Written by serenity | October 30th, 2013

Untuk makluman anda, juara rancangan Masterchef musim pertama, Dr. Ezani Farhana Md Monoto telah melangsungkan pernikahan pada 28 September lepas dengan Dr. Mohd Azrai Abu  dan kemudian majlis resepsi mereka telah berlangsung pada 19 Oktober lepas di Bukit Mahkota, Melaka. Koleksi gambar dalam entri ini ialah set gambar perkahwinan dari jurugambar rasmi mereka, Amalina Tuna Photography.


 photo 1385986_655141921173424_716814867_n.jpg

Untuk makluman anda, set gambar Dr. Ezani dengan baju warna beige ialah gambar dari majlis pernikahan manakala set gambar dengan baju hijau muda ialah dari majlis resepsi. Mereka yang berminat boleh menonton video pernikahan Dr. Ezani dan Dr. Azrai yang romantik ini:-

 

Video pernikahan ini dihasilkan oleh Ridzuan Azizah (Wedding Films). Sila like fanpage mereka beramai-ramai. Lagi 54 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 
Written by AbangNara | October 29th, 2013

Respek!!! Abang Nara tabik hormat kepada Almy Nadia yang tidak segan silu untuk membantu ibunya menjual karipap di kampung halaman akibat ketiadaan tawaran lakonan. Sesetengah selebriti yang perasan super popular memang tak akan buat perkara sebegini. Kononnya menjatuhkan maruah dan reputasi mereka.

almy nadia jual karipap

Kalau Abang Nara duduk kat Pulau Pinang memang tiap-tiap hari Abang Nara akan pergi beli karipap Almy Nadia. Silap-silap siap borong satu kedai dengan Almy Nadia sekali. Hehehe. Kata Almy Nadia:-

Tawaran berlakon memang sudah lama tidak ada jadi daripada saya duduk tanpa berbuat apa-apa adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap.

Alhamdulillah karipap yang dihasilkan bersama ibu iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan. Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar.

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.

Malah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 pun saya terima kerana itu adalah rezeki saya

almy nadia

Menurut Almy, kehadiran pelakon wanita baru dan ketidakpandaian dirinya melobi kepada penerbit merupakan salah satu punca ketiadaan tawaran lakonan. Kata Almy lagi:-

Perasaan rindu hendak berlakon itu memang ada tetapi nak buat macam mana tawaran memang tiada. Hendak meminta-minta saya segan kerana saya tidak pandai melobi penerbit.

Tambahan pula pelakon wanita baharu semakin ramai dan lebih menyerlah berbanding diri saya yang tidak seberapa ini.

Abang Nara memang tak boleh dengar ayat-ayat sedih daripada si Almy Nadia ini. Terasa nak bukak satu syarikat produksi sekarang jugak dan terus ambil Almy berlakon jadi heroin. Kesian la pulak. Tapi tak apalah Almy. Insya Allah kalau ada rezeki akan ada balik tawaran berlakon. Buat waktu ini, teruskan menjual karipap. Minggu depan Abang Nara turun Pulau Pinang untuk merasa karipap Almy. Info asal Mstar Online.

P.S: Tukar hak milik kenderaan kini boleh dilakukan atas talian

Written by AbangNara | October 29th, 2013

Wow!!! Menariknya hadiah-hadiah yang ditawarkan sempena kembalinya Shaheizy Sam dalam bidang nyanyian. Boleh dapat tandatangan, dapat buat kemunculan istimewa dalam video klip dan paling best, dapat lepak bersama Shaheizy Sam dan Liyana Jasmay. Abang Nara berani jamin peminat Sam dah teruja sangat-sangat kan?
shaheizy samCaranya mudah sahaja. Hanya perlu beli mana-mana tin Nescafe kegemaran anda dan hantarkan bukti pembelian tersebut menerusi laman Facebook Nescafe. Seperti yang anda lihat di atas, hanya ada satu hadiah yang unlimited. Yang lain semua ada had. Jadi siapa cepat, dialah yang akan dapat.
shaheizy sam

Setakat 100 bukti pembelian itu apalah sangat kalau anda peminat tegar Shaheizy Sam kan? Silalah bersegera kerana kalau tak silap Abang Nara, tarikh tutupnya dah semakin hampir. Lagi cepat anda hantar, lagi tinggilah peluang untuk menang. Untuk informasi lanjut, layari www.onsam.com.my.

Written by serenity | October 29th, 2013

Kalau sebelum ini kita telah melihat gambar-gambar majlis resepsi Ashraf Muslim dan Wan Sakinah dari dua jurugambar, apa kata kita lihat gambar dari jurugambar rasmi majlis mereka pula. Jurugambar rasmi majlis ini ialah Eddie PhotoVideo. Majlis ini dikhabarkan telah berlangsung di Ipoh, Perak.


 photo 1383478_10151746555426378_1665655244_n.jpg
 photo 1381321_10151746553041378_1016855296_n.jpg
Memang nampak sangat ‘loving’ pasangan ini. Rasanya tidak ada apa-apa lagi yang perlu diucapkan melainkan doa semoga perkahwinan mereka berkekalan ke akhir hayat. Kredit gambar kepada Facebook Eddie PhotoVideo. Lagi 14 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 3 of 3212345...102030...Last »