Written by AbangNara | October 2nd, 2013

Abang Nara pasti ramai yang ternanti-nanti siapakah insan bertuah yang berjaya memenangi sebuah mesin basuh mini LG. Untuk anda yang tidak tahu, BeautifulNara dengan kerjasama dengan LG telah mengadakan satu peraduan mudah sempena pelancaran mesin baru terbaru ini.

lg mini

Daripada 1,000 lebih penyertaan yang diterima, akhirnya seorang pemenang telah berjaya Abang Nara pilih. Pemenangnya ialah Nuurhafeza Husin dari Masai, Johor. Slogan yang dihantar oleh Nuurhafeza ialah “Saya sangat mahukan LG Mini Washing Machine ini kerana memenanginya adalah satu HARAPAN, memilikinya merupakan satu IMPIAN, dapat menggunakannya menjadi IDAMAN, dan senyuman Si Manja itulah satu KEINDAHAN.

pemenang
Tahniah kepada Nuurhafeza kerana berjaya mendapatkan sebuah LG Mini Washing Machine. Pihak LG akan menghubungi anda untuk penghantaran. Selamat membasuh baju dengan mesin basuh baru. Kepada yang tidak berjaya, nantikan peraduan yang seterusnya di BeautifulNara. Anda boleh membaca review Abang Nara mengenai mesin basuh ini di sini.

Written by AbangNara | October 2nd, 2013

Topik yang menarik untuk dibincangkan hari ini sudah tentu pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2012. Salah satu perkara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah kos perbelanjaan untuk artis Kpop sempena Hari Belia 2012. Sebanyak RM1.6 juta telah digunakan untuk membawa mereka masuk melakukan persembahan pada hari tersebut.
artis kpopApa yang lebih menariknya, sebelum ini telah tersebar di laman blog bahawa dokumen tuntutan perbelanjaan untuk artis Kpop ialah sebanyak RM2.04 juta. Perbelanjaan sebenar ternyata lebih rendah daripada apa yang disebarkan. Artis Kpop yang telah dibawa masuk pada hari tersebut ialah U Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.
artis kpop

Bukannya mahu berbicara politik di sini, namun bagi Abang Nara, penggunaan duit sebanyak ini untuk membawa artis Kpop rasanya lebih baik disalurkan kepada artis tempatan. Sememangnya artis Kpop mempunyai pengikut fanatiknya sendiri, namun pembaziran perlu dielakkan lebih-lebih apabila menggunakan wang kerajaan. Apa pula kata anda? Kredit gambar Amanz.

Written by Mawar Putih | October 2nd, 2013

thepoplook.com kini kembali lagi. Setelah mencetuskan trending dan telah mendapat sambutan yang hangat  dan luarbiasa, thepoplook.com kini berkolaborasi pula dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie untuk memperkenalkan koleksi terbaru dan menghasilkan rekaan pakaian di bawah label Precious JOVIAN MANDAGIE for Thepoplook. Kelas gitukan…

Koleksi JOVIAN MANDAGIE for Thepoplook mempamerkan imej rekaan retro era 1960’an, namun masih mengekalkan ciri-ciri keanggunan dan sofistikated kepada si pemakai. Sebanyak  7 rekaan pakaian dilancarkan, setiap satunya mempunyai 2 pilihan warna yang diinspirasikan daripada personaliti dan karektor wanita yang feminin dan elegan. Kombinasi warna yang lembut dan sejuk daripada ‘Pastel Color’  dan diperincikan pula dengan aksesori seperti crystal dan jewel serta pengunaan fabrik Bold Lace, menyerlahkan lagi kemewahan fesyen pada koleksi JOVIAN MANDAGIE for Thepoplook. Kelas gitu….

Memang menarikkan koleksi terbaru thepoplook.com nie. Anda boleh dapatkan segera koleksi yang bermutu dan berkualiti tinggi ini pada harga di antara RM290-RM320 dengan membuat pembelian atas talian di thepoplook.com. Jangan tidak tahu, penghantaran adalah percuma untuk semua tempahan dari Malaysia dan Singapura serta Brunei. Kalau anda masih tidak berpuashati, pulangkan jer dalam masa 7 hari tanpa memberikan sebarangan alasan, anda akan ditawarkan store credit dengan nilai yang sama, berserta pengecualian 5% yuran pemprosesan bagi tempahan yang seterusnya. Tapi Mawar Putih jamin anda akan berpuashati punyalah.Jadi, tunggu apalagi ? Mawar Putih dah pun order !!! Kepada anda yang ingin mendapatkan himpunan koleksi JOVIAN MANDAGIE for Thepoplook, bolehlah layari thepoplook.com  dan jangan lupa untuk LIKE Facebook www.fb.com/thepoplook atau follow Twitter @thepoplook serta Instagram @thepoplook untuk mendapatkan maklumat terkini.

Written by AbangNara | October 2nd, 2013

Dilanda kontroversi berhubung persengketaan dengan ayahnya, Wan Nor Azlin baru-baru ini tampil menyatakan kehidupannya sunyi tanpa seorang suami di sisi. Sedih juga Abang Nara membacanya. 7 tahun tinggal berasingan tanpa nafkah zahir dan batin pastinya sengsara buat mana-mana wanita di dunia ini.
wan nor azlinNasib baiklah ada 3 orang anak yang menemani Wan Nor Azlin ketika menempuh dugaan sebegini. Kata Wan Nor Azlin kepada MalaysianDigest:-

Tujuh tahun saya dan suami tinggal berasingan. Sepanjang itu saya lah yag membesarkan anak-anak. Akhirnya pada Mac lalu mahkamah memutuskan supaya kami berpisah. Sebab dah terlalu lama saya digantung tidak bertali, saya tak diberi nafkah zahir dan batin.

Sepanjang saya seorang menjaga anak-anak, macam-macam dugaan saya lalui. Dan semakin saya diuji, saya semakin matang dan dah lali. Tapi tak dinafi saya rasa sunyi tanpa suami. Tapi saya bersyukur kerana saya ada anak-anak

wan nor azlin

Sudah pasti Wan Nor Azlin ingin segera mencari teman hidup yang sudi menjadi suaminya. Abang Nara suka dengan syarat yang diletakkan olehnya. Hanya perlu sayang anak-anaknya. Nampak matang sungguh kata-kata yang dikeluarkan oleh Wan Nor Azlin:-

Fokus saya sekarang hanyalah pada kerjaya dan tanggungjawab saya untuk membesarkan anak-anak. Saya selesa sendiri. Memang ada yang mendekati saya, dari macam-macam golongan. Tapi pertamanya, kalau suami orang memang saya tak akan terima dia.

Bukan tak terfikir ke arah (kahwin) itu. Tapi setakat ini tak ada lagi. Saya bukan remaja yang nak bercinta-cinta lagi. Saya nak orang yang sayang anak saya. Kalau lelaki itu sayang anak saya, saya percaya dia akan sayang saya. Lelaki yang boleh terima kami seadanya, jujur, ikhlas dan paling penting, lelaki itu mampu. Mampu menjaga dan sara saya dan anak-anak

Semoga suatu hari nanti, Wan Nor Azlin akan bertemu jua dengan insan yang sudi menerima dirinya. Abang Nara percaya ramai yang menaruh hati kepadanya. Kalau ada jodoh, pasti akan ada yang datang merisik. Yang penting, kena pastikan sikap si lelaki itu tak palsu dan benar-benar menyayangi anak-anak anda. Sama-samalah kita doakan.

Page 30 of 32« First...1020...2829303132