Written by serenity | July 27th, 2013

The Wolverine telah memulakan tayangannya di pawagam-pawagam Malaysia Khamis lepas. Kali ini filem ini menggunakan latar belakang Jepun sebagai inipati keseluruhan ceritanya. Menurut pengarah filem ini, James Mangold, filem ini banyak dipengaruhi filem-filem Samurai Jepun seperti 13 Assassins dan trilogi samurai Hiroshi Inagaki tentang Musashi Miyamoto; dari filem koboi Shane and The Outlaw Josey Wales; filem jenayah The French Connection dan Chinatown; serta drama Black Narcissus, Floating Weeds, Chungking Express dan Happy Together.



Kata Hugh Jackman, ini ialah kemunculan keenam beliau sebagai Logan atan Wolverine dalam filem. Kali ini, Hugh telah melakukan sehabis dayanya untuk mendapatkan badan yang paling sasa dan paling kurang lemak, dan usahanya itu berjaya kerana dalam film ini, badannya kelihatan mengkagumkan.

Menurut Hugh lagi, dia telah mendapatkan nasihat dari pelakon atau penggusti terkenal, Dwayne Johnson atau The Rock mengenai cara pemakanan terbaik untuk mendapatkan tubuh yang paling ideal untuk Wolverine seperti yang diinginkannya. Selama enam bulan, dia telah mengambil makanan dengan 6000 kalori sehari namun tidak boleh mengambil makanan berlemak di samping bersenam secara gigih di gimnasium. Untuk itu dia terpaksa makan dada ayam dalam jumlah yang banyak. Selepas enam bulan dia menghabiskan penggambaran dan memberitahu secara berseloroh:-

Saya tidak akan makan dada ayam lagi untuk menu tengah hari.

Dia juga telah mengamalkan satu tip iaitu tidak minum atau mengambil sebarang cecair selama 36 jam sebelum melakonkan setiap adegan yang memerlukannya tidak memakai baju. Katanya, petua itu sangat berkesan kerana proses dehidrasi mengetatkan tubuh dan memberikan otot-otot lebih definisi dan dia sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Menurut Hugh, watak Wolverine tidak boleh mati kerana faktor tubuhnya yang boleh merawat diri sendiri secara automatik, sementara orang-orang yang disayanginya telah atau akan mati menjadi tema utama untuk filem ini:-

Dia sedar semua orang yang dia sayang telah mati, dan dia hidup penuh kesakitan. Jadi dia fikir lebih baik kalau dia menghilangkan diri. Dia tak boleh mati. Dia cuma mahu tinggalkan semuanya.

Hugh juga berpendapat hubungan Wolverine dengan Jean Grey, watak yang dilakonkan oleh Famke Janssen adalah satu elemen yang penting yang ditekankan dalam filem ini.

Filem ini menarik kerana keindahan lanskap serta seni pertahanan diri Jepun yang ditampilkan, termasuk falsafah samurai dan ninja. Filem ini turut menampilkan Will Yun Lee (Harada), Rila Fukushima (Yukio), Tao Okamoto (Mariko), Hiroyuki Sanada (Shingen) dan Svetlana Kodchenkova (Viper).

Kami telahpun menonton filem ini semalam dan boleh dikatakan filem ini memaparkan aksi pertarungan terbaik setakat ini, mungkin lebih baik dari aksi-aksi dalam filem Man of Steel yang banyak menggunakan CGI.

Lagi 15 gambar dari majlis tayangan perdana The Wolverine di London. Kredit gambar, Facebook The Wolverine.

 
Written by AbangNara | July 26th, 2013

Secara jujur, Abang Nara tertanya-tanya juga sehingga ke hari ini mengapa masih tiada lelaki yang bertakhta di jiwa Nora Danish. Selaku seorang selebriti, pastinya Nora sering dingorat oleh lelaki-lelaki di luar sana. Namun tak ada satu pun yang kedengaran bercinta secara serius dengannya.
nora danish

Mungkinkah jejaka yang bernama Nadeem ini mampu mengisi kekosongan di dalam hati Nora Danish? Untuk makluman, Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri adalah anak kepada seorang menteri. Nora sendiri mengakui yang Nadeem ada ciri-ciri untuk dijadikan suami.

Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengan saya, lagi pula rumah kami berdekatan dan senang untuk meminta bantuan daripadanya. Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia (Nadeem) ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami

nora danish
Malangnya Nora menyatakan yang hatinya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki. Rasanya dah sesuai sangat dah Nadeem dan Nora. Kalau tulis kat kad kahwin memang nampak matching. Double N gitu.

Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan

Adakah Nora Danish masih kecewa selepas Abang Nara menolak cintanya satu ketika dahulu? Tak sangka la pulak. Kepada Nora, lupakanlah diri ini. Lebih ramai lelaki di luar sana yang rela mencintaimu. Buat masa ini, Abang Nara tak macam Ashraf Muslim yang terdetik nak kahwin dua. Hehehe.

P.S: Volkswagen Taigun, SUV kompak akan dikeluarkan 2016

Written by AbangNara | July 26th, 2013

Ini adalah satu teknik pemasaran terbaru yang pernah Abang Nara. Unik sangat-sangat. Bijak juga Zain Saidin ini. Untuk melariskan penjualan biskutnya, Zain menawarkan tempat duduk ke majlis perkahwinannya dengan Rozita Che Wan yang bakal berlangsung Disember ini. Menarik bukan?

zain che ta

Untuk makluman, di bulan Ramadhan ini, Zain Saidin menjual 22 jenis biskut raya. 5 pembeli biskutnya yang paling banyak akan diberi peluang untuk hadir ke rumah terbuka Aidilfitrinya. Sementara 3 daripada 5 pembeli terbanyak, akan dapat menghadiri majlis perkahwinannya kelak.

Daripada lima peminat bertuah itu, saya akan memilih tiga daripada mereka berdasarkan siapakah yang membeli biskut paling banyak untuk hadir ke majlis resepsi persandingan saya dengan Cik Ta (Rozita) nanti

zain

Kalau anda peminat Zain atau Rozita Che Wan, inilah peluang anda untuk bertentang mata dengan kedua-dua pelakon popular ini di hari bahagia mereka kelak. Namun kenalah keluarkan modal sikit. Peluang ini turut terbuka kepada mereka yang berada di luar bandar kerana penghantaran secara pos turut dilakukan.

P.S: Honda EX-5 110 Dream dilancarkan

Written by AbangNara | July 26th, 2013

Antara salah satu filem yang dinanti-nanti tayangannya ialah Lemak Kampung Santan yang menyaksikan gabungan Hans Isaac dan Neelofa. Umum mengetahui bahawa mereka berdua mempunyai hubungan teman tapi mesra. Dan kemesraan itu terserlah ketika majlis tayangan perdana filem arahan Hans Isaac ini.

hans isaac lemak kampung santan

Amboi sekali pandang macam pasangan suami isteri kan? Tak tahu sama ada nak jeles kepada Hans Isaac atau kepada Neelofa. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Selain mereka berdua, barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Harith Iskandar, Harun Salim Bachik dan beberapa lagi nama besar.

hans isaac lemak kampung santan

Daripada maklumbalas yang diterima, filem Lemak Kampung Santan boleh dikatakan filem yang “not bad“. Mungkin plot perlu dikemaskan lagi namun secara keseluruhan, filem ini memang berbaloi ditonton. Kalau nak tahu, kenalah pergi tengok sendiri. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 5 of 31« First...34567...102030...Last »