Written by AbangNara | October 14th, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha Abang Nara ucapkan kepada semua pembaca BeautifulNara. Pastinya raya kali ini lebih bermakna buat Raja Azmi yang telah pun selamat bergelar isteri kepada Eddie CRK dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung semalam di Laman Beringin, Istana Budaya.

gambar raja azmi nikah

Raja Azmi, 54, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Rombongan lelaki membawa satu dulang hantaran mengandungi senaskah Al Quran, mas kahwin dan gelang tangan emas putih. Manakala pihak perempuan membalas tiga dulang hantaran berupa manis-manisan seperti cokelat, biskut dan jeli.

gambar raja azmi nikah

Semoga berbahagia diucapkan kepada Raja Azmi dan Eddie CRK. Selamat melayari bahtera rumahtangga. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka. Beberapa lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Mazda 3 hibrid didedahkan

 
Written by serenity | October 12th, 2013

Susulan dari sidang media yang diadakan oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semalam, keduanya mengaku telah bernikah dua kali dan mempunyai anak, dan mendakwa melakukan demikian kerana Wawa takut dimarahi MIG (Metrowealth International Group yang dimiliki oleh David Teoh).

Wawa juga mendakwa pernah dikuarantin selama sebulan oleh MIG untuk menghalangnya berjumpa dengan Aeril. Namun melalui mStar Online, David Teoh menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengarut:-

Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?

David juga menafikan dia tidak membenarkan artis di bawah naungannya berkahwin:-

Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.

Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.

David turut menambah yang setakat ini Wawa tidak melanggar kontrak, tetapi dia sepatutnya membuat pengesahan mengenai status dirinya sebagai seorang isteri dan ibu. David juga masih menerima Wawa sebagai artis naungan MIG kerana berpendapat kejelitaan Wawa boleh membawanya lebih jauh dalam industri seni tempatan.

Sementara itu wartawan terkenal Zubir Bipop mengaku me’lahar’ kedua pelakon tersebut kerana bersikap munafik di Instagram beliau:-

@ ] zubirbipop Lahar gunung berapi pada sidang media #aerilzafrel & @waw4_zainal petang tadi gara2 sikap munafik kedua2 artis berkenaan selama ini. Tetap salahkan @davidteo99 kerana takut dimarahi sebab kahwin pada awal karier, sekaligus khuatir masa depan bersama #mig sebab langgar kontrak. Tapi musykil sebab nikah dua (2) kali, selain terpaksa menipu selama ini sebab menghormati permintaan wawa. Wawa pernah guna nama Allah untuk menipu media, masyaAllah maafkan suami isteri yang nyata jahil bab2 agama. Anyway SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA. Amin tq pada @rajamawar atas kiriman gambar @jane_mig @fizahamad

Apa pun dinasihatkan kepada sesiapa pun, sekiranya sudah bernikah, hebahkanlah, tidak perlu menipu hanya kerana takut pandangan manusia.

Kami pasti orang seperti David Teoh juga masih mempunyai budi bicara, terbukti kerana ramai juga artis di bawah MIG yang berkahwin tanpa sebarang masalah sebelum ini. Ini kerana bila sekali kita menipu, kita terpaksa mencipta pula penipuan-penipuan yang lain, sehingga melibatkan pula nama agama. Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | October 11th, 2013

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan punca mereka menyorokkan perkahwinan adalah kerana takut dimarahi oleh pengurusan MIG. Menurut MalaysianDigest, Wawa menipu mengenai perkahwinan mereka atas dasar darurat iaitu takut dimarahi oleh majikannya, David Teo.
gambar aeril dan wawa zainal nikahKata Aeril Zafrel:-

Kami bernikah sebanyak dua kali. Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu.

Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.

Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia

Pernikahan kali pertama dilakukan di rumah pengurus Aeril Zafrel yang terletak di Petaling Jaya dan dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah. Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut. Wawa Zainal dalam keadaan sebak turut mengakui informasi mengenai anaknya adalah benar:-

Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab

gambar aeril dan wawa zainal nikah

Wawa Zainal turut menerangkan mengenai kehamilannya:-

Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013…Saya terus beritahu Aeril dan kami mempercepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya. Alhamdulillah…anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar…Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi.

Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini…Kami berbohong kerana bersebab…Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin…Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo

aeril wawa
Aeril Zafrel dalam nada tidak berpuas hati mencelah ketika Wawa Zainal membuat permohonan maaf dengan berkata “Oh, media mahu kami minta maaf…“. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak maklum dengan jelas terhadap apa yang terjadi. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada David Teo mengenai perkara ini.

Written by AbangNara | October 11th, 2013

Akhirnya segal persoalan mengenai status perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah pun terjawab di dalam sidang media petang tadi. Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013. Pernikahan pertama dibuat tanpa didaftarkan di pejabat agama.

aeril zafrel dan wawa nikah

Namun atas permintaan keluarga, mereka berdua telah bernikah buat kali kedua pada 4 Februari 2013 sebagai menghormati ahli keluarga. Kata Aeril menerusi Mstar Online:-

Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab

Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 hasil perkahwinan ini. Dengan pengakuan ini, terjawablah segal persoalan yang bermain di minda para peminat. Pasti ada sebab tertentu Aeril dan Wawa merahsiakan perkahwinan mereka ini.
aeril wawaMungkin Aeril mahu periksa semula status pernikahan mereka kerana sebelum ini Aeril pernah mengumumkan yang mereka tidak pernah berkahwin. Takut-takut jatuh talak tanpa disedari. Cubalah periksa dengan orang yang lebih arif mengenai hal ini. Apa pun, jutaan tahniah diucapkan kepada Aeril dan Wawa atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke hujung hayat.

Page 20 of 32« First...10...1819202122...30...Last »