Written by AbangNara | September 30th, 2013

Tak puas lagi kan menatap gambar-gambar persandingan perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran? Kedua-dua mempelai memang melengkapi antara satu sama lain. Muka pun seiras. Insya Allah jodoh yang terbina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

gambar resepsi fouziah gous

Tahniah sekali lagi buat Fouziah Gous dan Zhafran atas mahligai perkahwinan yang dibina. Abang Nara doakan cepat-cepat dapat menimang cahaya mata. Pasti tambah berseri kehidupan anda kelak. 31 lagi gambar sekitar majlis perkahwinan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram CST Production & Instagram Fouziah Gous.

P.S: Video Honda Civic Tourer 2014

 
Written by AbangNara | September 30th, 2013

Cantik, meriah, gorgeous, menawan, kacak dan memang sepadan. Itulah yang Abang Nara mampu katakan apabila melihat gambar-gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran yang telah berlangsung di Marriott Putrajaya semalam. Memang terserlah kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh mereka berdua.

gambar resepsi fouziah gous

Comel kan pasangan ini? 31 lagi gambar sekitar majlis perkahwinan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Nantikan bahagian kedua tidak lama lagi. Kredit gambar Instagram CST Production & Instagram Fouziah Gous.

P.S: Toyota Prius C hanya guna minyak RM50 sebulan?

 
Written by AbangNara | September 30th, 2013

Fuiyooo~~ Memang gorgeous dan cantik sangat-sangat Rozita Che Wan di hari bahagianya. Ini baru majlis merisik nie. Tak dapat bayangkan betapa menawannya Che Ta di hari pernikahannya kelak. Confirm 20 30 kali ganda lagi meletop berbanding yang ini.

rozita che wan

Tambah meletop apabila Che Ta menggunakan khidmat jurugambar Annas Easkey. Rasanya semua orang tahu kehebatan si Annas ini. Memang bertambah cantik dan berserilah Che Ta kita nanti. Tak sabar wei nak tunggu diorang berdua kahwin.

rozita che wan

Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis merisik Rozita Che Wan dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Instagram Annas Easkey, Man Kajang dan Qudyn.

aircond murah

P.S: Telekung travel kembali lagi! Dengan warna terkini dan sangat sesuai untuk cik diluar sana yg sering travel ke sana sini.LIKE Facebook Gudang.my untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan.

 
Written by AbangNara | September 30th, 2013

Penantian itu satu penyeksaan. Namun apabila penantian berakhir, pastinya kegembiraan menjelma dalam diri. Jutaan tahniah diucapkan kepada Rozita Che Wan yang akhirnya dirisik oleh Zain Saidin. Majlis tertutup ini telah berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur semalam.

gambar che ta risik

Berkongsi kegembiraan ini, Che Ta telah meng”upload” sekeping gambar di akaun Instagram miliknya. Abang Nara sekali tengok pun tahu cincin nie mesti puluh ribu harganya. Besar sungguh. Untunglah Che Ta.

gambar che ta risik

Pengurus Rozita Che Wan memberitahu majlis tersebut dihadiri oleh sekitar 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Kata pengurus Che Ta kepada Mstar Online:-

Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan. Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin atas berita gembira ini. Semoga selepas ini segala majlis yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya nak tengok Che Ta dengan persalinan pengantin di atas pelamin. Mesti gorgeous sangat-sangat.

P.S: Harga minyak tidak dinaikkan.