Written by AbangNara | September 30th, 2013

Masih ingatkah anda dengan Dr. Ezani yang merupakan juara Masterchef Malaysia musim pertama? Dalam diam rupa-rupanya Ezani telah pun melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Azrai pada hujung minggu lalu. Jutaan tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

gambar kahwin ezani

Kalau tak silap Abang Nara, suami kepada Ezani juga merupakan seorang doktor. Nampak gayanya lepas ini confirm badan Azrai akan naik mendadak kerana memakan masakan si isteri yang merupakan juara masakan Malaysia. Confirm tambah nasik 2 3 pinggan. Hehehe.

gambar kahwin ezani

Semoga mahligai yang dibina Ezani dan Azrai berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Beberapa lagi gambar sekitar majlis perkahwinan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Amalina Tuna Photography.

 
Written by AbangNara | September 30th, 2013

Lama tidak mendengar perkembangan terkini bekas awek Abang Nara ini. Semenjak dua menjak ini nampak seperti menyepi. Baguslah begitu. Sekurang-kurangnya tiada kontroversi dan boleh fokuskan untuk meningkatkan prestasi. Terbaru, Neelofa telah pun terbang ke kota Paris untuk rakaman episod Nona.

neelofa paris

Memang jeles jugak Abang Nara dibuatnya melihat gambar Neelofa di Eiffel Tower. Satu hari nanti, pasti Abang Nara akan sampai jua ke sana dan buat pose sebijik macam Neelofa buat di atas. Hehehe. Apa pun, kalau dah ke Paris dan tak membeli belah, bukan namanya ke Paris la kan?

neelofa paris

Fuh ~~ Banyak sungguh yang dibeli oleh Neelofa. Sekali sekala terapi diri apa salahnya kan? Yang penting kita happy. Lagi beberapa keping gambar Neelofa di Paris dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 30th, 2013

Bila Abang Nara membaca keratan akhbar di bawah, terus tergelak dibuatnya. Nampak sangat nak menipunya. Bukan apa, Abang Nara tahu Aaron Aziz sekarang berada di Cape Town. Jadi tak logiklah pula untuk tiba-tiba Aaron Aziz mati dalam kemalangan main ski di Switzerland. Tak masuk akal langsung.

aaron aziz

Penyebar berita palsu ini sama ada gila attention atau sememangnya suka melihat orang lain mati. Nasihat Abang Nara, janganlah buat main-main benda berkaitan nyawa ini. Kang kalau kena kat diri sendiri, baru tahu betapa sedihnya. Apa pun, isteri Aaron Aziz telah pun membuat penafian berita ini menerusi Mstar Online:-

Saya baru terbaca berita ini dan terkejut kerana ia tidak benar sama sekali kerana suami saya kini berada di Cape Town dan bukannya di Switzerland seperti yang dilaporkan. Saya sudah bercakap dengan dia dan tiada apa-apa yang berlaku, sekarang dia sedang tidur,

aaron aziz

Buat anda yang tak tahu, Aaron Aziz kini sedang mengalami sakit sendi tengkuk. Jadi kita doakanlah agar Abang Long kita ini cepat-cepat sembuh. Kepada Aaron sekeluarga, bersabarlah dengan berita seumpama ini. Biasalah bila dah popular macam-macam cerita mengarut yang akan keluar. Tak gitu?

Written by AbangNara | September 30th, 2013

Kalau pertama kali bertemu Nur Fazura, pasti Abang Nara akan beranggapan umurnya sekitar 25 tahun. Masih tampak muda. Rupa-rupanya Fazura pada 27 September yang lalu telah menyambut hari jadinya yang ke 30. Selamat hari lahir dan semoga panjang umur Abang Nara ucapkan kepada pelakon yang masih maintain cantik menawan ini.

fazura kahwin

Abang Nara pasti Fazura turut tidak sabar untuk bergelar isteri kepada seseorang. Semoga cepat dipertemukan jodoh. Semoga berjumpa dengan lelaki yang benar-benar memahami diri anda. Abang Nara yakin ramai yang mahu memiliki Fazura secara sah, namun pilihan yang tepat harus dilakukan olehnya.

fazura kahwin

Semoga Fazura akan terus berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburinya. Kekalkan sikap mesra, merendah diri dan charming anda. Selamat hari Fazura. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nur Fazura.

bbw world

P.S: Di kala harga barangan semua naik, BestBuyWorld Malaysia tetap mengekalkan harga yang jauh lebih murah berbanding pasarannya. Memang syurga membeli belah terutamanya untuk kaum wanita. Hampir kesemua barangan ada di jual di sini. Tak percaya? LIKE Facebook BestBuyWorld Malaysia dan layari www.my.bestbuy-world.com untuk menikmati harga ISTIMEWA hari ini juga.

 
Page 1 of 3112345...102030...Last »