Written by AbangNara | September 2nd, 2013

Minuman Yakult ialah salah satu minuman kegemaran Abang Nara. Kalau pergi beli barang dapur di Giant, memang tak lengkap kalau tak beli Yakult. Sampai je rumah terus minum 2,3 botol. Memang menyegarkan, sedap dan best. Lebih-lebih lagi kalau time cuaca panas. yakult Jadi apabila Abang Nara mendapat jemputan ke kilang Yakult untuk menyaksikan proses pembuatannya, memang melonjak kegembiraan dibuatnya. Tertanya-tanya juga macam mana Yakult ini diproses. Pagi Sabtu yang ceria, Abang Nara memandu ke kilang Yakult di Oakland Industrial Park, Seremban. yakult Ditemani oleh Sarah, Abang Nara dan beberapa blogger lain diberi penerangan mengenai Yakult. Menariknya Yakult ini rupanya telah dipasarkan lebih daripada 30 buah negara. Memang hebat. Dan hanya bungkusan Yakult di Malaysia sahaja yang berlainan. Kiranya rakyat Malaysia dapat Yakult yang special lah.yakult Sejarah Yakult bermula apabila seorang doktor Jepun bernama Minoru Shirota menemui bakteria yang bernama Shirota. Dengan penemuan ini, doktor Shirota menjumpai cara untuk menambahkan bilangan bakteria baik di dalam usus manusia. Kajian demi kajian dilakukan, kini sebotol Yakult mengandungi 30 billion bakteria baik di dalamnya. Hebat kan?

yakult

Selepas selesai sesi penerangan, kami dibawa masuk ke dalam kilang pemprosesan Yakult. Simple je kilangnya. Kebanyakan proses dikawal oleh mesin. Menerusi pemerhatian Abang Nara di sebalik cermin, memang proses pembuatan Yakult sangat cermat, bersih dan mengikut prosuder yang ditetapkan.

yakultUntuk menjamin kualiti, ujian akan diadakan oleh pakar daripada Yakult sendiri. Memang dedikasi sungguh si pakar ini mencuba satu demi satu Yakult untuk memastikan bakteria yang ada di dalamnya adalah yang terbaik dan menepati piawaian. Satu demi satu dicubanya. Kalau Abang Nara confirm dah bosan. Respek!!!

yakultDalam tempoh sehari, 700,000 botol Yakult boleh dihasilkan di dalam kilang ini. Kesemua botol ini kemudiannya akan dihantar ke seluruh Malaysia untuk penjualan. Antara fakta menarik mengenai Yakult ialah produk ini hanya mula berada di Malaysia pada tahun 2004. Agak lambat juga tetapi kerana kesedapan dan faedah yang didapati daripada meminumnya, Yakult kini adalah antara minuman kesihatan paling popular di Malaysia.

yakult

Kalau anda suka minum Yakult, bergantung pada individu, anda akan perasan selepas meminumnya perut anda akan rasa sedikit kurang selesa. Ada kemungkinan akan terus buang air besar. Ini kerana bakteria-bakteria di dalam Yakult membantu melancarkan lagi proses penghadaman. Hebat kan?

yakult

Selain mempunyai khasiat-khasiat seperti di dalam gambar di atas, Yakult juga hanya mempunyai satu perisa sahaja. Ini kerana tiada sebarang pewarna digunakan di dalam Yakult. Semua ini untuk memastikan bahawa peminum Yakult mendapat 100% khasiat dan kesan menyihatkan daripada bakteria baik di dalamnya tanpa sebarang bahan-bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan . Sebab itu disarankan agar sehari kita meminum 1 sehingga 2 botol Yakult untuk impak yang maksima.

yakult

Kalau ada yang tertanya-tanya, Yakult sememangnya halal dan sijil pengiktirafan tersebut dipampangkan di pintu masuk kilang Yakult. Bagi Abang Nara, pengalaman melawat kilang Yakult sememangnya satu pengalaman yang sangat berharga. Banyak benda yang telah Abang Nara pelajari. Paling penting, Abang Nara dapat kongsikan kebaikan-kebaikan Yakult dengan lebih terperinci kepada anda semua.

yakultSelepas beberapa puluh tahun tidak melawat kilang (last sekali masa sekolah menengah), lawatan ke kilang Yakult ini memang sangat best!!! Tour guide kami iaitu Cik Sara pun sangat friendly orangnya. Macam-macam soalan mencabar dijawab dengan mudah olehnya. Paling best, dalam pengetahuan baru mengenai pembuatan Yakult. Nanti Abang Nara nak bawa anak bini pulak pergi bersama-sama. Mesti lagi seronok.

yakult

Kalau ada peluang, anda juga boleh melawat kilang Yakult untuk melihat sendiri proses pembuatan produk ini. Boleh tanya di Facebook Yakult Malaysia atau lawati laman web Yakult Malaysia tentang tarikh dan masa lawatan. Abang Nara berani jamin korang akan kagum dengan penerangan mengenai teknologi yang digunakan dalam pembuatan minuman penuh khasiat ini.

