. Potongan dress EDZ sopan lagi classy. Dapatkan online di www.edz.com.my atau singgah ke butik EDZ di 40-G, Jln 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bdr Baru Bangi, Selangor. 03-89123410.

 
Written by serenity | October 26th, 2013

Pukul 9.30 malam tadi, telah selamat berlangsung majlis pernikahan pelakon Diana Amir dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Hantaran yang diterima oleh Diana ialah senaskhah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1000.


 photo 1417784_648311745191816_1204874274_o.jpg
 photo 1403668_648321408524183_187062311_o.jpg

Majlis ini bertemakan ‘crystal garden’, mendapat tajaan pakaian pengantin dan kasut daripada Ezuwan Ismail, Saiful Sin untuk dekorasi dewan, Yakult (M) Sdn Bhd dan beberapa lagi tajaan.Keduanya masih belum menetapkan tarikh majlis resepsi, namun merancang untuk mengadakannya pada tahun ini juga, serta masih belum memilih lokasi untuk berbulan madu atas faktor kesibukan masing-masing.

Lagi 28 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi, ST Photography. Silakan ke Fanpage beliau untuk melihat sendiri pakej-pakej fotografi perkahwinan yang ditawarkan.

Mari bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.


Jom ke Bazar Industri Kreatif hari ini dan esok, dari 5.00 petang – 11.00 malam di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti seni dan budaya yang menarik untuk anda! Terdapat penyertaan gerai dengan pelbagai jualan produk seni dan budaya serta pertandingan Karaoke pada Ahad jam 4.00 petang. Jangan Lepaskan peluang mendapatkan produk-produk menarik hasil tangan usahawan tempatan!

 
Page 6 of 32« First...45678...2030...Last »