Written by serenity | July 30th, 2013

Bersempena Festival Ramadan 2013, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Ikim.FM dan Nasional.FM menganjurkan Pertandingan Cipta Lagu Nasyid dan Pertandingan Cipta Lagu Raya. Lagu-lagu yang telah dihantar untuk penyertaan telah disaring dan hanya 16 lagu telah layak ke peringkat akhir untuk Pertandingan Lagu Nasyid manakala 12 lagu telah layak ke peringkat akhir bagi Pertandingan Cipta Lagu Raya.

Lagu-lagu nasyid dan raya telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat negara ini. Pertandingan ini ialah salah satu usaha yang dijalankan oleh JKKN untuk memperkembangkan dan memperbanyakkan jumlah lagu nasyid dan raya yang berkualiti agar tidak terlalu bergantung pada lagu-lagu nasyid dan raya yang lama sahaja.

Sehubungan itu, kerjasama pada pembaca BeautifulNara.com adalah dipohon untuk mengundi lagu-lagu nasyid dan raya ciptaan baru ini bagi menentukan lagu manakah yang paling terbaik dan layak menjadi juara. Cara-cara mengundi lagu-lagu ini diterangkan dengan sepenuhnya melalui poster-poster di bawah. Untuk besarkan poster, sila klik poster tersebut:-


Nota: Mulai Isnin 29/7/13, tiga (3) buah lagu telah tersingkir kerana mendapat undian terendah iaitu :

1) Harus Tabah,
2) Islam Yang Syumul, dan
3) Pujian UntukMu

Mohon kerjasama anda untuk tidak mengundi lagu-lagu tersebut.


Untuk makluman anda, tarikh tutup undian bagi kedua-dua pertandingan ialah 18 Ogos 2013. Jadi apa lagi, mainkan peranan anda dalam membantu kesinambungan seni dan budaya di Malaysia.

Untuk makluman anda jua, juara bagi kedua-dua pertandingan akan mendapat hadiah wang tunai RM 10,000 manakala lima lagi akan mendapat hadiah saguhati sebanyak RM 1,000 setiap seorang.

Setiap undian dicaj hanya RM 0.50. Mudah saja kan? Jom mengundi!

Written by AbangNara | July 30th, 2013

Alhamdulillah. Memang gembira Abang Nara melihat kemesraan dan kebahagiaan yang sedang dialami oleh Fasha dan suaminya, Jejai. Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita doakanlah bersama-sama agar mereka akan terus bahagia sehingga ke hujung hayat.

happy birthday jejai

Sesungguhnya kehadiran Rayfal memang menyerikan lagi kehidupan Fasha dan Jejai. Bertuahnya Jejai apabila di hari jadinya, anak sulung hasil perkahwinannya dengan Nora Danish satu ketika dahulu turut hadir. Malah kedua ibu bapa Jejai juga turut sama ada. Memang bahagia!!!

happy birthday jejai

Kepada Jejai, semoga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan anda. Semoga apa yang anda inginkan telah pun anda kecapi. Semoga kebahagiaan terus menjadi milik anda lebih-lebih lagi di samping isteri dan anak-anak tercinta. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kad kahwin versi bil elektrik

 
Written by AbangNara | July 30th, 2013

Fuh ~~ Memang gentleman sungguh Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin ini. Sebelum ini Abang Nara pernah menulis artikel mengenai hubungan teman tapi mesranya dengan Adira, hari ini menerusi Berita Harian, Shahrul mengakui tidak akan menolak sekiranya memang sudah tertulis jodohnya adalah Adira.

adira dan shahrul

Kalau Abang Nara jadi Shahrul pun, buat apa nak tolak gadis secantik Adira kan? Kata Shahrul:-

 

Saya tidak menolak jika ditakdirkan antara kami memang ada jodoh. Jadi, doakanlah yang baik-baik. Jika hubungan ini melangkah ke peringkat seterusnya, saya bersyukur. Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain. Buat masa ini, Adira saja kawan perempuan yang dekat dengan saya. Malah, Adira juga mengenali keluarga saya dan rapat dengan mereka. Sebelum ini, dia berkawan baik dengan adik saya

adira

Kalau dah sampai tahap kenal keluarga, nampaknya hubungan mereka ini sudah lebih maju daripada apa yang Abang Nara sangkakan. Baguslah begitu. Apabila ditanya sama ada status selebriti Adira bakal menimbulkan masalah dalam perhubungan mereka, Shahrul menjawab:-

Nyanyian juga ialah satu pekerjaan. Dan, tidak salah sekiranya saya sebagai orang biasa berkawan rapat dengan selebriti. Pemikiran (negatif) yang kita lihat sekarang perlu ditangkis, di mana selebriti tidak boleh berkawan dengan orang seperti saya.

Kita juga tidak harus mempunyai anggapan semua selebriti bermasalah. Selama saya mengenali Adira, saya dapati dia seorang yang tidak suka keluar malam dan tidak gemar bersosial.

Dia memang berbeza daripada yang lain. Semua itu kita dapat nilai dan lihat apabila kita berkawan rapat dengannya. Kita tidak boleh melihat dari luaran ataupun mendengar mulut orang saja.

Kalau hati sudah suka, semua benda akan nampak sempurna di mata sendiri kan? Namun yang pasti, Shahrul lebih mengenali Adira dan pastinya tahu sama ada Adira sesuai dengan dirinya atau tidak. Semoga kali ini, Adira akan benar-benar bertemu lelaki pilihannya setelah gagal beberapa kali sebelum ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: 10 kereta sport yang menjimatkan minyak

Written by AbangNara | July 30th, 2013

Kalau sudah jodoh, tak ke mana. Jutaan tahniah diucapkan buat bekas personaliti TV3, Ras Adiba Radzi yang telah pun selamat bergelar isteri kepada Ilias Yaakob yang merupakan seorang penasihat kewangan. Kedua-duanya berusia 45 tahun.

gambar kahwin ras adiba radzi

Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari Ahad lalu. Ras Adiba menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran sebanyak RM10,000. Untuk anda yang tidak tahu, Ras Adiba Radzi merupakan seorang OKU daripada bahagian pinggang ke bawah selepas mengalami kemalangan pada tahun 2002.

gambar kahwin ras adiba radzi

Semoga dengan perkahwinan ini, Ras Adiba Radzi akan lebih tenang dan lebih mudah untuk bergerak ke sana sini di samping suami tercinta. Jutaan tahniah diucapkan buat anda berdua. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Forum Cari dan OhArtis.