Written by AbangNara | October 31st, 2013

Dalam diam rupa-rupanya Cheryl Samad telah pun bergelar ibu pada 18 Oktober yang lalu. Jutaan tahniah diucapkan kepada Cheryl dan suami atas kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Stella. Berita baik ini telah dikongsi oleh Cheryl menerusi akaun Instagramnya semalam.

gambar anak cheryl samad

Keterujaan Cheryl Samad bergelar ibu dapat dilihat menerusi status yang dikongsinya seperti di bawah:-

Meet our little girl, Stella.We’ve been waiting for her for a long time.She finally arrived on Friday the 18th of October. We feel very blessed.

gambar anak cheryl samad

Cheryl Samad telah pun berkahwin dengan Ng Ping Ho pada 30 April 2011. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan memeriahkan lagi keluarga mereka. Tahniah diucapkan kepada Cheryl dan suami. Selamat menjalani kehidupan sebagai ayah dan ibu.

Written by AbangNara | October 31st, 2013

Yeah~~~~~ Kembali kita ke part II pengalaman Abang Nara di Hong Kong Disneyland baru-baru ini. Kalau korang terlepas, boleh baca part I di sini (WAJIB baca untuk memahami betapa terujanya Abang Nara). Matahari mula naik, perut pun dah lapar, maka Abang Nara dan rakan-rakan blogger lain terus ke Tahitian Terrace di dalam Adventureland untuk mengisi perut.

hk disneylandYeah~~~~ (lompat kegembiraan). Ada nasi lemak halal dijual di Tahitian Terrace. Rasanya pun boleh tahan jugak. Untuk makluman, ada 2 restoran yang menjual makanan halal di Hong Kong Disneyland. Selain Tahitian Terrace ada Explorer’s Club Restaurant di dalam Mystic Point. Jadi untuk mereka yang beragama Islam, korang dah tak perlu risau bab makanan. Best kan?

hk disneyland

Selesai makan tengah hari, bermulalah rakaman Hong Kong Disneyland Challenge Trail untuk program NTV7 Breakfast Show. Team biru untuk lelaki yang diketuai oleh Aishah Sinclair dan team merah untuk perempuan yang diketuai oleh Naz. Yang bestnya pasal rakaman ini ialah kitorang akan dapat cuba semua tarikan terbaru di Hong Kong Disneyland. Memang terbaik!!!

hk disneyland

Salah satu aktiviti yang kitaorang kena lakukan ialah menaiki RC Racer di Toy Story Land. Ini memang sangat sesuai untuk mereka yang sukakan ketinggian dan nak rasakan jantung berderau. Abang Nara tak berani naik sebab memang gayat. Tapi RedMummy memang hebat. Korang boleh baca pasal pengalaman dia naik RC Racer nie kat sini.
hk disneyland

Masa Abang Nara tengah sibuk shooting, wife Abang Nara menghilangkan diri. Rupa-rupanya dia melayan “parade show“. Kalau korang membesar dengan kartun-kartun Disney macam wife Abang Nara, mesti korang pun seronok habis tengok karekter-karekter macam Snow White, Mickey Mouse, Minnie dan banyak lagi yang buat penampilan di parade nie. Wife Abang Nara siap keluar air mata sebab terkenang zaman memuda dulu.

hk disneyland

Antara aktiviti lain yang kitorang lakukan ialah naik spinning cup, main lagi sekali roller coaster kat Grizzly Gulch, belajar melukis Mickey Mouse di studio animasi dan paling best, menaiki ride 3D terbaru di Mystic Manor yang terletak di Mystic Point. Ada 2,3 kali juga Abang Nara terkejut ketika menaiki ride ini sebab efeknya yang memang nampak real. Sambil naik ride ini sambil Abang Nara dapat tahu mengenai pengembaraan Lord Henry (tuan punya Mystic Point) dan kawan rapatnya yang merupakan seekor monyet. Memang best!!!

hk disneyland

Mystic Point ini adalah tarikan terbaru dan terkini di Hong Kong Disneyland. Dengan siapnya Mystic Point, lengkaplah expansion di taman tema ini yang menyaksikan ada 3 tarikan hebat iaitu Toy Story Land, Grizzly Gulch dan Mystic Point. Kesemuanya ada kelebihan masing-masing. Nasihat Abang Nara, korang kena try kesemuanya. Jangan skip satu pun. Rugilah datang jauh-jauh tak cuba semuanya kan?

