Written by AbangNara | July 30th, 2013

Menarik juga kisah perkahwinan kali kedua Hattan dan Arianie ini. Memang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Untuk makluman, mereka berdua telah bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 selepas berkahwin pada 17 Disember 1996. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman.
hattan dan arianie

Perkahwinan kali kedua selepas 9 tahun ini telah berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya pada 24 Julai bersamaan 15 Ramadhan lalu. Arianie mengakui pernah mengenali lelaki lain malah sempat bertunang sebelum jodohnya kembali pada Hattan. Kata Arianie:-

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup. Apatah lagi apabila berbicara soal jodoh, ia ketentuanNya. Bayangkan saya sudah bertunang tetapi putus.

Disebabkan itu apabila Hattan kembali melamar, saya menerima dengan hati terbuka dan menganggap sudah tertulis memang kami akan hidup bersama. Cuma doa saya, kali ini biarlah hingga ke akhir hayat.

hattan dan arianie

Arianie turut sama berkongsi sedikit cerita mengenai perkahwinan pertamanya dengan Hattan. Ini memang sangat menarik untuk kita baca dan jadikan pengajaran terutama untuk mereka yang baru berkahwin. Kata Arianie:-

Dulu Hattan seorang yang baran. Sewaktu berpisah, lafaz cerai dibuat dalam keadaan marah. Namun perkara sudah berlaku. Memang dia minta rujuk balik waktu itu tetapi hati sudah terluka.

Kami kemudian cuba membawa haluan masing-masing. Begitupun hubungan antara kami tidak pernah putus, apatah lagi Adam menjadi pengikat kasih antara kami.

Terus terang saya katakan, sepanjang tempoh kami berpisah, saya tidak ambil tahu langsung hal berkaitan peribadi suami. Mengapa saya mesti ambil tahu, sedangkan kami punya hidup masing-masing waktu itu. Saya meneruskan hidup tanpa mahu memikirkan hal lain.

hattan dan arianie

Tambah Arianie lagi, Hattan turut menghubunginya ketika bekas suaminya itu membuat keputusan untuk bercerai dengan Noorfarashikin. Kata Arianie:-

Saya masih ingat perkara itu. Sewaktu dia mahu bernikah, saya ucapkan tahniah. Bagaimanapun ketika saya bertugas di Buenos Aires, Argentina, suami menghubungi menerusi khidmat pesanan ringkas dan memberitahu mahu bercerai

Saya katakannya kepadanya jangan terburu-buru, lagipun kami tidak berbual panjang dan hanya berhubung menerusi SMS. Esoknya saya mendapat balasan SMS daripadanya yang tertulis “saya sudah bercerai”.

hattan dan arianie

Untuk anda yang tidak tahu, Arianie merupakan seorang pramugari dan model sambilan. Paling Abang Nara suka ialah apabila Arianie menceritakan bagaimana perubahan sikap Hattan telah membuka kembali hatinya. Kata Arianie:-

Usaha dan perubahan sikap ditunjukkan juga membuat saya yakin untuk kembali hidup bersama Hattan. Apatah lagi ikatan kedua ini membuatkan hidup saya kembali sempurna sebagai isteri dan ibu.

Saya akui sebelum ini saya juga tidak sempurna. Namun perpisahan mematangkan kami untuk menjadi lebih sempurna.

Mengambil contoh, andai dulu sudah hendak tengok suami bersolat, tetapi sekarang memang susah untuk lihat dia meninggalkan solat. Perkara seperti itu yang membuatkan hati saya kuat untuk kembali hidup bersamanya.

Jadi kepada anda di luar sana yang pernah mengalami penceraian di dalam perkahwinan anda, berilah peluang kepada bekas pasangan anda untuk berubah. Mana tahu, memang sudah tertulis jodoh anda adalah si dia. Jangan tutup pintu hati anda selama-lamanya. Buat Hattan dan Arianie, semoga percintaan anda kekal sehingga ke syurga.

P.S: Gambar Preve hatchback yang lebih jelas. Memang menggiurkan.

