Written by Mawar Putih | June 21st, 2013

Sungguh mesra pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari ini kan? Raut wajah mereka jelas menggambarkan yang pasangan ini sedang meniti saat-saat indah dan bahagia dalam perkahwinan mereka. Terserlah kegembiraan dalam senyuman mereka. Alhamdullilah.

Memetik berita Kosmo baru-baru ini, pasangan ini dijangka akan menunaikan umrah pada bulan Ramadhan ini pada minggu ke-2 atau minggu ke-3. Mereka sudah pun mendaftar dengan sebuah agensi perkhidmatan umrah namun pada masa yang sama masih menimbangkan beberapa agensi lain. Scha dan Awal akan ditemani oleh keluarga keluarga masing-masing.

Menurut Scha al-Yahya,

Oleh kerana ini yang pertama kali bagi saya, sebagai persiapan saya ada membeli beberapa buku panduan mengerjakan umrah. Kami juga akan menghadiri kursus untuk mendapat gambaran dan sedikit ilmu sebelum menjejakkan kaki ke sana. Kami pergi ke sana untuk berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Selain itu, kami juga ingin berdoa agar lebih dimurahkan rezeki.

Mawar Putih suka dengan sikap pasangan ini. Sememangnya kita dituntut melengkapkan diri kita sebaiknya sebelum membuat sesuatu perkara, lebih-lebih lagi dalam perkara ibadat.
Sama-samalah kita mendoakan agar pasangan ini selamat menunaikan umrah mereka nanti dan semoga hajat pasangan bahagia ini dikabulkan. Insyallah.


P.S Ingin tampil cantik dan sihat dalam satu masa? Gulta Cell ada jawapannya. Campuran Ekstrak Cranberry, Bilberries dan Acerolla Berry yang kaya dengan Vitamin C dan E semulajadi serta anti oksida dapat memantapkan kondisi dan keanjalan kulit, mencerahkan kulit serta secara keseluruhan meningkatkan kesihatan tubuh badan. HALAL dan mempunyai kelulusan KKM, dan yang paling menarik sesuai untuk LELAKI dan WANITA. Layari www.azaleadenature.com, LIKE Facebook Azaleadenature, email ke dztherapeuticspa@gmail.com atau telefon terus ke 03-5548 4520 untuk info lanjut.

Written by AbangNara | June 21st, 2013

Akhirnya setelah lama berdiam diri, Ashraf Muslim tampil untuk memberikan kenyataan buat pertama kali mengenai status rumahtangganya. Sebelum ini, kecoh dibuatnya apabila ada pihak memaklumkan yang Ashraf Muslim bakal berkahwin buat kali kedua. Malah dikatakan Ashraf Muslim sudah ke mahkamah untuk membuat permohonan tersebut.
ashraf muslimTambah menghangatkan suasana, seorang wanita yang bernama Sakinah turut tampil membuat pengakuan. Menurut Sakinah, Dayana, isteri Ashraf Muslim redha jika dia berkahwin dengan suaminya itu. Namun hari ini menerusi Kosmo, Ashraf Muslim menegasnya yang hanya Dayana isterinya. Kata Ashraf:-

Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah. Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi. Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kerana kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar

ashraf

Semoga perkahwinan Ashraf dan Dayana tidak akan mengalami keretakan akibat kontroversi ini. Apa pun, kalau benar Ashraf Muslim berkemampuan daripada segi zahir dan batin, tidak salah kiranya untuk berkahwin satu lagi. Yang penting, perlu dapat keizinan daripada isteri. Semoga segala masalah antara mereka dapat diselesaikan. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Honda lancar Accord Hibrid.

Written by AbangNara | June 21st, 2013

Jun ialah bulan yang istimewa buat Abang Nara. Ini kerana, bulan Jun ialah ulangtahun perkahwinan dan hari lahir isteri Abang Nara yang tercinta. Sayangnya tahun ini Abang Nara tak sempat nak beli apa-apa hadiah kerana kes rompakan yang berlaku baru-baru ini. Habis lari segala bajet.
reebonzOleh kerana wife Abang Nara ialah seorang penggemar handbag, Abang Nara teringin nak hadiahkan dia sebuah handbag. Namun seperti yang anda tahu, harga handbag di Malaysia memang agak mahal. Nasib baiklah Abang Nara dapat informasi yang laman web Reebonz sedang mengadakan promosi besar-besaran sekarang ini.
reebonz

Yeah ~~~~~ Diskaun sehingga 40% tue!!! Beg yang mahal pun jadi murah. Rambang mata juga dibuatnya. Kesemua jenama antarabangsa seperti Prada, Chanel, Coach, Mulberry dan macam-macam lagi ada.  Contohnya beg Chanel di bawah ini. Harga asal RM12,745 tapi lepas diskaun jadi RM7.647. Masih mahal tapi berbaloi gila kot!!!

reebonz

Disebabkan Abang Nara memang tak berapa banyak duit, beg tangan Chanel ini tak mampu untuk dihadiahkan kepada isteri. Abang Nara ushar beg Coach pulak. Terkedu mata melihat harga yang ditawarkan. Murah gila-gila kot.
reebonzKurang daripada RM1,500 dah boleh dapat beg Coach kot. Siapa taknak kan? Memang gatal tangan Abang Nara nak beli. Tambah lagi bila Abang Nara baca testimonial pembeli Reebonz yang kesemuanya berpuas hati dengan mutu handbag yang tiba di tangan mereka. Kualiti terjamin 100%.
reebonzBanyak gila promosi yang sedang ditawarkan di Reebonz. Memang boleh makan 3,4 jam juga untuk buat pilihan. Abang Nara ingat nak suruh wife je yang pilih. Senang sikit Abang Nara. Tak adalah nak pening kepala. Abang Nara mana pandai pilih handbag.


Korang pun layarilah www.reebonz.com.my untuk tengok-tengok. Mana tahu ada benda yang berkenan di hati. Baik beli time tengah promosi nie. Harga murah, banyak pilihan dan paling penting, kualiti terjamin. Layari Reebonz sekarang juga!!!

Written by AbangNara | June 21st, 2013

Baru-baru ini, Shila Amzah telah berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan dirinya sedang bersiap-siap untuk ke gimnasium. Perkongsian tersebut telah menimbulkan kontroversi kerana gambar tersebut jelas menunjukkan bahagian badannya disaluti dengan baju ketat.

shila amzh

Berkata kepada Mstar Online, Shila Amzah memberitahu yang dia tidak menyedari gambar tersebut begitu sensitif sehingga menjadi bualan ramai. Kata Shila:-

Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.

Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif.

Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain

shila amzah

Mungkin perkara ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Abang Nara pasti Shila pun sudah belajar daripada kontroversi ini. Di masa hadapan, kenalah lebih berhati-hati. Shila Amzah seorang selebriti dan setiap perbuatannya pasti akan menjadi ikutan dan perhatian orang ramai. Tak gitu?

P.S: Instagram perkenal fungsi perkongsian video

Page 10 of 33« First...89101112...2030...Last »