Written by serenity | June 3rd, 2013

Kadangkala kita membaca berita mengenai gadis-gadis yang hilang begitu saja. Kadangkala kita tidak tahu ke mana mereka pergi. Ada kes gadis lari dari rumah, ada pula yang dilarikan.

Filem Lari yang bakal ditayangkan di pawagam 6 Jun ini, bagaimanapun memaparkan kisah seorang abang yang cuba menyelamatkan adik perempuannya yang dilarikan ke seberang untuk didagangkan menjadi pelacur. Pelbagai liku dan cabaran dilalui oleh Khaliff, watak yang dibawakan oleh Aaron Aziz, semasa penggembaraannya ke seberang untuk menyelamatkan adiknya.


Filem “Lari” dikategorikan sebagai filem aksi, diarahkan oleh Ahmad Idham dan diterbitkan oleh Excellent Pictures. Kalau diperhatikan dari sudut jalan cerita, ianya kelihatan berlainan dengan filem-filem arahan Ahmad Idham sebelum ini yang lebih berkisar kisah mat rempit dan bergenre komedi.



Filem ini turut manampilkan Dira Abu Zahar, Erin Malik, Erry Putra dan lain-lain. Lebih menarik lagi, aksi-aksi yang ditampilkan dalam filem ini diarahkan oleh pengarah lagak ngeri dari Thailand yang memang terkenal dengan penghasilan filem aksinya.


Jadi, jika berkesempatan, apa kata beri peluang pada filem Lari untuk menyampaikan mesejnya pada anda? Mungkin filem Lari akan menampilkan sesuatu yang baru dan berlainan untuk peminat filem Malaysia?

Kredit gambar, Facebook Filem Lari.


 
Written by serenity | June 2nd, 2013

Semalam telah selamat berlangsung majlis pertunangan pelakon Fouziah Gous dengan seorang pemuda bernama Md Zhafran Md Yusof di Bora Asmara, Ampang, Kuala Lumpur. Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.


Buat pengetahuan anda, Sabtu lalu satu lamaran istimewa telah dilakukan oleh Zhafran kepada Fouziah di atas helikopter. Majlis perkahwinan mereka dijangka akan berlangsung beberapa bulan lagi. Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fouziah Gous dan projek Two Pi ini ialah salah satu perkhidmatan CST Production.


 
Written by serenity | June 1st, 2013

Masih ingat dengan Che’nelle Lim? Che’nelle anak kelahiran Sabah yang memiliki darah campuran Cina dan India (Chindian) telah berada di persada muzik antarabangsa sejak lima tahun lepas. Antara lagu hitnya ialah “I Fell In Love With The DJ”.

Awal bulan lepas Che’nelle telah melangsungkan perkahwinan dengan pengajar tarinya iaitu G Madison IV. Suaminya itu pernah menjadi sebahagian tenaga produksi dan artis tari untuk muzik video, filem atau majlis anugerah bagi BRAVO, The 2005 Grammy Awards, 20th Century FOX’s The Ex List, Seeing Stars, Tyra Banks Show, Pussycat Dolls, The DROP, The Choreographers’ Carnival, dan The Dance-Off.



Che’nelle yang pernah berada di bawah naungan Capitol Records kini ialah artis di bawah EMI Jepun dan sudah pun menerbitkan single-single untuk pasaran sana. Kredit gambar Instagram Che’nelle.