Written by AbangNara | July 30th, 2013

Lama tidak mendengar kisah terbaru mengenai Wan Sharmila. Paling terakhir Abang Nara menulis mengenai dirinya ialah apabila kontroversi mengenai pakaiannya timbul. Rupanya dalam diam, Wan Sharmila yang sudah 4 tahun menjanda ini sedang enak dilamun cinta.

wan sharmila

Untuk makluman, sebelum ini perkahwinan Wan Sharmila dengan penerbit dan pemilik syarikat produksi, Radius One, Fazli Baharom telah berakhir dengan penceraian pada 23 Oktober 2009. Kekasih baru Wan Sharmila bukanlah daripada orang seni dan kini sedang berada di London. Kata Wan Sharmila:-

Ya, memang saya kini sedang dilamun cinta dan sudah berpunya. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan berharap hubungan ini berjalan lancar. Siapa dia, tidak perlu saya perkatakan untuk ketika ini kerana saya tidak mahu terlalu terbuka dalam soal cinta dan perhubungan. Mungkin buat masa ini, masih tidak sesuai untuk memberitahu kesemuanya. Namun saya tidak menolak untuk memperkenalkannya secara umum satu masa nanti. Cukuplah saya katakan yang dia kini berada di London dan bukanlah di kalangan orang seni.

wan sharmila

Fuh ~~ Kalau dah berada di London, pasti bukan calang-calang orang. Entah-entah anak orang kenamaan. Tak kisah pun semua itu, yang penting Wan Sharmila dan kekasih barunya itu bahagia di sisi masing-masing. Semoga percintaan kali ini berakhir ke jinjang pelamin buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Model sedan Perodua Jaguh bakal dikeluarkan tidak lama lagi?

Written by AbangNara | July 30th, 2013

Nampaknya hubungan antara Farid Kamil dan ibu mertuanya memang berada di fasa yang sangat tidak baik. Terkejut juga Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Farid Kamil menerusi Mstar Online. Terasa macam babak dalam drama Melayu pulak.

farid kamil dan anak

Diminta mengulas hubungan dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramil, Farid Kamil berkata:-

Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu. Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka. Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati

farid kamilNampak gayanya memang benarlah bahawa perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle tidak direstui oleh ibu mertuanya. Malah menurut Farid Kamil, Diana Danielle turut merasa kecewa dengan sikap ibunya itu. Kata Farid lagi:-

Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin

diana danilelleUntuk makluman, buat masa ini anak sulung Farid Kamil dan Diana Danielle masih lagi belum diberikan nama. Kata Farid:-

Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu. Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana.

Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap “mother blues” iaitu terlalu melindungi anaknya.Saya sendiri tidak dibenarkan memegambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya,

Semoga dengan kehadiran cucu ini, hubungan Farid, Diana dan ibu mertua akan dapat dirapatkan semula. Selalu orang tua-tua ini bila dah tengok cucu hatinya akan lembut. Mungkin Farid boleh ambil inisiatif untuk membawa anaknya bertemu dengan si nenek. Insya-Allah akan dipermudahkan.

Written by AbangNara | July 29th, 2013

5 tahun hidup sendirian bukanlah satu tempoh masa yang pendek. Pasti ramai yang tertanya-tanya, tiadakah lelaki yang cuba memperisterikan Abby Abadi dalam ketika itu? Menerusi Sinar Harian semalam, Abby telah berkongsi sedikit cerita mengenai dirinya.

abby abadi

Menurut Abby, sebelum berkahwin dengan Farhan, 24 tahun, ada beberapa lelaki yang telah cuba untuk mengahwininnya. Namun pendiriannya untuk tidak menjadi isteri kedua atau ketiga telah membatalkan niat suci mereka. Kata Abby:-

Saya bukan memilih suami kerana dia lebih muda daripada saya tetapi ini adalah jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT. Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik. Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan.

farhan

Malah anak-anak Abby Abadi juga telah mula menerima dan semakin mesra dengan kehadiran ayah baru mereka. Abang Nara suka melihat kecomelan mereka di dalam gambar di atas. Nampak sangat-sangat baik antara satu sama lain. Tambah Abby lagi:-

Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga. Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula.

Tua atau muda pasangan kita, bukanlah penentu kebahagiaan. Yang penting, sikap tolak ansur, berhemah dan saling sayang menyayangi. Semoga Abby dan Farhan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata untuk mengeratkan lagi hubungan mereka. Sama-samalah kita doakan.
ronasutraP.S: Jom cantik bergaya di pagi Raya dengan Ronasutra. 100% mineral makeup. Bertindak juga sebagai penyelesaian kepada masalah kulit. Layari www.ronasutra.com sekarang juga untuk pastikan anda ceria di Hari Raya.