Written by AbangNara | June 26th, 2013

Setelah 2 kali menangguhkan, akhirnya hari ini Misha Omar mengumumkan yang tarikh pernikahannya bakal berlangsung pada bulan Februari 2014. Untuk makluman, Misha telah pun bertunang dengan Fiross Ezzwan Rosly sekitar bulan Februari 2012 yang lalu. Pastinya orang yang paling gembira dengan pengumuman ini adalah Misha dan tunangnya.

misha kahwin

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Misha sendiri ketika sidang media pelantikannya sebagai duta pertama jenama cat ternama tempatan, Colourland, bertempat di The Bee, Publika. Namun begitu, tarikh tepat majlis pernikahan masih belum ditentukan dan akan dibincangkan selepas Hari Raya kelak. Kata Misha:-

Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi pada September lalu, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memilih Februari 2014 untuk menyatukan ikatan cinta kami. Namun tarikh sebenarnya belum lagi ditetapkan sehingga mereka berjumpa dan berbincang secara lanjutnya.

Kami memilih Februari tahun hadapan sempena genap dua tahun kami bersama setelah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. Kebetulan kami berdua lapang pada bulan tersebut dan tidak terikat komitmen kerja. Harap-harapnya, semua berjalan lancar.

misha tunang

Semoga kali ini tidak akan ada halangan lagi buat Misha dan Firos untuk bergelar suami isteri. Diharap kedua-duanya akan mengosongkan jadual masing-masing demi hari bersejarah tersebut. Sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan untuk bakal pengantin kita ini.

P.S: Teaser Mazda 3 2014 dipertontonkan oleh Mazda US

Written by AbangNara | June 26th, 2013

Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik anak Irma Hasmi dan suaminya, Redza Syah Azmeer sudah pun mencecah usia 3 bulan. Makin lama makin comel dan bulat Abang Nara tengok si Redza Syah Irfhan nie. Geram sangat!!!

gambar irma hasmie

Memang jelas terserlah kebahagiaan mereka bertiga. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memastikan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Chantilly2013

P.S: Pelangibonda Busana Muslimah kini mengeluarkan koleksi telekung exclusive terbaru yang berkualiti tinggi. Diperbuat daripada kain France Chantilly Silk yang import khas untuk anda semua sempena menyambut kedatangan Ramadhan/Syawal tahun ini. Turut sesuai yang plan nak kahwin boleh buat hantaran! *ehem* . Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.

gambar irma hasmie

Sama-samalah kita doakan agar Redza Syah Irfhan membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah. Abang Nara yakin dan pasti apabila dewasa kelak, Irfhan akan sekacak ayahnya. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Honda CBR600RR dilancarkan di Malaysia dengan harga RM80,000

 
Written by AbangNara | June 26th, 2013

Apabila umur sudah mencecah 29 tahun, pastinya ramai orang tertanya-tanya bilakah anda akan mendirikan rumahtangga. Agaknya itulah yang terjadi kepada Yana Samsudin sehingga khabar angin dirinya sudah bertiup kencang dihebohkan. Ternyata khabar angin itu adalah palsu semata-mata.
yana samsudin dan tunangKhabar angin itu tersebar apabila Yana dan jejaka di dalam gambar di atas hadir bersama-sama ke sebuah majlis korporat di Shah Alam baru-baru ini. Yana yang dihubungi Harian Metro melahirkan rasa peliknya bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Kata Yana:-

Belum ada sesiapa pun datang merisik atau menghantar tanda pada keluarga saya. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana cerita itu timbul. Saya antara artis yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan. Saya sendiri tidak tahu menahu mana orang dapat cerita saya ada hubungan dengan lelaki dalam gambar itu.

Kami tidak ada apa-apa hubu­ngan istimewa seperti yang digosipkan orang itu. Saya juga tidak ada apa-apa lagi nak komen mengenai perkara itu. Insya-Allah, kalau ada apa-apa cerita saya nak bertunang atau berkahwin, pasti saya mengundang pihak media untuk merakamkan detik bersejarah itu nanti

yana samsudin dan tunang

Biasalah kalau gadis cantik menarik tertarik macam Yana pasti akan timbul gosip-gosip sebegini. Anggap sahaja itu sebagai doa buat Yana untuk cepat-cepat menamatkan zaman bujang. Pasti ramai yang ternanti-nanti pertunangan dan perkahwinan sebenar anda. Sama-samalah kita doakan.
ephyraP.S: Mahukan kulit jadi lebih halus, cerah dan berseri? Inginkan badan yang lebih bertenaga? Impikan rambut yang lebih kuat dan lembut? Anda boleh dapatkan kesemuanya dengan supplemen Ephyra ini. Terbukti berkesan seawal 10 hari. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-4141-7889.

Written by AbangNara | June 26th, 2013

Kalau anda ialah Nora Danish, setiap gambar yang dikongsikan menerusi Instagram boleh menjadi isu yang hangat. Lebih-lebih lagi jika di dalam gambar tersebut ada gambar seorang jejaka yang statusnya merupakan anak seorang menteri. Pasti dengan segera akan dikatakan anda berdua mempunyai hubungan istimewa.

nora danish

Ditanya mengenai status hubungannya dengan lelaki tersebut, Nora Danish berkata kepada MalaysianDigest:-

Saya berkawan dengan ramai orang. Kawan-kawan saya ada yang dikalangan anak menteri, ada juga yang orang biasa. Cuma mungkin sebab dia anak menteri, jadi orang bercakap tentang itu. Saya dengan dia (anak menteri) hanya kawan. Cerita kami jalin hubungan istimewa, tak benar. Dan saya tak ada buat bisnes apa-apa pun bersama dia (gelak). Kami memang dah lama berkawan. Sebenarnya dah tujuh tahun saya kenal dia. Saya kenal dia sejak sebelum saya berkahwin dengan Jejai lagi

nora danish

Yang comelnya, Nora Danish sudah pun bersedia dengan sebarang gosip yang akan terjadi apabila dia berkongsi gambar dirinya dengan anak menteri tersebut. Abang Nara rasa sebenarnya peminat-peminat Nora Danish mahukan Nora cepat-cepat berkahwin. Sudah agak lama juga sebenarnya Nora menyendiri selepas kegagalan perkahwinan sebelum ini.

Masa saya post gambar tu, saya memang awal-awal dah bersedia dah dengan apa yang orang akan kata. Biasa lah, pengikut-pengikut saya di Instagram, ramai yang memang pandai buat andaian

nora danish

Anak menteri, artis, orang biasa, lelaki kaya atau lelaki sederhana, mana-mana pun tidak akan menjadi masalah untuk seorang wanita asalkan rasa kasih dan sayang menebal di dalam jiwa. Semoga Nora akan cepat-cepat bertemu dengan lelaki idamannya. Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat Nora bersanding sekali lagi di atas pelamin. Tak gitu?

P.S: Mugen lancarkan aksesori untuk Honda Civic generasi ke 9