Written by AbangNara | September 24th, 2013

Alhamdulillah. Lega hati Abang Nara mendengar pengakuan Farid Kamil ini. Umum mengetahui bahawa hubungan Farid Kamil dengan ibu mertua adalah tidak berapa baik. Malah sehingga ke hari ini, ibu Diana Danielle masih belum bertemu dengan cucunya. Namun segalanya itu bakal berubah tidak lama lagi.
farid kamilDi dalam majlis akikah dan pengumuman nama penuh anaknya nanti, Farid Kamil akan menjemput ibu mertuanya untuk menjernihkan kembali hubungan antara mereka bertiga. Kata Farid Kamil kepada MalaysianDigest:-

Ya, pada majlis itu saya akan jemput ibu mertua saya dan saya memang nak berbaik dengan dia (ibu mertua) sebab hubungan silaturrahim antara kami perlu dieratkan semula. Saya juga akan memulihkan semula hubungan Diana dengan ibunya. Kira macam ada babak jejak kasih sikit lah nanti. Pada hari itu juga saya dan Diana akan mendedahkan nama penuh anak kami

ibu diana danielleBaguslah macam itu. Ibu mertua memang wajib dilayan seperti ibu kandung. Gaduh lama-lama pun tak guna. Kesian dekat anak nanti tak dapat kasih sayang seorang nenek. Tidak diketahui pula bilakah majlis ini akan berlangsung, namun Abang Nara harap hubungan mereka akan kembali jernih sejernih-jernihnya selepas itu. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Terima kasih kepada Facebook, kereta yang dicuri ditemui semula

 
Written by serenity | September 24th, 2013

Berita menarik yang disiarkan melalui ruangan Hip yang disiarkan di Berita Harian hari ini ialah penyanyi Adam AF, 29, bakal bernikah dengan Fiza Elite, 33, Khamis ini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman dikenali kerana mendapat tempat ketiga pada pertandingan Akademi Fantasia Musim Kedua pada tahun 2004, manakala Fiza atau nama penuhnya Siti Saidatul Fiza Abdul Halim, pernah berkahwin pada tahun 2006, namun bercerai pada tahun 2010.

Fiza ialah bekas anggota girlband yang sudah berpecah, Elite.

Kedua-dua mereka ketika dihubungi memberitahu, jodoh antara mereka ialah ketentuan tuhan.

Menurut Adam kepada BH:-

Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, In Shaa Allah.

Untuk makluman ini, pasangan ini berkenalan pada Ramadan lepas, dan Fiza sebenarnya sudah merancang nikah dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti pada Jun lalu, tapi tidak kesampaian.

Doakan semuanya berjalan lancar untuk pasangan ini dan semoga kekal ke akhir hayat.


 
Written by AbangNara | September 23rd, 2013

Membaca komen di dunia Internet memberikan kesimpulan bahawa konsert Lentera Timur oleh Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya hujung minggu lalu adalah satu kejayaan besar. Rata-rata melahirkan rasa puas hati, gembira dan takjub dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Siti. Memang all out lah senang ceritanya.

siti lentera timur

Konsert ini telah berlangsung daripada hari Jumaat sehingga Ahad lalu. Agak rugi juga kerana tidak berkesempatan menyaksikan persembahan tradisional Datuk Siti Nurhaliza. Tengok baju pun dah tau memang persiapan rapi telah dilakukan oleh mereka yang terlibat menjayakan konsert ini.

siti lentera timur

Lagi 13 keping gambar Datuk Siti Nurhaliza sekitar konsert Lentera Timur dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
 
Written by AbangNara | September 23rd, 2013

Ah~~ Jelesnya melihat Rita Rudaini sekeluarga bercuti di Kapalai, Sabah. Tambah jeles apabila Rita pergi menyelam melihat keindahan lautan ciptaanNya. Confirm seronok tak ingat punya. Lebih-lebih lagi apabila ditemani dua anak lelakinya yang comel sangat.

rita rudaini

Sekali tengok Rita nie nampak macam profesional diver pun ada jugak kan? Gaya memang dah terserlah dah. Dalam perkembangan lain, Rita Rudaini buat masa ini masih belum bersedia untuk mencari pengganti bekas suaminya, Aidil. Kata Rita:-

Selepas bercerai, saya tidak pula mencari pengganti dan tak ada pun lelaki yang nak datang risik dekat saya. Mereka takut kot (ketawa). Tetapi buat masa ini biarlah saya fokus kepada kerja, perniagaan dan anak-anak terutamanya kerana mereka masih kecil dan perlu diberi perhatian lebih.

Lelaki muda atau tua, sama sahaja. Sekiranya ditakdirkan berkahwin lagi, saya mahu lelaki itu kuat pendirian dan menyayangi anak-anak lebih daripada saya sayang mereka. Saya pun tak berani nak cakap suka yang muda atau tua. Sekali dapat umur 30 tahun lebih muda macam mana? Macam dulu, saya sukakan lelaki yang matang dan aleh-aleh dapat lelaki muda (Aidil)

rita rudaini

Baguslah begitu. Bagi rileks dulu. Tumpukan perhatian kepada apa yang patut ketika tengah single ini. Nanti dah kahwin lain pula ceritanya. Tak gitu? Lagi beberapa keping gambar Rita Rudaini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Eiji Toyoda meninggal dunia di usia 100 tahun