Written by AbangNara | August 1st, 2013

Setiap kali tiba bulan Ramadhan, wife Abang Nara pasti akan beli telekung baru. Katanya barulah bersemangat sikit nak pergi solat terawih. Ramadhan kali ini, Abang Nara buatkan kejutan untuk dia dan belikan telekung travel daripada Busana Muslimah PelangiBonda.
telekung travelMemang sesuai sangat telekung travel ini sebab ia boleh dibawa ke mana-mana dengan begitu mudah sekali. Letak dalam beg sahaja. Selalu kalau balik kampung kita risau telekung di R&R kotor, lembap dan berbau, dengan telekung travel ini tak perlu nak risau dah. Solat pun dapat dijaga tanpa mengira tempat dan waktu.

Sempena bulan Ramadhan ini, ada promosi istimewa telekung travel Busana Muslimah Pelangibonda. Jika beli sehelai harganya ialah RM29, kalau beli 3 helai RM27 dan beli 5 helai RM25. Cadangan Abang Nara belilah 3 helai boleh bagi kat mak dan adik beradik yang lain. Setakat ini warna turquoise dan kelabu memang mendapat sambutan yang hangat.

telekung travelBulan Ramadhan juga masa untuk kita ajar anak-anak kecil untuk ikut solat di masjid. Kan comel kalau mereka turut sama bertelekung macam si ibu? Abang Nara belum ada anak perempuan lagi, tapi kalau ada memang dah lama Abang Nara beli telekung di atas. Comel gila kot ~~ Hanya RM19 sahaja istimewa khas Ramadhan ini!.

telekung travelUntuk persiapan syawal juga , Busana Buslimah Pelangibonda turut tampil dengan produk terbaru yang kini telah menembus pasaran  Brunei. Koleksi telekung ekslufif terbaru berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kain France Chantilly Silk. Kain ini diimport khas untuk anda semua sempena menyambut kedatangan Syawal tahun ini.

Telekung eklusif ini hadir dalam 5 warna iaitu ruby, jade, quartz, agate dan amethyst. Dengan harga RM280  RM240 (istimewa RAYA !) termasuk penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia (Brunei & Singapura dikenakan caj EMS), anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti telekung ekslusif Busana Buslimah Pelangibonda.

telekung travelOk Abang Nara saya nak beli 10 helai nak bagi kaum kerabat kat kampung nanti. Cuba bagitau camner cara nak beli. Senang je sebenarnya. Cuma perlu LIKE Facebook Gudang.my dan kemudian klik butang “Message” di situ. Hantarkan tempahan atau persoalan anda dan akan ada orang berkenaan yang bakal menjawab secepat mungkin.

Selamat membeli dan selamat berterawih dengan telekung daripada Busana Buslimah Pelangibonda.

Written by AbangNara | August 1st, 2013

Tajuk yang agak pendek kali ini. Secara amnya, kesemua wanita rasanya memang enggan berkongsi suami atau dalam erti kata lain, bermadu. Neelofa pun turut tak terkecuali. Selaku seorang wanita, Neelofa enggan dimadukan. Nampak gayanya tak ada can lah Abang Nara masuk meminang Neelofa untuk dijadikan nombor dua. Hahaha.

neelofa enggan bermadu

Jujurnya, kalau dapat bini secantik Neelofa, buat apalah nak dimadukan lagi. Cukup-cukuplah dah kot. Secara jujur, Abang Nara yang dah kahwin nie pun tak terfikir langsung nak kahwin dua. Seorang pun susah nak jaga. Kata Neelofa kepada Sinar Harian:-

Saya percaya jodoh, pertemuan setiap orang sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz lagi. Tetapi jika ditakdirkan berkongsi suami, kita terpaksa menerima dengan seadanya kerana ia ketentuan Ilahi.

Sekiranya ia berlaku, soal siapa bersalah tidak patut ditimbulkan, sebaliknya harus berbincang agar rumah tangga aman tanpa berlaku percakaran sesama sendiri.

Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah

neelofa enggan bermadu

Diharap kepada mereka yang berkaitan (Hans Isaac la siapa lagi kan), sila baca dan fahami kata-kata daripada Neelofa ini. Jangan cuba untuk memadukan dirinya. Kang tak pasal-pasal berantakan pula rumahtangga yang bakal dibina. Apa pun, diharap Neelofa dan kekasihnya dapatlah berkahwin cepat sikit. Tak sabar pulak nak tengok Neelofa jadi raja sehari.

P.S: Timbalan CEO PROTON, Datuk Lukman Ibrahim letak jawatan

Written by AbangNara | August 1st, 2013

Fuh ~~ Memang berkerat rotan, berpatah arang sungguh Aliff Aziz terhadap Adira. Mana tidaknya, Abang Nara pasti tahap kekecewaan Aliff Aziz sangat tinggi kerana cintanya ditolak oleh Adira. Sedih kot. Pasti Aliff sendiri tidak menyangka niat sucinya tidak diterima oleh Adira.

alif aziz adira

Tahap kekecewaan Aliff Aziz sehingga enggan lagi bekerjasama secara profesional dengan Adira di dalam apa jua projek. Kata Aliff Aziz kepada portal Murai:-

Bagi saya kami sudah putus dan saya tidak mahu dikaitkan apa-apa lagi dengannya. Saya pun sudah menjalani kehidupan saya tanpa kekasih seperti biasa. Lagipun, saya rasa saya tidak boleh bersikap profesional jika berhadapan atau bekerjasama dengannya kelak jika kami diperlukan bersama.

Itulah yang saya rasa kini dan tak perlu saya mengulas lanjut mengapa. Biarlah tiada apa-apa hubungan walaupun sebagai kawan di antara kami. Cukuplah, apa yang telah kami lalui bersama sebelum ini

aliff aziz

Abang Nara faham perasaan Aliff Aziz. Iyerlah dulu bercinta siap bagi couple ring bagai. Tup-tup kena “reject” begitu aje. Mana tak sedih. Lagi sedih bila Adira sekarang seperti sudah ada kekasih baru. Kata Aliff Aziz lagi:-

Saya tidak kenal siapa dia (Shahrul Nasrun) dan sejak bila mereka berkenalan. Kalau benar dia sudah bertemu cinta baru, saya hanya doakan kebahagiaanya sahaja. Lagipun , kini kami tidak lagi berhubung antara satu sama lain dan saya pula sibuk dengan kerjaya seni saya terutama lakonan yang baru sahaja saya bina

Satu sahaja nasihat Abang Nara kepada Aliff Aziz. Carilah kekasih baru untuk melupakan Adira sepenuhnya. Hanya itu sahaja cara yang paling pantas dan berkesan. Lagipun Aliff Aziz kacak juga orangnya. Takkanlah tak ada awek-awek yang tangkap cintan terhadapnya. Tak gitu?

Written by AbangNara | August 1st, 2013

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelma tiba. Pastinya ramai yang sudah bersiap sedia untuk pulang ke kampung. Bersempena raya kali ini, Astro akan menayangkan filem Madagascar 3 yang telah pun dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu.

lisa surihani gloria

Menggunakan nama besar seperti Hafiz, Najib Ali dan Taufiq Batisah, Lisa Surihani turut terlibat dengan meminjamkan suaranya untuk watak Gloria The Hippo. Pasti comel sangat-sangat. Abang Nara tak sabar nak menonton filem ini yang bakal ditayangkan pada Hari Raya pertama.

lisa surihani gloria

Kalau ada kelapangan masa, jangan lupa untuk sama-sama menonton versi Bahasa Melayu filem hebat ini. Sila beritahu anak-anak anda sekali. Namun begitu, jangan lupa untuk pergi berziarah dan tidak leka menonton televisyen sahaja. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 25 of 25« First...10...2122232425