Written by AbangNara | October 31st, 2013

Adakah ini pengakuan cinta versi gadis Melayu yang malu-malu kucing? Adakah Johan As’ari memahami apa yang cuba disampaikan oleh Shila Amzah? Abang Nara yakin banyak peminat yang gembira dengan perkembangan hubungan mereka berdua ini. Terbaru, Shila mengakui akan menerima dengan hati terbuka sekiranya ditakdirkan Johan As’ari adalah jodohnya.

johan as'ari

Seringkali dilihat berkongsi gambar mereka bersama, Abang Nara rasa Shila dan Johan ini memang ada jodoh. Muka pun sama. Sekali pandang macam adik beradik. Kata Shila kepada Mstar Online:-

Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta. Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti,

johan as'ari

Yang menariknya, kehadiran Johan dalam hidup Shila memberikannya aura positif dan semangat untuk lebih fokus kepada kerjaya. Amboi amboi amboi. Ibu bapa mereka berdua pun sudah saling mengenali. Memang eloklah sangat tue. Tambah Shila lagi:-

Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu. Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya. Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing

johan as'ari

Kepada Johan As’ari, Shila seolah-olah sudah memberi “green light” kepada anda. Silalah mengambil langkah seterusnya kalau benar-benar sudah berkenan. Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama dikebas orang. Kalau Johan taknak, ramai lagi yang menaruh hati pada Shila. Jadi sebelum melopong, baiklah pergi “chop” dulu. Hehehe. Tak gitu?

P.S: Iklan kereta terbaik sepanjang 2013

Written by AbangNara | October 31st, 2013

Lama tidak mendengar perkembangan terbaru Aril AF, tup-tup semalam Abang Nara mendapat sebuah email yang mendakwa Aril sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Menurut si pengirim email, bakal isteri Aril adalah seorang pramugari dan berasal dari Kelantan. Pandai Aril pilih sebab orangnya memang cantik molek.

aril af bertunang

Sekali pandang memang nampak kemesraan terserlah antara mereka berdua. Namun mungkin juga mereka sekadar kawan baik. Tidak diketahui kesahihan dakwaan ini. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aril sendiri. Kalau benar, Abang Nara ingin ucapkan tahniah kepada Aril. Memang dah sampai masa untuknya bergelar suami.

aril af bertunang

Beberapa lagi gambar Aril dan kononnya bakal isterinya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

cantik

P.S: Sekali cuba, baru tahu betapa powernya De’ Contour ini. Rendah gula dan tinggi kandungan protein.  Terbaik untuk mencantikkan kulit dan mengurangkan berat badan. Pasti kulit akan lebih anjal dan rambut lebih lebat. Dapatkan segera di www.azaleadenaturale.com

 
Written by serenity | October 30th, 2013

Sukar juga menjadi selebriti ini agaknya ya. Terutamanya dalam era media sosial di mana selebriti/artis boleh berinteraksi secara langsung dengan peminat. Sudah pasti ada yang memuja dan tidak kurang yang mengeji. Kalau penampilan kena dengan citarasa masyarakat pasti tidak ada masalah, tetapi jika seksi sedikit sudah pasti ada individu yang sudi meluangkan masa lapang untuk menegur.

Tetapi bergantung kepada selebriti, ada yang buat endah tak endah dengan teguran. Pasti juga ada yang tersentap bila ditegur. Maklumlah, walaupun rambut sama hitam atau blonde, hati lain-lain.

Begitulah yang boleh dikatakan tentang pelakon seksi Lana Nodin. Beberapa jam lepas pelakon ini telah memuat naik interaksi antara dirinya dengan peminat yang menegurnya kerana berpakaian seksi.

 photo lana.png

 

Sekiranya hendak melihat dengan lebih jelas interaksi tersebut, sila klik gambar dia atas. Lana telah menulis:-

lananodin

           11 hours ago

Ni lagi sorang umat mulut tak de insurans, rasa diri lebih bagus dari org lain…meh aku cabar ko@alamache ko dtg casting mane2 aku nak tgk ko berlakon pulak mengata org tak ke mane aku berlakon kan…meh ramai2 pulak tgk ko berlakon…tengok hebat mane pulak bakat ko sampai mengata org lain sebab rasa diri sendiri lagi bagus.

 

Atau mungkin Lana sentap kerana dia dikatakan ‘berlakon tidak ke mana’ oleh peminat tersebut walaupun berpakaian seksi. Lana memberitahu yang dia terpilih dalam antara lima aktres yang bertanding bagi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia untuk tahun ini, bermakna baginya apa yang dikatakan peminat itu tidak berasas.

Tidak dinafikan Lana juga mempunyai bakat berlakon. Namun patutkah Lana menyelar peminat itu? Atau memang patut sekali dia menyelar, kerana sepatutnya hanya pelakon berjaya saja yang boleh menegur Lana, kalau tidak, jangan sekali-kali menegur dirinya? Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | October 30th, 2013

Entah mengapa Abang Nara suka berkongsi perkembangan terbaru Adda Butterfly ini. Walaupun secara jujurnya Adda bukanlah nama besar di dalam industri hiburan tanah air. Mungkin Abang Nara ingin melihat Adda bahagia selepas perkahwinan pertamanya yang berakhir dengan penceraian selepas hanya 17 hari .

adda butterfly kahwin lagi

12 Oktober lalu, Adda akhirnya bergelar seorang isteri buat kali kedua. Suaminya merupakan seorang ahli perniagaan dari Sabah. Kali ini juga Adda merupakan seorang isteri kedua. Namun belajar daripada kesilapan yang lalu, hubungan Adda dengan isteri pertama adalah baik dan Adda kini bergelar ibu tiri kepada 2 orang anak.
adda butterfly kahwin lagi
Abang Nara tertanya-tanya juga mengapa Adda tidak memilih lelaki bujang sebagai suami dan adakah suami baru Adda ini seorang lelaki kaya. Jelas Adda kepada Utusan Malaysia:-

Saya sudah lali dengan pandangan orang, sebenarnya suami saya ini bukan orang kaya, hanya biasa-biasa. Seperti orang lain saya juga mahukan kasih sayang, salahkah kalau memang sudah tertulis saya akan berkongsi.

Memang ada yang mendekati, tetapi dengan status janda yang dipegang nampaknya niat mereka lebih jelas hanya untuk mempermainkan saya. Pada saya ini semua jodoh, dan saya juga mempunyai hak untuk merasa bahagia.

adda

Semoga kebahagiaan yang dicari oleh setiap wanita akan ditemui oleh Adda dalam perkahwinan keduanya. Jangan lupa untuk menjaga hati madu anda. Sama-samalah kita doakan agar Adda bahagia sehingga ke akhir hayat.

fareeda aisya

P.S: Tampil cantik menawan seperti tunang Fizo Omar, Mawar dengan menggayakan tudung terbaru daripada Fareeda iaitu Fareeda Aisya. Kualiti terjamin dengan corak terkini dan warna-warni yang pastinya menyerlahkan lagi kejelitaan anda. Layari Facebook Fareeda Nyata Jelita untuk informasi lanjut tentang fenomena terbaru Fareeda ini.

Page 2 of 3212345...102030...Last »