Written by AbangNara | May 29th, 2013

Berita kurang baik buat gadis-gadis di luar sana yang meminati Johan As’ari. Lelaki idaman ramai ini mengakui yang kini hatinya telah pun dimiliki oleh seorang gadis. Namun identiti si gadis masih kekal misteri kerana Johan enggan mendedahkan siapakah wanita bertuah itu.

johan as'ari

Menariknya, Johan As’ari tertarik kepada si gadis ini kerana si dia menjaga solat. Itu satu kriteria yang sangat bagus dan kadang kala dipandang remeh oleh kaum Adam. Kata Johan:-

Apa yang boleh saya kongsi setakat ini, ada seseorang di hati saya. Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun lepas. Selepas pulang dari Makkah, tak sangka saya bertemunya semula dan kami jadi rapat. Apabila seorang isteri itu menjaga solat, maka rumah tangga itu akan bertambah seri kerana doa seorang isteri itu dimakbul Ilahi. Sudah tentu dia akan mendoakan yang baik-baik buat suaminya. Selain itu, dia seorang yang mengambil berat dan prihatin. Saya jujur mahu menyuntingnya dan sedang berusaha ke arah itu. Insya-Allah, seandai ada jodoh, adalah berita gembira nanti dan saya akan maklumkan kepada rakan media serta peminat

johan

Semoga hubungan Johan As’ari dan gadis misteri ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Abang Nara pasti ramai peminat yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan Johan bersanding di atas pelamin. Pasti akan tampak kacak dan bergaya. Tak gitu?
ephyra

P.S: 10 hari je sudah menampakkan kesan? Itulah kehebatan Ephyra yang telah pun dirasai oleh ribuan penggunanya. Kulit bertambah cantik, badan semakin cergas dan sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-4141-7889.

Written by AbangNara | May 29th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Yasmin Hani dan suami, Shaarin atas berita gembira ini. Yasmin Hani menerusi Instagramnya semalam telah pun berkongsi berita kehamilannya. Untuk makluman, kandungan Yasmin kini telah pun memasuki 16 minggu.

yasmin hani mengandung

Yasmin dan Shaarin telah berkahwin sekitar bulan Oktober 2011. Gambar di atas telah diupload menerusi Instagram beserta dengan penerangan di bawah:-

Hello everyone!! Today is a special day coz we decided its time to share this great news with all of u. Syukur Alhamdulillah we r blessed as we will be welcoming a new member to our family!! I am now 16 weeks! (Picture was taken way before) Please doakan yg baik2 utk bakal baby yg akan lahir dan kami juga, amin. Much love from us @shaarin n me! ?????????????? #haniandshaarin #family #love #happy #news #baby #pregnant #yasminhani #shaarin

yasmin

Tahniah diucapkan sekali lagi atas berita gembira ini. Semoga kandungan Yasmin akan terus kekal sihat sehingga hari kelahiran kelak. Sama-samalah kita doakan. Amin ~~

Written by AbangNara | May 29th, 2013

Meriah sungguh majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Rosyam Noor yang telah diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Memang berseri-seri sungguh pasangan pengantin yang diraikan. Sama cantik dan sama padan. Tahniah!!!

gambar resepsi anak rosyam nooor

Sekali imbas, Arniesha Azureen memang mirip wajah ayahnya Rosyam Noor. Abang Nara suka dengan baju pengantin yang digayakan oleh Arniesha. Nampak classy, menawan dan memang sesuai dengan dirinya. Cantik sangat-sangat!!!

gambar resepsi anak rosyam nooor

Lagi 12 keping gambar majlis perkahwinan anak perempuan Rosyam Noor, Arniesha Azureen dan Hafiz dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Ryaniez Moments Photography yang sudi berkongsi gambar-gambar ini selaku official photography majlis ini.

 
Written by AbangNara | May 28th, 2013

Akhirnya setelah hampir 2 minggu berita penangkapan khalwatnya menjadi topik dunia hiburan tanah air, Shah Jaszle tampil bercakap memberikan kenyataan pertamanya kepada Mstar Online. Menarik juga apabila Shah Jaszle mendedahkan yang dirinya diperangkap di dalam kejadian ini.

shah jaszle

Kata Shah Jaszle:-

Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti.

shah jaszle

Apa pun, Abang Nara gembira kerana mendengar betapa supportivenya tunang dan keluarga Shah Jaszle dalam menghadapi isu ini. Bukan senang nak dapat keluarga dan tunang yang begitu memahami. Kata Shah Jaszle mengenai reaksi tunangnya:-

Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka. Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya

Sama-samalah kita nantikan bulan November ini untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Buat masa ini, kita doakan sahaja hubungan Shah Jaszle dan tunangnya akan terus kekal bahagia walaupun pelbagai ujian mendatang. Semoga Shah Jaszle mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.