Written by AbangNara | May 27th, 2013

Wow. Memang agak terkejut Abang Nara membaca artikel Berita Harian semalam. Mana tidaknya, Syamsul Yusof dan Ammar Alfian dilaporkan hampir bertumbuk di dalam satu pertemuan di Publika pada 18 Mei lalu. Puncanya? Tidak lain tidak bukan mengenai Puteri Sarah Liyana.

puteri sarah liyana

Umum mengetahui Ammar Alfian sebelum ini menuduh Syamsul Yusof mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana. Namun begitu, Syamsul Yusof menafikan perkara tersebut menerusi satu kenyataan di Facebooknya. Pertemuan di Publika ini telah dirancang oleh Syamsul untuk menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang wujud di antara mereka berdua kerana Puteri Sarah.

puteri sarah

Ketika pertemuan tersebut, Ammar Alfian tidak dapat mengawal sikap panas barannya dan hampir sahaja menumbuk kerana Syamsul tidak mengakui yang dirinya bercinta dengan Puteri Sarah. Namun keadaan tegang itu berjaya diredakan oleh sepupu Syamsul Yusof dan wartawan Berita Harian, Zubir yang turut berada di situ.

syamsul

Syamsul Yusof dan Ammar Alfian akhirnya berdamai apabila Syamsul mengakui yang dia sedang berkawan dengan Puteri Sarah. Syamsul turut sama menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda pendamaian. Ammar menerima salam tersebut dan mengakui kesilapannya menyerang Syamsul dan Sarah menerusi Twitter. Kedua-duanya turut bersetuju untuk tidak memanjangkan kontroversi ini.

ammar

Agak memalukan juga sebenarnya jika Syamsul dan Ammar benar-benar bergaduh kerana Puteri Sarah. Tidak berbaloi di mata Abang Nara untuk cedera hanya kerana seorang wanita. Nasib baiklah kesemuanya berakhir dengan baik. Semoga selepas ini Syamsul dan Ammar akan menjalani kehidupan dengan tenang. Jangan hanya kerana seorang wanita, maruah seorang lelaki boleh jatuh. Tak gitu?
ffc

P.S: Dah banyak mencuba produk penjagaan kulit tetapi masih tidak berjaya mendapatkan wajah berseri? Cubalah FCC skincare yang pasti memberikan anda kulit yang “Bright, Beautiful, Clear, Confident“. Dijamin halal dan terbukti sudah berkesan kepada ribuan pengguna. LIKE Facebook FCC sekarang untuk informasi lanjut.

Written by AbangNara | May 27th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous kerana bakal bertunang pada Sabtu ini. Bakal tunang Fouziah Gous ialah Md Zhafran Md Yusof yang merupakan pemilik syarikat keselamatan Arrow Guard dan seorang perunding kewangan. Mereka berdua hanya bertunang untuk 3 bulan dan akan berkahwin pada bulan September ini.

gambar tunang fouziah gous tunang

Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Daripada apa yang ditulis di Instagram Fouziah Gous, Md Zhafran telah pun melamar Fouziah Gous ketika menaiki kapal terbang pada 25 Mei lalu. Romantik bukan? Abang Nara suka mendengar kata-kata Fouziah Gous menerusi Berita Harian hari ini:-

Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta.

gambar tunang fouziah gous tunang

Bercinta selepas berkahwin sememangnya digalakkan dan lebih manis. Semoga persiapan Fouziah Gous dan Md Zhafran untuk hari bahagia mereka akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Apa pun, tahniah buat Fouziah Gous atas berita gembira ini.
gambar tunang fouziah gous tunangP.S: Nak kurus tapi tak suka makan ubat? Nak cantik tapi nak minum benda pahit? Tak perlu risau dan gusar lagi. Cubalah Proven, minuman berkhasiat tinggi berperisa coklat. Terbukti untuk memberikan kesan positif kepada tubuh badan kita. Like Facebook Proven untuk maklumat lanjut.

Written by AbangNara | May 27th, 2013

Akhirnya yang dinanti-dinanti dan diimpi-impi selama ini tiba jua.  Gabungan Aizat dan Yuna menjadi kenyataan. Pasti ramai yang melompat kegembiraan dengan kemunculan lagu Dwihati yang menyaksikan kelunakan suara 2 penyanyi hebat ini.

dwi hati

telekung

P.S: Telekung travel ini terbaik sangat jika anda ingin pergi berjalan-jalan. Mudah dibawa, kecil dan ringan. Boleh masuk dalam handbag dengan mudah. Hanya RM29 sahaja. Pelbagai saiz boleh didapati. Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.

Kekacakan Aizat memang makin terserlah sejak tampil dengan imej berkumis ini. Pasti banyak gadis di luar sana yang tergoda. Abang Nara pun terasa nak simpan kumis pulak. Boleh nampak matang dan cool macam Aizat. Video klip Dwihati di bawah untuk tatapan anda.

Abang Nara turut ingin mencadangkan agar Aizat dan Yuna bercinta. Mereka berdua memang sangat sesuai. Sama cantik sama padan. Sama-sama suara sedap. Sama-sama kreatif. Sama-sama saling melengkapi. Memang akan menjadi pasangan yang sangat romantis dan awesome di pandangan Abang Nara. Apa pula kata anda?

P.S: Mitsubishi Triton hanya RM72,000 sahaja

Written by AbangNara | May 27th, 2013

Tahun 2013 sudah hampir masuk bulan Jun. Tahun ini merupakan tahun istimewa buat Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Awal tahun ini, mereka berdua telah membuat pengumuman bahawa akan berkahwin di dalam tahun ini jugak.

zain dan rozita

Ura-ura kuat menyatakan mereka bakal berkahwin pada bulan Disember 2013. Namun menerusi info terbaru yang dimaklumkan oleh pengurus Rozita Che Wan, mereka berdua masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk hari bersejarah tersebut. Kata pengurus Rozita:-

Hal ini bermula apabila ada pihak yang mengusik menanyakan mengenai tarikh dan persiapan untuk perkahwinan Che Ta dan Zain. Namun kenyataan Che Ta tersebut tidak diiyakan atau dinafikan oleh Che Ta sendiri. Sehingga tarikh 23 Mei dan tepat jam 2.30 petang ini, sebarang keputusan belum diambil oleh Che Ta sendiri

rozita
Malah menurut pengurus Che Ta, sebarang persediaan juga belum dimulakan. Nampaknya bakal pengantin kita ini memang sangat sibuk. Semoga suatu hari nanti akan dapat meluangkan masa untuk merancang hari bersejarah anda berdua. Pastikan gilang gemilang kerana ramai orang ternanti-nanti hari tersebut. Info asal portal GUA.

P.S: Honda Jade untuk pasaran China

P.S: Ada Cara Berhenti Merokok Paling Mudah?? KLIK GAMBAR INI