Written by serenity | June 13th, 2013

Kami sebenarnya tidak pasti bagaimana ibu Shaheizy Sam yang mempunyai penampilan berbeza dengan Fazura yang  kecil molek itu boleh disalah ertikan sebagai orang yang sama. Tapi itulah yang diberitahu oleh Sam kepada Harian Metro hari ini, yang wanita yang berpegang tangan erat dengannya di pusat membeli-belah ialah ibunya, bukan Fazura.

Sam memberitahu akhbar tersebut yang dia sering keluar bersama Fazura, tetapi sebagai rakan artis.

Ia bukan kali pertama soalan ini diajukan, tetapi sudah banyak kali. Saya akui memang saya dan Fazura teman rapat tetapi kami tiada apa apa ikatan.

Cukuplah saya katakan kami kawan dan akan terus berkawan. Kalau ada dakwaan mengatakan saya dan Fazura sering keluar bersama, saya akui ya kami selalu keluar tetapi secara faktanya hubungan itu hanya sebagai rakan artis.

Ini sekaligus menafikan pelbagai dakwaan di media sosial yang melihat pasangan Sam dan Fazura jalan sambil berpegangan tangan dengan erat di tempat dan waktu berlainan sejak kebelakangan ini. Sebenarnya menurut Sam, wanita itu ialah ibunya yang katanya juga, seiras dengan Fazura.

Kalau saya katakan tangan wanita yang dipegang itu ibu saya, adakah anda percaya? Tetapi, itu ialah jawapannya. Wanita itu ialah ibu saya.

Apa macam, ada percaya?


Written by AbangNara | June 13th, 2013

Abang Nara tak sempat mengikuti MasterChef Selebriti Malaysia 2 kali ini. Namun daripada apa yang Abang Nara baca, Rozita Che Wan boleh tahan hebat juga memasak. Untunglah Zain Saidin bila berkahwin nanti. Confirm badan naik punya sebab bini masak sedap-sedap.

che ta

Namun ada beberapa pihak yang menyatakan tindakan Che Ta yang menangis di dalam MasterChef Selebriti 2 hanyalah lakonan dan propa semata-mata. Ada yang menganggap tindakan itu dilakukan untuk menaikkan “rating” rancangan masakan ini. Namun Che Ta menafikan perkara tersebut. Kata Che Ta kepada portal Murai:-

Saya tak drama mahu pun propa. Saya memang betul-betul menangis kali ini sebab hajat saya memang mahu keluar dari program berkenaan tidak kesampaian kerana nama saya masih kekal berada di situ. Ramai juga yang pelik, sedangkan waku Zain terkeluar dulu, saya sedikitpun tidak menangis, tapi kali ini lain pula jadinya. Terus terang saya memang seorang yang susah untuk nangis. Tapi dalam episod itu saya memang tertekan dan mahu saja keluar. Bagaimanapun hajat saya itu tidak kesampaian dan oleh kerana itu saya menangis.

rozita

Tak sangka pula begitu hebatnya tekanan dalam program MasterChef Selebriti 2 ini. Abang Nara ingat tak adalah susah sangat. Menurut Che Ta, dia sudah membuat keputusan untuk menarik diri tetapi sayangnya juri tidak membenarkan.

Ketika cabaran untuk membuat Bubur Lambuk saya dan Micheal Ang sudah bersepakat untuk terkeluar. Sayangnya hidangan saya masih diterima oleh pihak juri, saya dikekalkan dalam rancangan itu dan Micheal Ang pula terkeluar. Bagi saya, selebriti seperti Syura dan Celina merupakan dua peserta yang begitu komited untuk menang dan mereka buat banyak penyelidikan atau kerja rumah untuk mencapai ke sasaran itu. Tapi tidak buat saya, Apa yang saya suka lihat, ketika awal rancangan ramai yang kurang senang dengan saya. Tetapi selepas saya menangis ramai pula yang bersimpati dengan saya

Abang Nara pun sebenarnya terkejut juga apabila mengetahui ada adegan menangis daripada Rozita Che Wan. Tak sangka hati kaca juga Che Ta ini. Mungkin ramai yang akan lebih simpati dengan Che Ta selepas mengetahui sisi lembut dirinya ini. Teruskan perjuanganmu dalam MasterChef Selebriti 2. Mana tahu ada rezeki dapat jadi juara. Tak gitu?
ibu ddP.S: Makin cantik kan Vanida Imran? Ini semua impak daripada penggunaan mineral makeup Ronasutra. Tak perlu makeup tebal-tebal. Ronasutra menyerlahkan kejelitaan asli anda. Untuk info lanjut, layari www.ronasutra.com dan LIKE Facebook Ronasutra.

Written by AbangNara | June 13th, 2013

Abang Nara pasti ada yang sudah mengetahui tentang tragedi yang menimpa diri ini sekeluarga pada hari Isnin lalu. Izinkan Abang Nara bercerita kembali untuk dijadikan iktibar, pengajaran dan panduan buat kita semua di masa hadapan.

Isnin lalu, Abang Nara sekeluarga telah pergi ke Aman Putri di Sungai Buloh untuk melihat rumah yang telah dibeli. Tujuan kami ialah untuk berbincang dengan kontraktor mengenai ubahsuai yang mahu dilakukan sebelum berpindah masuk ke situ.

Aman Putri ialah sebuah perumahan baru di bawah daerah Shah Alam dan merupakan projek syarikat Glomac. Tiada security guard yang bertugas dan sesiapa sahaja bebas masuk tanpa sebarang kawalan. Mungkin kerana ia adalah kawasan baru dan projek yang masih tidak siap sepenuhnya.