Written by AbangNara | September 2nd, 2013

Amboi. Pandai juga si Fida Ibrahim ini buat kelakar. Agak funny juga ayat gurauan manjanya apabila diminta memberi respon tentang isu pakaian ketatnya yang mengundang kritikan peminat. Menurut Fida, dia ialah duta bagi produk pelangsingan tersebut dan pastinya baju ketat tersebut dipakai untuk membuktikan keberkesanan.

fida ibrahim ketat

Kata Fida kepada MalaysianDigest:-

“Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya.

Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan pem

Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?

fida comel

Kalau Fida kongsikan gambar pakai baju kelawar, Abang Nara yakin akan lebih viral gambar tersebut. Tak pernah lagi rasanya setakat ini mana-mana selebriti wanita berbuat demikian. Hehehe. Apa-apa pun Fida, kalau bolehlah janganlah ketat sangat baju tue. Rasanya semua orang tahu Fida memang kurus. Kalau boleh, janganlah tunjuk sangat. Tak sesuai dengan imej wanita bertudung anda. Tak gitu?

P.S: Apabila bayi merasa hirisan lemon

Written by AbangNara | September 1st, 2013

Hujung minggu selain menghadiri jemputan kahwin, pasti Abang Nara tidak akan melepaskan peluang untuk membaca sisipan BiPop dalam Berita Harian. Memang banyak kisah-kisah menarik dunia hiburan. Salah satu yang menarik perhatian Abang Nara ialah tulisan Raja Nurfatimah yang bertajuk “Julfekar, Farawahida masih bermusuh?”.

julfekar

Kalau anda tidak tahu, sebelum ini Farawahida pernah membuat laporan polis apabila Julfekar mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah miliknya. Namun itu semua kisah lama. Farawahida pun dah nak kahwin dah tak lama lagi. Peliknya ada status Facebook yang dikemaskini oleh Julfekar yang seolah-olah menyindir Farawahida.

julfekar

Hmmm. Menurut Raja Nurfatimah, walaupun nama si LUNYAI tersebut tidak ditulis oleh Julfekar, orang dalam industri hiburan dapat mengagak ia ditujukan kepada Farawahida. Tak tahulah betul atau tidak. Abang Nara suka dengan pesanan Raja Nurfatimah, tak perlulah berdendam-dendam. Semua orang pun dah bahagia dengan hidup masing-masing. Julfekar pun dah ada kekasih baru. Benda yang lepas, janganlah dikenang.

farawahida

Kalau boleh, Julfekar doakanlah kebahagiaan Farawahida. Tak perlu buka kisah lama. Benda lama yang terjadi antara anda berdua, biarlah ia tersimpan rapi. Orang ramai pun taknak tahu rasanya. Biarlah ia terkubur sehingga ke akhir hayat anda.

P.S: Logo kumpulan kongsi gelap Malaysia

Written by AbangNara | September 1st, 2013

Tak sudah-sudah dihimpit kontroversi si Ammar Alfian Aziz ini. Tak salah untuk Abang Nara katakan si Ammar ini lebih dikenali dengan hal-hal mengarut berbanding karier lakonannya. Lepas satu demi satu. Terbaru, Ammar dikatakan mengasari seorang pelakon baru yang bernama Nurjihan.

ammar alfian

Tampil menerusi BiPop hari ini, Ammar Alfian menafikan dakwaan dia mengasari Nurjihan. Sebaliknya menurut Ammar, dia hanya menepuk bahu Nurjihan dengan lembut, bukannya sekuat hati seperti yang didakwa. Yang menariknya, Ammar mendakwa ada pihak yang membenci dirinya. Kata Ammar:-

Saya sedar, sehingga hari ini masih ada yang membenci saya, sebab itu apa saja cerita negatif, lontar pada saya. Saya dah minta maaf dan tak mampu melawan apa-apa lagi. Mungkin ada individu tertentu masih tak berpuas hati dengan saya.

Saya tak tuduh Nurjihan mahupun Aiman, tapi mungkin ada individu lain yang cuba meraih publisiti dengan cerita seumpamanya dan pada masa sama memburukkan nama saya. Rekod saya memang dah buruk sebelum ini, panas baran dengan Syamsul lagi, jadi orang menggunakan alasan itu, saya ni memang takkan berubah.

Saya dah lali, buat bodoh sajalah. Manusia, penyakit hati itu memang ada dalam diri masing-masing. Saya buat 10 kebaikan, orang tak sedar, tapi dengan satu kesilapan, orang ingat sampai bila-bila. Walaupun saya dah minta maaf, orang masih nak label saya ni panas baran. Saya tak mampu puaskan hati semua orang.

Hmmm. Agak pelik juga untuk orang mencemburui dan menyakiti hati Ammar Alfian. Kalau popular macam Aaron Aziz bolehlah difahami. Mungkin Ammar kena periksa diri sendiri terlebih dahulu. Tengok di mana silap sampai asyik timbul kontroversi. Orang lain jadi pelakon juga tapi tidaklah asyik-asyik keluar cerita buruk je. Tak gitu?

Page 30 of 31« First...1020...2728293031