Written by serenity | July 25th, 2013

Seperti yang anda maklum, semalam telah berlangsung majlis pernikahan Dato’ Hattan dan wanita yang sebelum ini bekas isterinya iaitu Arianie.



Pasangan ini berpisah selama 10 tahun sebelum disatukan semula di Marriot Putrajaya semalam. Hattan dan isteri kelihatan segak dan jelita dengan busana sedondon berwarna kuning air.

Set gambar ini ialah dari jurugambar rasmi REDPhotography. Terima kasih diucapkan kepada abang Red kerana sudi berkongsi gambar dengan kami. Sila like page REDPhotography beramai-ramai.

Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Dengarkan lagu-lagu nasyid ciptaan baru ini dan undi lagu yang paling anda sukai untuk Pertandingan Cipta Lagu Nasyid bersempena Festival Ramadan 2013. Untuk memudahkan anda memilih lagu nasyid kegemaran anda, sila klik banner di bawah untuk ke laman yang kami setup khas untuk memudahkan anda mendengar lagu-lagu, lengkap dengan cara mengundi secara SMS. Semarakkan Ramadan bersama kami! “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”

 
Written by AbangNara | July 24th, 2013

Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya petang tadi. Pasangan itu disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.

hattan nikah

Pasangan tersebut selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz pada pukul 6 petang dalam satu majlis ringkas yang diadakan bertempat di Marriott Putrajaya di sini hari ini.

Hattan dan Arianie sebelum ini pernah bernikah pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman sebelum berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005.

Jutaan tahniah diucapkan buat Hattan dan Arianie atas perkahwinan ini. Semoga mahligai yang dibina buat kali kedua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Info asal Utusan Malaysia.

Written by AbangNara | July 24th, 2013

Tinggal 2 minggu sahaja lagi, Hari Raya akan menjelma. Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Time-time ini mesti tengah sibuk tulis kad raya nak hantar kepada kawan-kawan. Siap beli setem banyak-banyak. Lenguh jugak tangan nak menulis.
cadburyNamun teknologi yang berkembang pesat menyebabkan tradisi menghantar kad raya ini telah ditelan zaman. Rasanya dah dekat 7,8 tahun Abang Nara tak dapat walau sekeping kad raya pun. Sekarang ini trend orang hantar ucapan ikut SMS, Whatsapp dan macam-macam lagi. Memang menyenangkan tapi Abang Nara rasa tak ada yang special mengenainya.
cadburySuatu hari ketika berbuka puasa bersama rakan-rakan, Abang Nara menerima 2 keping coklat Cadbury daripada seorang kawan. Comel sangat coklat Cadbury nie siap ada reben. Ingatkan memang untuk dimakan ketika morey, rupa-rupanya ada mesej istimewa di dalam coklat Cadbury ini.
cadburyDengan pantasnya Abang Nara pun membuka kedua-dua coklat Cadbury ini. Rupanya ada mesej yang ditulis khas di atas coklat ini. Memang terharu dan terkejut Abang Nara dibuatnya. Ini memang suatu yang unik dan tak pernah Abang Nara terima selama ini. Terasa diri ini sangat istimewa.
cadbury
Tanya punya tanya, rupa-rupanya coklat Cadbury dengan mesej istimewa di dalamnya ini adalah bersempena kempena “Say It With Cadbury Raya”. Bagi Abang Nara, ini idea yang sangat awesome. Ucapan Hari Raya Raya menerusi coklat pastinya akan meninggalkan seribu kenangan istimewa kepada si penerima. Kreatif sungguh Cadbury.
cadburyAnda boleh mencuba Say It With Cadbury bersempena Hari Raya di pasaraya Tesco yang terpilih pada 2 hujung minggu (Sabtu dan Ahad) yang seterusnya iaitu 27, 28 Julai dan 3, 4 Ogos. Dan pada 25 Julai ini, khas di Tesco Mutiara Damansara bermula jam 12 – 2 petang, anda berpeluang menjadi orang pertama membuat mesej peribadi dengan Say It With Cadbury Dairy Milk sebelum orang lain sempena Prebiu Eksklusif untuk peminat Cadbury Dairy Milk Malaysia. 50 peminat pertama akan berpeluang menerima bar coklat Cadbury Dairy Milk 175g dengan PERCUMA dan membuat mesej peribadi anda! Best kan?
cadburyTunggu apa lagi? Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk berkongsi kegembiraan dan semangat Raya bersama orang yang tercinta. Rebut peluang ini sebelum terlambat. Abang Nara pun ingat nak pergi buat satu untuk wife tercinta. Bagi surprise sikit kat dia. Untuk info lanjut , jangan lupa layari Cadbury Dairy Milk Malaysia.

Written by AbangNara | July 24th, 2013

Pastinya anda mengenali siapakah itu Alvin dan Vivian. Mereka ialangan pasangan kaum Cina yang telah berkongsi gambar berbuka puasa dengan Bah Kut Teh sehingga menyebabkan kemarahan umat Islam Malaysia. Akibatnya, mereka berdua kini sedang di dalam proses perbicaraan mahkamah.
sazzy alvin vivianSemalam, menerusi akaun Facebooknya, Sazzy Falak dilihat telah berkongsi satu artikel yang seolah-olah menyatakan sokongannya terhadap tindakan Alvin dan Vivian ini. Abang Nara juga agak terkejut pada mulanya. Takkanlah orang secerdik Sazzy tidak mampu berfikir betapa negatifnya perbuatan Alvin dan Vivian ini.

sazzy alvin vivian

Susulan itu, ratusan komen telah diluahkan oleh peminat-peminat Sazzy Falak yang melahirkan rasa kekecewaan mereka terhadap pelakon ini. Ramai yang tidak sangka Sazzy begitu tidak sensitif mengenai agamanya sendiri.

sazzy alvin vivian

Namun sebentar tadi, Sazzy Falak menafikan yang perkongsian status Facebook tersebut dilakukan oleh dirinya. Kata Sazzy kepada Utusan Malaysia:-

Bukan saya yang kongsi artikel tersebut di laman Facebook saya. Tetapi saya mungkin tahu siapa yang berkongsi artikel tersebut, bagaimanapun saya pasti tujuannya bukan untuk menjatuhkan saya.

Apa yang saya boleh kata, sebagai rakyat di negara berbilang kaum pasangan kontroversi ini juga seharusnya lebih sensitif dengan perkara berkaitan agama dan budaya.

Saya harus membaca kembali apa sebenarnya yang dilakukan oleh mereka berdua, bagaimanapun melihat respons orang ramai, pastinya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Saya pasti mereka seharusnya lebih sensitif mengenai hal ini. Dan saya tidak rasa ia bukan sesuatu perkara yang lucu, memandangkan perkara ini berkaitan agama dan budaya

Memang biasanya laman Facebook artis-artis ini diselia oleh orang lain. Diharap Sazzy dan artis-artis lain dapat memberikan panduan kepada mereka ini tentang apa yang boleh dan tak boleh dikongsi di Facebook. Takut-takut jika berkongsi sesuatu yang kontroversi menyebabkan nama baik artis itu sendiri yang tercemar. Tak gitu?

P.S: Gambar “spyshot” Smart For Two 2014