Written by AbangNara | August 28th, 2013

Kerana mulut, badan binasa. Kerana dadah, sambut hari raya di penjara. Kasihan pun ada juga tetapi itulah akibat yang harus ditanggung oleh Ameng Spring. Dihukum penjara selama lapan tahun dan beserta 10 sebatan di atas kesalahan memiliki dadah beberapa tahun yang lalu, Ameng Spring berkongsi pengalamannya menyambut hari raya di penjara.

ameng spring

Kata Ameng kepada Sinar Harian:-

Segalanya berbeza. Saya pernah hidup sebebas-bebasnya tetapi di sebalik tirai besi ini, perjalanan hidup saya seratus peratus berubah malah perolehi banyak pengajaran dan hidayah di sini. Alhamdulillah ahli keluarga datang dan rakan-rakan datang berjumpa dengan membawa makanan istimewa berbanding hari-hari lain

Mula menjalani hukuman sejak April 2011, Ameng ada kira-kira 6 tahun lagi sebelum dibebaskan. Semoga perjalanan hidupnya di dalam penjara akan benar-benar menginsafkan Ameng. Mana tahu bila keluar lagi, boleh buat comeback dan menyanyi semula. Pasti ramai yang rindukan suara berhantu Ameng.

Written by AbangNara | August 28th, 2013

Dengar tajuk pun dah terasa ke”psiko’annya. Filem thriller terbaru arahan Nam Ron ini menampilkan nama-nama hebat seperti Bront Palarae, Sharifah Amani dan Syed Hussain. Tayangan untuk filem penuh saspens ini akan bermula pada 5 September.

psiko pencuri hati

Secara ringkas, filem ini mengisahkan tentang Sidi (Bront Palarae) yang merupakan seorang penulis novel. Untuk memastikan kemantapan karyannya, Sidi menyelidik seorang pembunuh bersiri. Kemunculan Wani (Sharifah Amani) yang bertemu dengan Sidi di sebuah pulau berakhir dengan tragedi. Siapakah yang terbunuh? Siapakah yang membunuh? Psiko, Pencuri Hati ada jawapannya.

psiko pencuri hati

Jangan lupa untuk ke pawagam berdekatan anda untuk menonton filem ini. Sokonglah filem tempatan. Tanpa anda, industri kita pasti akan murung. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

P.S: Mazda 3 2013 serba baharu akan berada di pasaran Malaysia November ini?

 
Written by AbangNara | August 28th, 2013

Abang Nara tiada masalah dengan Zizan Razak. Abang Nara rasa Zizan seorang yang sangat berbakat. Orangnya memang kelakar, spontan dan mampu menarik perhatian penonton. Namun sekiranya Zizan diberikan tugasan untuk menjadi pengacara AF2013, mampukah dia memikul tanggungjawab tersebut?

zizan razak af2013

Mungkin juga kerana AF2013 ini akan menampilkan konsep serba baharu, teknik pengacaraannya juga akan berubah. Daripada sering dilanda kesedihan, mana tahu penyingkiran peserta kali ini dipenuhi dengan gelak tawa. Tiada lagi tangisan. Kadang kala Abang Nara menyampah juga tengok budak-budak tue menangis. Sorang-sorang muka sedih macam tak dapat beli aiskrim.

zizan

Walaupun begitu, sehingga sekarang Zizan tidak membuat kenyataan sama ada dia sudah menerima tawaran untuk menjadi pengacara AF2013. Terpaksalah kita semua menanti. Kata Zizan kepada Mstar Online:-

Rasa kerdil diri saya ini jika terpilih sebagai pengacara AF 2013 kerana pengalaman saya tidak sehebat mana seperti hos-hos terdahulu. Bagaimanapun saya berbesar hati apabila nama saya disebut-sebut sebagai pengacara bagi musim terbaharu ini. AF memang terkenal dengan kejutan jadi musim ini mereka juga ingin membuat kejutan mengenai pemilihan pengacaranya. Jadi kita tunggu sahajalah

Selalunya kalau memang sudah disebut-sebut sehingga ke tahap begini, memang betullah orang yang disebut akan menjadi pengacara. Kalau benar, memang rezeki Zizan. Semoga Zizan dapat membawa kelainan dan pembaharuan di dalam AF2013.

Written by AbangNara | August 28th, 2013

Digelar umpama kacang lupakan kulit oleh David Teo, Ahmad Idham ternyata profesional dan tidak menyimpan sebarang perasaan amarah terhadap rakan seperjuangannya itu. Memang respek Abang Nara dengan ketenangan Ahmad Idham. Sikap sebegini wajar dicontohi oleh kesemua pihak yang sering berdepan kritikan.
ahmad idhamAhmad Idham beranggapan kemungkinan besar David Teo telah diprovokasi oleh wartawan ketika temubual. Boleh jadi juga sebab takkanlah David Teo nak hentam kromo sebegitu sahaja rakan seperjuangannya. Kata Ahmad Idham kepada Sinar Harian:-

Saya tidak marah dan tidak menyalahkan David mengenai kata-kata beliau yang mengatakan saya kacang lupakan kulit. Cuma sebagai orang yang senior dalam industri, saya harap dia memberi jawapan yang lebih positif.

Cara orang melihat kenyataan itu secara berbeza-beza dan mungkin David tidak ada niat sebegitu atau mungkin soalan itu kurang tepat. Tapi sekali lagi saya kata, saya tidak salahkan dia, cuma saya tertanya-tanya kenapa dia keluarkan kenyataan sebegitu

david teo

Ala kadang-kadang apabila baca di suratkhabar, nampak maca David Teo dan Ahmad Idham bergaduh besar. Padahal dekat luar, member baik. Sama macam ahli politik Malaysia lah. Di media pung pang pung pang gaduh, bila jumpa boleh senyum dan borak-borak macam biasa. Kesemuanya profesional dan hanya menjalankan tugas masing-masing untuk kepentingan industri. Tak gitu?

P.S: Proton yakin Suprima S atasi sasaran jualan