Written by AbangNara | July 11th, 2013

Benarlah kata pepatah; rezeki, ajal dan jodoh semuanya ditentukan Tuhan. Kita manusia ni hanya boleh berusaha namun ketentuannya adalah dari Allah jua. Begitulah yang terjadi dalam kes Fiza Elite ini.

Biarpun segala persiapan dan persediaan untuk majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung Jun lalu telah diatur, tetapi akhirnya terpaksa akur dengan takdir dirinya. Kata Fiza Elite kepada Utusan Malaysia:-

Saya akui sangat kecewa kerana banyak persiapan sudah dibuat. Sepatutnya saya menjadi seorang isteri semula pada Ramadan kali ini, tetapi tidak berlaku.

Ketika ditanya siapakah gerangan lelaki tersebut, Fiza mengatakan:-

Siapa dia, tidak perlulah saya beritahu kerana perkahwinan itu tidak menjadi pun. Bila tidak jadi berkahwin, saya sudah reda. Sebagai insan, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mungkin akan datang jodoh baru, saya terima apa saja daripada Yang Maha Esa.

fiza eliteErrm.. Berat juga dugaan untuk Fiza pada bulan Ramadhan kali ni. Semoga Fiza tabah dan meneruskan kehidupan yang mendatang seperti biasa. Mawar Putih percaya masih ada ramai lelaki di luar sana yang jujur, baik hati, penyayang dan sedang mencari pasangannya. Manalah tahukan….Insyallah..kalau ada jodoh tidak ke mana tu.

Written by AbangNara | July 11th, 2013

Rasanya semua orang tahu mengenai percintaan yang terjalin di antara Datuk Ramli MS dan Alyah. Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang pengakuan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak mengenai hubungan mereka. Itu yang Abang Nara terkejut apabila membaca gosip perkahwinan Ramli MS dan Alyah secara senyap-senyap di portal Murai.

ramli ms

Menurut apa yang ditulis, perkahwinan mereka berdua dilakukan selepas Alyah pulang daripada menunaikan umrah baru-baru selepas Alyah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Rasanya penghijrahan Alyah sudah pun mencecah 2 bulan. Jadi adakah mereka berdua sudah bergelar suami isteri sejak 2 bulan yang lalu?

alyah

Alyah juga dikatakan sudah tinggal bersama di rumah Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong. Buat masa ini, berita ini masih tidak dapat disahkan kesahihannya. Kalau betul dah kahwin, lagilah bagus kan? Sama-samalah kita nantikan pengesahan daripada tuan punya badan sendiri.

P.S: Nissan Serena S-Hybrid dilancarkan 23 Julai ini

Written by AbangNara | July 11th, 2013

Perempuan sememangnya ada keringanan untuk tidak berpuasa ketika waktu-waktu tertentu. Tapi kalau dah sampai hisap rokok, minum air sambil bermain mahjung, itu dah memang wajar dicekup. Pelakon wanita yang popular dengan jolokan seorang pelakon wanita Hollywood ditangkap ketika berkelakuan demikian.

pelakon wanita tak puasa

Tangkapan dilakukan di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong, semalam. Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker. Difahamkan, pelakon tersebut kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir apabila wajahnya dirakamkan dan namun dibebaskan selepas butir keterangan dirinya diambil.

P.S: Mungkin pelakon wanita ini perlu mendengar tips Ramadhan daripada Ustaz Abdul Razak Muthalib ini. Banyak tips-tips menarik yang dikongsikannya. Kalau korang nak lagi banyak tips, boleh LIKE Facebook Ustaz Abdul Razak Muthalib.

Written by AbangNara | July 11th, 2013

Memang bijak langkah yang diambil oleh Izzue Islam dan isterinya. Untuk pengetahuan anda, banyak komen negatif yang dikeluarkan oleh orang ramai mengenai perkahwinan Izzue dan Awin. Dikatakan umur isterinya yang berusia 31 tahun menjadi punca komen-komen negatif ini bertebaran.

izzue islam

Menariknya, Izzue dan isteri ada membaca komen-komen tersebut. Kata Izzue kepada Mstar Online:-

Saya dan isteri ada membaca komen-komen negatif tentang perkahwinan kami tetapi itu bukan masalah besar kerana yang berkahwin itu adalah kami dan paling penting ia mendapat restu keluarga. Kami tidak ambil hati pun apa yang orang ingin kata kerana ia adalah kehidupan kami dan Alhamdulillah kami semakin bahagia sejak bergelar suami isteri

izzue islam

Agaknya peminat-peminat yang melemparkan komen negatif ini mesti kecewa kerana mereka menaruh hati terhadap Izzue Islam. Kalau iyer pun begitu, janganlah sampai mengutuk. Doakan kebahagiaan mereka. Kata Izzue lagi:-

Alhamdulillah walaupun ada yang mengecam tetapi lebih ramai yang mendoakan kebahagiaan kami berdua dan indah sebenarnya alam perkahwinan ini. Pada diri saya sendiri juga banyak perubahan yang saya alami dan berharap rumah tangga kami akan diserikan dengan cahaya mata secepat mungkin

Semoga Izzue dan isteri akan terus kekal bahagia buat selama-lamanya. Di kala bulan Ramadhan ini, banyakkanlah berdoa agar dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata. Insya-Allah akan dimakbulkan Kepada Izzue dan Awin, selamat berpuasa dan berhari raya sebagai suami isteri buat pertama kalinya tahun ini.

P.S: Puteri Awani (video seminggu bercinta) sudah putus cinta dengan kekasih hati

Page 20 of 31« First...10...1819202122...30...Last »