Written by AbangNara | October 1st, 2013

Buat kali kedua, Saiful Apek dibebaskan daripada tuduhan memasukkan ganja ke dalam badan. Keputusan itu dibuat Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Sebelum ini, Saiful Apek telah dibebaskan buat kali pertama pada 25 Jun yang lalu.

saiful apek

Saiful Apek juga mendakwa dirinya dianiaya oleh pihak-pihak yang dengki dengan kerjaya sebagai artis. Kata Saiful Apek:-

“Saya juga menyatakan bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah terutamanya yang membabitkan sebarang penggunaan dadah terlarang. Saya percaya telah dianiaya oleh pihak-pihak yang dengki dengan kerjaya saya sebagai artis

apek

Ada logiknya juga dakwaan Saiful Apek itu. Orang kalau dah dengki, buat apa pun sanggup. Diharap dengan pembebasan kali kedua ini, tiada lagi kelibat Saiful Apek naik turun mahkamah. Semoga Apek selepas ini tenang menjalani kehidupan dan lebih mudah meneruskan kerjayanya sebagai artis.

Written by AbangNara | October 1st, 2013

Makin berseri pula wajah Leuniey Natasha ini. Inilah keajaiban mengandung. Walaupun kandungan semakin membesar dan pastinya makin berat, namun keceriaan tetap terserlah di wajah isteri penjaga gol Kelantan ini. Pasti Leuniey dan Apek semakin teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.

leuniey natashaComel kan? Memang makin terserlah “baby bump” di perut Leuniey Natasha. Kalau orang tua-tua pasti sudah dapat meneka jantina bayi dalam kandungan. Apa pun Abang Nara nak nasihatkan agar Leuniey tidak menonton perlawanan kedua antara JDT dan Kelantan nanti. Takut-takut naik pula darah melihat aksi penuh mendebarkan.

leuniey natasha

Semoga Leuniey dan kandungannya akan terus sihat sejahtera hingga hari kelahiran nanti. Sama-samalah kita doakan. Beberapa lagi gambar Leuniey Natasha dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Leuniey Natasha.

 
Written by AbangNara | October 1st, 2013

Wow. Tahun 2013 memang tahun berkahwin untuk artis-artis tempatan. Walaupun suam-suam kuku selepas keluar daripada rancangan Akademi AF, tak salahnya rasanya untuk Abang Nara berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan Lena AF. Kini Lena sudah pun selamat bergelar isteri orang.

gambar kahwin lena af

Abang Nara menerima gambar-gambar ini menerusi email yang dihantar oleh pembaca BeautifulNara. Tidak diketahui pula bilakah majlis perkahwinan ini berlangsung. Namun daripada apa yang Abang Nara ketahui, suami Lena AF ini adalah kekasihnya sejak dulu lagi.

gambar kahwin lena af

Semoga Lena AF dan suami akan kekal bahagia sehingga akhir hayat. Anda berdua memang nampak sama cantik sama padan. Comel sangat-sangat. Tahniah diucapkan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Ford Fiesta 1.5 liter dilancarkan

 
Page 32 of 32« First...1020...2829303132