Written by AbangNara | May 29th, 2013

Jika tiada aral melintang, Izzue Islam dan pengurusnya, Awin Nurin bakal bergelar suami isteri pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 2 Jun 2013. Ketika mengumumkan berita gembira ini, banyak pihak yang terkejut kerana tidak dapat menghidu percintaan yang berlaku di antara mereka berdua.

gambar kahwin izzue islam

Agak menarik juga bagaimana bermulanya kisah percintaan Izzue Islam dan Awin Nurin bermula. Tersenyum kambing Abang Nara apabila membacanya. Rupa-rupanya sudah 5 tahun mereka berdua menyulam cinta. Kata Izzue Islam:-

Sebenarnya, saya sudah lama bercinta dengan Awin Nurin. Sudah lima tahun. Masa itu, Izzue bekerja di kedai makan di kawasan Petaling Jaya dan Awin memiliki sebuah salun kecantikan bersebelahan tempat kerja Izzue. Dari situlah, kami berkenalan. Dia pesan makanan dan Izzue pergi hantar. Mula-mula kami berkawan baik dan akhirnya bercinta sampailah Izzue menjadi artis.

izzue islamCute kan kisah mereka? Itulah namanya kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Selama 5 tahun berkenalan dan bercinta, Abang Nara yakin Izzue Islam sudah yakin 100% bahawa Awin Nurin lah wanita pilihannya. Kata Izzue Islam lagi:-

Dia adalah diri dia. Dia tegas dalam bekerja. Dia pengurus Izzue, jadi kalau lambat bangun ke apa ke memang kena. Dia ada pendirian, seorang yang berdisiplin, peramah, sopan. Dia…macam-macamlah. Pahit, manis, pedas, masam, masin, kenyang, lapar, susah, senang, jatuh, bangun…semua kami sudah rasa. Dia yang selalu beri Izzue semangat selain daripada ibu bapa dan kawan-kawan Izzue. Izzue yakin, Izzue tidak salah pilih orang untuk dijadikan teman hidup. Susah senang Izzue dia memang ada bersama Izzue.

Romantik jugak si Izzue Islam ini rupanya. Walaupun Abang Nara tahu ramai gadis-gadis di luar sana yang remuk hatinya apabila mengetahui berita ini, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin berjalan lancar serta kekal sehingga hujung hayat. Kepada Izzue Islam, selamat bergelar suami Sabtu ini.

Written by AbangNara | May 29th, 2013

Semenjak memenangi pertandingan Asian Wave di China baru-baru ini, nama Shila Amzah semakin melonjak. Kerjaya nyanyiannya semakin memuncak dan diperakui ramai terutamanya di negara luar. Malah, Shila Amzah mendapat status PR China kerana keaktifannya melakukan persembahan di negara tersebut.

shila amzah

Dan usaha Shila Amzah mendokong nama Malaysia ke luar negara nampaknya tidak sia-sia. Segala penat lelahnya diiktiraf melalui penganugerahan “Country Branding Award” di dalam majlis The BrandLaureate Best Brands Awards. Jutaan tahniah diucapkan kepada Shila atas kejayaan ini.

shila amzah

Ketika artikel ini ditulis, Shila Amzah sudah pun dalam perjalanan untuk ke Shanghai. Abang Nara doakan Shila akan mampu membuat yang terbaik dan sekaligus menaikkan lagi nama negara. Beberapa lagi gambar Shila Amzah yang terbaru dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Tips ketika berlaku kemalangan kereta

 
Written by AbangNara | May 29th, 2013

Datin Zaiton Mohd Jiwa ialah penerbit terkenal dan juga merupakan pemilik Station Global Sdn Bhd yang telah menerbitkan drama-drama popular seperti Adam Dan Hawa dan Sehangat Asrama. Mesra dengan nama panggilan Kak Ton, beliau telah memberikan sedikit nasihat kepada Afiq Muiz yang merupakan artis residen syarikatnya.

afiq muizAntara nasihat yang diberikan oleh Kak Ton ialah Afiq harus segera memohon maaf dan sujud di bawah kaki ibunya. Kata Kak Ton kepada Utusan Malaysia:-

Walau seburuk atau sejahat mana mak, dia tetap mak Afiq. Sebagai anak, Afiq harus mohon maaf dan sujud di kakinya. Afiq perlu lakukan itu dengan ikhlas bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Kak Ton banyak beri nasihat pada Afiq tentang hubungannya dengan mak dia. Sebagai seorang ibu, Kak Ton sedih melihat perkara ini berlaku pada Afiq dengan mak dia kerana seorang anak perlukan doa dan restu ibu untuk berjaya. Kak Ton kata pada dia, walau apa sekali perangai mak terhadap kita, sebagai anak kita perlu mengalah dan mohon maaf kerana syurga di bawah telapak kaki ibu.

afiq muiz

Menurut Kak Ton, satu drama yang membabitkan Afiq Muiz terpaksa ditangguhkan kerana kontroversi yang telah berlaku. Abang Nara agak tertarik mendengar kata-kata Kak Ton mengenai Afiq Muiz di awal kemunculannya. Kata Kak Ton:-

Kak Ton ambil Afiq sebab pertama kali lihat dia, Kak Ton tengok budak ini tidak cakap banyak dan hormat orang tua. Lagipun Kak Ton sudah ada beberapa projek untuk dia, jadi untuk memudahkan dia, Kak Ton ambil Afiq jadi artis residen bermula awal tahun ini. Tak sangka pula perkara begini boleh berlaku. Apa pun Kak Ton tidak boleh sewenang-wenang menyingkirkan dia sebab semua itu sudah tertakluk kepada kontrak. Sekarang ini Kak Ton hanya boleh berdoa dan berharap agar stesen televisyen tidak meminggirkan dia kerana kalau itu terjadi kasihan budak itu.

afiq muiz

Adakah Afiq Muiz besar kepala apabila popularitinya semakin meningkat? Entahlah. Sekarang ini dengar ceritanya pun kebanyakan stesen televisyen dan media massa akan memboikot Afiq Muiz sekali dia tidak memohon maaf kepada ibunya. Sudah ramai yang memberikan nasihat kepada Afiq Muiz. Jadi terpulanglah kepada Afiq untuk mengikuti mana-mana nasihat yang dirasakan sesuai untuk dirinya.

P.S: Gambar perkahwinan kali ketiga Ustaz Azhar Idrus

Written by AbangNara | May 29th, 2013

Selepas kontroversi video yang agak lucah baru-baru ini, Abang Nara ingatkan Sharifah Sakinah dah insaf dan tidak akan berkongsi video-video mengarut lagi. Rupa-rupanya Sharifah Sakinah ini jenis tak makan saman dan hati kering kerana dia telah berkongsi sebuah lagi video yang agak kontroversi.

sharifah sakinah

Mungkin ini cara Sharifah Sakinah mencari publisiti. Namun Abang Nara rasa, publisiti yang dicapai menerusi cara ini agak murah dan hanya menjatuhkan maruah dirinya. Anda tonton sendiri video yang telah dikongsikan oleh Sharifah Sakinah sempena hari jadinya.

Apa pendapat anda?

P.S: Ford Kuga bakal dijual di Malaysia dengan harga RM168,000.