Kira-kira jam 1.30 petang, Abang Nara, wife dan anak tiba di unit rumah kami di Aman Putri. Kontraktor yang merupakan seorang warga Bangladesh telah berada di sana. Kami masuk ke dalam rumah dan berbincang mengenai renovation yang ingin dilakukan. Hampir setengah jam perbincangan dilakukan, kami pergi ke bahagian hadapan rumah.

Sedang rancak berbincang mengenai “tiles” yang ingin ditukar di bahagian depan, tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta yang sangat kuat. Sebuah kereta Naza Citra berhenti secara mengejut. Pintu terbuka dan 2 orang lelaki bertopeng dan berparang meluru keluar daripada kereta tersebut.

Abang Nara tergamam. Wife Abang Nara terus mendukung anak kami yang sedang berada di sebelahnya. Perompak itu terus menghunuskan parangnya dan berkata “Duduk diam dan ikut arahan. Kamu pun ada anak kecil kan“.

Nasib baik Abang Nara berjaya menenangkan diri ketika itu. Terus Abang Nara berkata “U nak ambik apa-apa ambil je”. Perompak itu terus meminta kunci kereta, handphone dan dompet daripada kami bertiga (Abang Nara, wife dan kontraktor). Kami menghulurkannya tanpa banyak cakap.

Ketika perompak sedang mengambil duit daripada dompet, Abang Nara sempat berkata “Saya nak IC je”. Perompak itu terus mengambil sedikit duit dan memberikan kembali dompet. IC, kad kredit dan segala barang di dalam itu tidak disentuh.

Wife Abang Nara turut ditanya di mana dompet dan handphonenya. Wife cakap tak ada (semua barang dalam kereta). Salah seorang perompak masuk ke dalam kereta dan mengambil dompet wife. Wife pun mintak IC dan beg susu anak kami daripadanya.

Perompak itu memberikan dompet dan beg susu wife Abang Nara.  Kontraktor Bangladesh itu turut diambil wangnya dan kunci kereta di dalam koceknya. Semua ini berlaku dalam tempoh kurang daripada 2 minit.

Habis mengambil apa yang patut, kedua-dua perompak ini memandu kereta Abang Nara dan kereta kontraktor keluar. Seorang lagi perompak mengikut dari belakang dengan kereta Naza Citra hitamnya. Abang Nara sempat tengok plat mereka iaitu PHT 425.

Selepas perompak hilang daripada pandangan mata, wife Abang Nara hampir pengsan akibat terkejut. Abang Nara cuba menenangkan dia. Nasib baik handphone kontraktor tersebut tidak diambil. Abang Nara terus telefon 999 dan ayah Abang Nara untuk memberitahu kejadian tersebut.

Ayah Abang Nara tiba 15 minit selepas itu dan kami terus ke balai polis untuk membuat laporan. Alhamdulillah kami sekeluarga tidak diapa-apakan. Lebih melegakan kerana segala dokumen penting tidak diambil oleh si perompak.

Beberapa pengajaran daripada tragedi ini ialah:-

1. Jangan pergi tengok kawasan perumahan baru anda.
2. Jangan melawan apabila dirompak. Ikut arahan dan beri apa sahaja yang mereka mahu.
3. Cuba tenangkan diri secepat mungkin ketika kejadian. Takut kalau cemas kita akan melakukan perkara yang membahayakan ahli keluarga.
4. Pastikan anda hafal no telefon ahli keluarga terdekat.
5. Jangan letak barang berharga di dalam kereta.
6. Kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat. Jadi sentiasa berhati-hati ke mana sahaja.

Tujuan Abang Nara kongsikan cerita ini adalah untuk dijadikan pengajaran dan panduan untuk kita di masa hadapan. Apa pun, Abang Nara nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu kami ketika ditimpa bencana ini. Terima kasih.

Written by AbangNara | June 13th, 2013

Untuk anda yang tidak tahu, baru-baru ini Farid Kamil telah mengeluarkan beberapa status Twitter yang seolah-olah ditujukan kepada ibu mertuanya. Antara status tersebut, Farid menyatakan yang dia sudah 4 tahun bersabar dengan kerenah ibu Diana Danielle.  Ternyata apa yang diperkatakan oleh Farid membuatkan ramai orang terkejut..

ibu diana danielle

Ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli yang ditemui oleh Harian Metro hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa yang diperkatakan oleh menantunya. Kata Norsiah:-

Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang saya mampu lakukan. Selepas saya baca di sebuah blog, baru saya tahu (kenyataan Farid). Biarlah dia (Farid) yang nak petik. Saya okay saja.

ibu diana danielle

Abang Nara daripada dulu lagi kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah manusia yang menggunakan media sosial untuk bercerita mengenai masalah rumahtangga. Diharap kemelut antara Farid Kamil dan ibu mertuanya dapat diselesaikan. Insya-Allah dengan kehadiran anak Farid kelak, Abang Nara dapat rasakan semua masalah akan berjaya ditangani. Sama-sama kita doakan.

ibu diana danielleP.S: Banyak sangat supplement di luar sana yang tidak mempunyai lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan Ephyra, anda tidak perlu risau. Ephyra bukan sahaja terbukti dalam memberikan kecergasan pada badan tetapi ia juga halal dan lulus KKM. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke info@oceanlife2u.com atau telefon terus ke 03-4141-7889.

Page 20 of 33« First...10...1819202122...30...Last »