Written by AbangNara | August 25th, 2013

Amboi. Memang agak fanatik juga peminat bola sepak Sarawak ini. Namun Abang Nara memahami isi hati mereka. Memang terbakar juga hati apabila pasukan yang kita sokong digelar “cap ayam”. Itu yang Johara Pagi Era diancam bunuh sekiranya mereka berkunjung ke Sarawak. Seram jugak kan?
filem tanda putera

Ancaman ini terjadi selepas krew pagi Era iaitu Johan, Hanif dan Ray memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti. Mereka juga menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.
filem tanda putera
Ketiga-tiga mereka telah pun dipanggil oleh pihak pengurusan radio Era dan diarahkan untuk membuat permohonan maaf pada minggu hadapan. Diharap selepas ini, Johara akan lebih berhati-hati di dalamisu-isu sensitif sebegini. Walaupun Abang Nara tahu mereka hanya melawak, tetapi biasalah ada pihak yang emosinya lebih sedikit. Sama-samalah kita ambil pengajaran.

Written by AbangNara | August 25th, 2013

Setelah dilanda kemelut dan kontroversi, akhirnya filem Tanda Putera bakal menemui penonton di pawagam bermula 29 Ogos ini. Seperti yang Abang Nara maklumkan sebelum ini, Abang Nara sudah pun menonton filem ini dan mengakui ini adalah satu filem terbaik yang pernah Abang Nara tonton.

filem tanda putera

Kalau anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Malaysia, pastikan anda pergi menonton filem ini. Jangan lupa untuk mengkagumi kehebatan Tun Dr Ismail yang banyak membantu membangunkan Malaysia walaupun dalam tempoh masa yang singkat. Memang beliau hebat orangnya.
filem tanda putera

Beberapa lagi gambar sekitar majlis tayangan filem Tanda Putera dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

 
Written by AbangNara | August 25th, 2013

Sebelum ini, pasangan suami isteri Zahiril Adzim dan Shera Ayob memang sangat jarang berkongsi gambar-gambar anak sulung mereka yang bernama Nadi Anaqi. Namun sejak kebelakangan, gambar si comel ini sering menghiasi akaun Instagram mereka berdua. Memang cute sangat-sangat anak mereka ini.

nadi anaqi

Usia Nadi Anaqi kini sudah pun mencecah 2 bulan. Sekali pandang, memang ada iras-iras Shera Ayob. Confirm besar hensem dan menjadi pujaan ramai wanita. Hehehe.

nadi anaqi

Semoga Nadi Anaqi membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berjaya apabila dewasa kelak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar si comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Model kereta termurah daripada Perodua tahun hadapan

 
Written by AbangNara | August 24th, 2013

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Adda Butterfly yang telah pun selamat bertunang baru-baru ini. Gambar-gambar sekitar majlis pertunangan telah pun dikongsi oleh Adda sendiri menerusi akaun Instagramnya. Untuk anda yang tidak tahu, Adda suatu ketika dahulu pernah berkahwin dan mahligai perkahwinannya hanya bertahan selama 17 hari.

adda butterfly bertunang

Semoga kali ini, bahtera yang bakal dibina akan mampu bertahan buat selama-lamanya. Adda juga selaku wanita pasti mahu mengecapi kebahagiaan bergelar seorang isteri. Tak ada wanita di dunia ini yang mahu bergelar janda lebih-lebih lagi di usia muda. Tak gitu?

adda butterfly bertunang

Tidak diketahui pula identiti tunang Adda ini. Apa pun, sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: 5 objek berhantu sepanjang zaman

 
Page 7 of 25« First...56789...20...Last »