hk disneyland

Satu lagi pesanan Abang Nara, sila tunggu sehingga pukul 8 malam dan jangan keluar awal dari Hong Kong Disneyland. Sebabnya ada pertunjukan bunga api setiap malam sebagai tanda tutupnya taman tema ini untuk hari tersebut. Memang cantik dan romantik sungguh. Kalau pergi dengan isteri tercinta, bolehlah feeling-feeling honeymoon. Agak lama juga show bunga api ini. Memang berbaloi-baloi!!!

hk disneyland

Habis pertunjukan bunga api, sesi pengumuman pemenang untuk Hong Kong Disneyland Challenge Trail pun dilakukan. Siapa yang menang? Siapa yang kalah? Kalau nak tahu kenalah tengok NTV7 Breakfast Show. Tak bestlah kalau Abang Nara bagitau kat sini kan. Yang penting kitoarang semua bergembira dan berpuas hati dengan trip kitorang di Hong Kong Disneyland ini.
hk disneyland

Terima kasih Hong Kong Disneyland dan NTV7 kerana menjemput Abang Nara ke sini. Inilah salah satu tempat yang Abang Nara sarankan kepada rakan-rakan, keluarga dan pembaca BeautifulNara untuk dilawati. Hong Kong Disneyland sememangnya penuh dengan tarikannya tersendiri dan sangat memahami kehendak pelancong mereka terutamanya yang beragama Islam. Layari laman web rasmi Hong Kong Disneyland untuk informasi lanjut mengenai taman tema yang awesome ini!!!

Written by AbangNara | October 31st, 2013

Kesian Abang Nara tengok Almy Nadia dikutuk kerana kononnya cuba mencari publisiti dengan menjaja cerita dirinya menjual karipap akibat tiada tawaran lakonan. Biarlah Almy Nadia nak jual karipap ke, apam balik ke, sotong kering ke, asalkan kerja tersebut halal. Lagipun Almy menjual karipap bersama ibunya. Dapat lagi pahala tolong mak bapak.

almy nadia

Respek Abang Nara terhadap Almy Nadia semakin bertambah apabila membaca kata-katanya yang dikeluarkan menerusi Harian Metro semalam. Abang Nara nampak Almy ini seorang gadis yang jujur, cekal dan bijak. Untunglah Fizz Fairuz dapat bakal isteri sebegini. Kata Almy:-

Saya bukannya jual dadah, jadi untuk apa saya berasa malu. Saya tidak tahulah kalau ada artis lain yang malu menjadi penjual karipap tetapi bagi saya berniaga adalah sesuatu yang biasa buat kami sekeluarga kerana saya orang kampung.

Kalau dalam kenyataan sebelum ini saya ada menyebut perkataan terpaksa itu bukan bermakna saya menjalankan perniagaan ini dengan keadaan terpaksa. Saya ikhlas membantu ibu saya.

Kadang-kadang orang salah tafsir dengan kehidupan artis yang sering disangkakan mewah dan banyak duit. Walhal mereka juga manusia biasa yang ada masanya dilanda kesulitan hidup

almy nadia

Sesungguhnya menjual karipap adalah usaha yang lebih murni daripada sikap sesetengah manusia zaman sekarang yang sanggup menjual tubuh badan untuk mencari wang. Kepada Almy Nadia, anda memang hebat. Mungkin Almy selepas ini boleh lebih serius dalam bidang perniagaan. Cubalah jual produk kecantikan. Abang Nara yakin pasti laku macam pisang goreng panas.

Written by AbangNara | October 31st, 2013

Abang Nara terus jadi tak sabar nak cuba KFC Crazy Crunch yang baru dilancarkan oleh KFC ini lepas tengok video Shaheizy Sam kat bawah nie. Nampak benar rasanya sangat unik sampai Sam pun susah nak terangkan. Kena cuba baru tau nie!!!

 

 

Abang Nara ingatkan Sam seorang je yang sukar untuk menggambarkan kelazatan KFC Krazy Crunch. Rupanya hampir semua yang dah cuba pun mengalami masalah yang serupa. Argh~~~ Makin terliur dan makin tak sabar rasanya nak pergi KFC.

Petang nie nak ajak wife pergi try KFC Krazy Crunch untuk merasai sendiri kelazatan perisa terbaru daripada KFC ini. Jom reramai pergi jom!!!