Written by AbangNara | June 29th, 2013

Malam semalam telah pun berlangsung final Raja Lawak 7. 4 kumpulan iaitu Wala, Gamat, Sakan dan Bora telah bertarung untuk merebut gelaran juara program realiti lawak nombor 1 di Malaysia ini. Akhirnya kumpulan Wala telah pun dinobatkan sebagai juara.

wala juara raja lawak 7

Wala yang berasal dari Sabah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi. Di tempat kedua ialah kumpulan Sakan (bawa pulang RM50,000 dan trofi), tempat ketiga ialah kumpulan Bora (bawa pulang RM30,000 dan trofi) dan di tempat terakhir ialah kumpulan Gamat yang membawa pulang RM10,000 dan trofi.

wala juara raja lawak 7

Secara jujur, kehadiran Isma Alif sebagai juri yang merapu meraban menyebabkan Abang Nara hilang mood untuk menonton Raja Lawak musim ke 7 ini. Mungkin tahun depan pemilihan juri harus diadakan secara lebih teliti. Apa pun jutaan tahniah diucapkan kepada Wala atas kejayaan ini. Semoga bintang anda terus bersinar di masa hadapan.

Written by AbangNara | June 29th, 2013

Setelah kehilangan kereta akibat dirompak baru-baru ini, masa terluang Abang Nara banyak dihabiskan dengan melayari laman web LiveLifeDrive. Kereta yang hilang perlu diganti dan LiveLifeDrive adalah laman web terbesar untuk panduan membeli kereta di Malaysia. Sangat sesuai digunakan untuk research sebelum membeli kereta baru.

livelifedrive

Salah satu kereta yang Abang Nara masukkan dalam shortlist ialah Ford Kuga. Abang Nara hanya perlu taip “Ford Kuga” di ruangan carian LiveLifeDrive dan segala informasi yang dikehendaki akan muncul. Mudah gila kan?

livelifedrive

Namun fungsi yang paling Abang Nara suka ialah sistem bintang yang digunakan oleh LiveLifeDrive dalam memberikan “rating” setiap kereta di dalam database mereka. Senang difahami dan paling bagus, mudah untuk membuat perbandingan dengan kereta-kereta lain.

livelifedriveLagi menarik siap ada pengiraan untuk bayaran bulanan, galeri gambar dan review. Serius laman web LiveLifeDrive ini sungguh mesra pengguna. Lebih cool apabila showroom dan tempat penjualan pun turut sama dimuatkan sebagai informasi. Memang memudahkan kerana semua informasi yang diperlukan berada di satu laman sahaja.
livelifedriveSepanjang 2,3 minggu ini, memang banyak informasi terkini berjaya Abang Nara kaji menerusi laman web LiveLifeDrive ini. Selalunya selepas melayari LiveLifeDrive, Abang Nara akan ke laman web Carlist.my untuk melihat kereta-kereta yang ada dijual di sana. Mana tahu ada orang jual Ford Kuga dengan harga yang lebih murah kan?
livelifedriveUntuk makluman, Carlist.my ialah laman web nombor 1 Malaysia yang menghuungkan pembeli dan penjual kereta. Semua jenis kereta ada di sini. Paling best boleh buat carian menerusi lokasi tempat tinggal anda untuk memudahkan pembelian dan penjualan. Memang terbaik!!!
livelifedriveKesimpulannya, LiveLifeDrive dan Carlist.my memang kombinasi terbaik untuk orang macam Abang Nara yang ingin membeli kereta baru. Lakukan kajian di LiveLifeDrive dan terus ushar Carlist.my untuk melihat sebarang promosi dan tawaran harga. Abang Nara akan terus gunakan kedua-dua laman web ini sehingga dapat mencari kereta idaman.

Written by AbangNara | June 28th, 2013

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim yang merupakan anak kepada Azean Irdawaty telah bertindak agresif ketika dibawa keluar daripada bilik mahkamah selepas ditahan reman berkaitan kes dadah. Untuk makluman, Benjy ditahan semalam selepas didapati positif dadah jenis syabu.

beny ganas

Pelakon itu mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa jurugambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif. Benjy kemudiannya kemudian menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera jurugambar lain.

benjy

Benjy telah dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini selanjutnya. Info asal Utusan Malaysia.

Written by AbangNara | June 28th, 2013

Secara jujur, Abang Nara kurang menggemari Abby Abadi. Mungkin kelantangannya di Twitter mengenai isu-isu tertentu tidak kena dengan jiwa Abang Nara. Namun bab hubungan kekeluargaan, Abang Nara memang respek dengan Abby. Terharu melihat gambar Abby, Memey dan Norman Hakim sekeluarga bercuti bersama-sama.

abby abadi

Rasanya semua pun tahu sejarah yang telah terjadi di dalam hidup mereka. Itu yang membuatkan Abang Nara bertambah kagum dengan Abby. Bukan senang, terutamanya buat seorang wanita untuk melupakan kisah duka di dalam hidupnya. Namun Abby berjaya melakukannya, malah menjalin ikatan mesra dengan Memey dan Norman yang pernah melukakan hatinya suatu ketika dahulu.

abby abadi

Semoga sikap toleransi Abby Abadi ini dapat dicontohi oleh lebih ramai wanita yang senasib dengannya di luar sana. Kepada Abby, anda memang hebat. Kepada Memey dan Norman, teruskan bercuti bersama-sama dengan Abby untuk terus mengekalkan hubungan mesra ini. Lagi 13 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Toyota Vios 2013 dilancarkan di Indonesia dengan harga RM77K

 
Page 1 of 3312345...102030...Last »