Written by AbangNara | June 26th, 2013

Kalau Abang Nara jadi Ashraf Muslim pun pasti akan merasai tekanan. Mana tidaknya, cerita mengenai perkahwinan kedua terpampang di dada akhbar dan sosial media. Tambah tertekan apabila kemunculan seorang wanita bernama Sakinah yang seolah-olah mengiakan khabar angin tersebut. Confirm stress!!!

ashraf muslim

Apabila ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Sakinah, Ashraf Muslim berkata:-

Saya ada tanya pada Sakinah tentang dia buat kenyataan, tapi dia kata dia tak buat apa-apa kenyataan di mana-mana akhbar. Jadi saya pun tak dari mana datangnya kenyataan yang dilaporkan itu.

Biarlah hal ini hanya keluarga saya isteri dan kelurga isteri saja yang tahu akan perkara sebenar. Tak perlu lah orang lain nak ambil tahu. Selama ini saya tidak mahu membuat kenyataan kerana saya perlu menjaga banyak hati. Hati isteri, ayah saya dan keluarga mertua. Kalau saya cakap nanti, lain pula yang jadi. Saya sayang isteri saya. Cukuplah hanya keluarga saya saja yang faham

ashraf muslim

Yang penting, Ashraf Muslim memberitahu yang dia ada cara untuk mengatasi masalah ini. Tidak pula dimaklumkan secara mendalam mengenai cara yang dimaksudkan, namun Abang Nara percaya langkah yang diambil oleh Ashraf akan memuaskan hati semua pihak. Kata Ashraf lagi:-

Kalau gosip terkena pada saya sahaja, saya dah biasa. Tetapi apabila melibatkan keluarga ia menjadi sukar kerana keadaan menjadi berbeza. Kontroversi saya mahu berkahwin lain juga membuatkan saya tertekan. Alhamdulillah sebagai seorang lelaki dan suami, saya ada cara untuk mengatasi masalah ini. Saya juga kecewa dengan orang yang tak tahu apa-apa fasal kami bercakap dan menyebarkan gosip tentang kami

Biasalah kalau dah jadi selebriti pasti orang akan bercakap mengenai anda.Lebih-lebih kalau berita tersebut mengenai perkahwinan kedua yang sememangnya sensitif dengan orang Melayu. Apa pun marilah sama-sama kita doakan agar hubungan suami isteri antara Ashraf Muslim dan Dayana tidak tergugat kerana khabar angin ini.

peplumP.S: Masih sempat kalau nak tempah baju kurung peplum raya anda! Ada pelbagai jenis design boleh anda pilih. Kami ada buttons kurung peplum yang membolehkan ibu menyusu juga bergaya pada hari raya nanti. Kurung peplum untuk kanak-kanak juga boleh di tempah dari umur 1 tahun sehingga 12 tahun. LIKE Facebook WeLuvPeplum dan layari laman web WeLuvPeplum untuk membuat tempahan dan info lanjut.

Written by AbangNara | June 26th, 2013

15 Jun yang lalu, Abang Nara telah terbang ke Bali. Bukan untuk bercuti atau berbulan madu, kedatangan Abang Nara ke sini untuk menyaksikan sendiri kemeriahan BII Maybank Bali Marathon.

maybank bali marathon

Sampai sahaja di lapangan terbang kira-kira jam 4 petang, Abang Nara terus check in hotel di Kuta. Pihak penganjur menasihatkan Abang Nara untuk berehat secukupnya. Ini kerana kami akan pergi ke garisan permulaan BII Maybank Bali Marathon tepat jam 3 pagi. Fuh ~~

maybank bali marathon

Abang Nara ingatkan pasti tak ramai orang kalau datang jam 3 pagi. Rupa-rupanya Abang Nara tersilap. Sudah ada ratusan pelari BII Maybank Bali Marathon di garisan permulaan. Kesemuanya penuh bersemangat. Ada yang tengah warm up, ada yang tengah berborak-borak dan ada yang tengah berlari-lari anak.
maybank bali marathonAbang Nara yang mengantuk terus rasa teruja. Mana tak terujanya, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para peserta BII Maybank Bali Marathon memang mengkagumkan. Abang Nara sempat borak dengan salah seorang peserta. Katanya dia sudah berada di situ bermula jam 2 pagi. Hebat kan?
maybank bali marathonSebelum marathon dimulakan, para peserta dan hadirin dihiburkan terlebih dahulu dengan persembahan tarian tradisional penduduk Bali. Menarik juga tarian yang dipertontonkan kerana ia dipengaruhi oleh agama Hindu yang merupakan agama terbesar di Bali. Lain daripada yang lain.
maybank bali marathonDebaran kian terasa sebaik sahaja persembahan tarian selesai. Untuk makluman,ada beberapa kategori yang dipertandingkan di BII Maybank Bali Marathon. Ada full marathon, half marathon, 10 kilometer, wheelchair marathon dan kategori kanak-kanak. Abang Nara kagum melihat pakcik-pakcik yang telah berusia turut sama menyertai marathon ini.

maybank bali marathonDaripada info yang diberikan, BII Maybank Bali Marathon kali ini disertai oleh kira-kira 2,500 pelari. 2,500 pelari ini datangnya daripada seluruh dunia. Dari Australia ada, dari Kenya ada, dari Amerika Syarikat ada. Paling menarik, kira-kira 100 pelari dari Malaysia turut hadir memeriahkan marathon ini.
maybank bali marathonAbang Nara paling terharu melihat semangat waja yang ditunjukkan oleh pelari-pelari marathon kategori wheelchair. Hampir mengalir air mata dibuatnya. Walaupun tidak sempurna tubuh badan, ketabahan mereka membuatkan orang ramai tidak berhenti bertepuk tangan ketika perlumbaan kategori mereka dirasmikan. Memang terbaik!!!
maybank bali marathonSelepas kira-kira 2 jam, para peserta marathon mula tiba di garisan penamat. Memang professional sungguh mereka ini. Laju gila. Peserta perempuan pun boleh tahan lajunya. Kalau Abang Nara masuk, confirm tak boleh menang dengan diorang. Hebat-hebat sungguh.
maybank bali marathonJutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua peserta BII Maybank Bali Marathon. Menang atau kalah itu perkara kedua. Yang penting, anda telah “Push Your Limit” dengan menyertai marathon ini. Anda semua memang hebat. Abang Nara respek dengan kecekalan, ketabahan dan stamina anda.
maybank bali marathonTahun depan kalau dipanjangkan umur, Abang Nara nak join kategori 10 kilometer BII Maybank Bali Marathon. Teruja pula melihat pelari-pelari yang bersemangat waja. Kalau korang pun berminat, silalah layari laman web www.balimarathon.com dan LIKE Facebook Maybank Bali Marathon untuk tidak ketinggalan sebarang informasi mengenai acara marathon tahunan ini.

Written by AbangNara | June 26th, 2013

Akhirnya seperti yang telah bertebaran di dunia Internet sejak kebelakangan ini, Syura telah pun dinobatkan sebagai juara MasterChef Selebriti musim kedua. Episod akhir penentuan juara itu telah pun diudarakan semalam. Syura menewaskan Celina Khor untuk merangkul gelaran tersebut.

syura juara masterchef selebriti2

Syura bergelar juara selepas 10 minggu mengharungi pelbagai cabaran serta berdepan dengan saingan dari 18 selebriti lain dalam MasterChef Selebriti musim kedua. Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai bernilai RM 60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

syura juara masterchef selebriti2

Jutaan tahniah diucapkan kepada Syura atas kemenangan ini. Semoga dengan kemenangan ini, akan membantu Syura menambah lebih banyak peluang mencari rezeki di masa hadapan. Tahniah sekali lagi!!!

P.S: Gambar supermoon yang sangat awesome

Written by AbangNara | June 25th, 2013

Akhirnya info lanjut mengenai kehadiran Running Man ke Malaysia mula bertebaran di ruang Internet. Tarikh yang telah ditetapkan untuk kehadiran mereka ialah 7 September ini bertempat di Kenanga Wholesale City Mall, Kuala Lumpur.

running man di malaysia

Kehadiran Running Man adalah hanya untuk sesi bertemu peminat. Penggambaran tidak akan dijalankan. Agak menyedihkan apabila watak kegemaran Abang Nara iaitu Lee Kwang Soo tidak dapat hadir. Hanya Seok Jin, Gary, Ha Ha dan Kim Jong Kook sahaja yang akan menjejakkan kaki ke Malaysia.

running man

Tiket-tiket akan dijual bermula dengan harga RM180 sehingga RM6++ lebih. Daripada info yang diterima, hanya kira-kira 3,500 tiket sahaja yang akan dijual untuk sesi bertemu peminat ini. Abang Nara akan kongsikan maklumat lanjut mengenai kehadiran Running Man terutamanya tentang cara membeli tiket untuk peminat setia program ini.

P.S: Jualan kereta di Malaysia semakin susut