Written by serenity | May 30th, 2013

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pelakon keturunan Latin Josiah Hogan atas perkahwinannya dengan seorang wanita bernama Nurul Hidayu pada 26 Mei lepas.


 

Antara drama yang menampilkan Josiah ialah Bulan Bintang dan  Kita, Cinta Jangan Pergi dan siri komedi berjudul XoXo, namun karya yang mempopularkan Josiah ialah filem pendek Passport Ekspres arahan Rewan Ishak.

Ini ialah merupakan perkahwinan kedua Josiah yang memiliki seorang anak lelaki bernama Irvine dari perkahwinan pertamanya. Kami di BeautifulNara.com mendoakan perkahwinannya berkekalan hingga ke akhir hayat.


Written by AbangNara | May 30th, 2013

Fuh ~~ Sungguh bahaya apa yang terjadi kepada Raja Azmi ini. Nasib baiklah tiada kecederaan serius yang berlaku. Abang Nara risau betul dengan kes samun atau ragut yang semakin berleluasa di Malaysia. Kadang-kadang sampai boleh bawa maut.

raja azmi disamun

Raja Azmi ditampar sebelum disamun oleh 2 lelaki menunggang motosikal selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan berhampiran Hotel Istana di Jalan Nagasari. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 12.30 malam. Raja Azmi ketika itu sedang berjalan seorang diri menuju ke keretanya. Kata Raja Azmi:-

Pada jarak 20 meter dari kereta tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri saya. Salah seorang suspek kemudian menolak saya menyebabkan saya terjatuh ke dinding di kaki lima hotel dengan beg tangan di bahu kiri manakala tangan kanan memegang telefon pintar Samsung Galaxy II

raja azmiSalah seorang penyamun itu kemudiannya cuba menarik beg tangan Raja Azmi namun Raja Azmi meronta-ronta dan menjerit meminta pertolongan orang yang berhampiran di situ. Tidak diketahui pula berapa kerugian yang dialami oleh Raja Azmi. Semoga Raja Azmi tidak mengalami kecederaan serius akibat insiden ini.
raja azmiApa pun Abang Nara nasihatkan kalau kita (terutamanya kaum Hawa), sekiranya berada di tempat awam,  pastikan anda tidak mempamerkan beg tangan secara terbuka kerana ia boleh mengundang niat jahat orang lain. Sayangilah nyawa anda.

P.S: Senarai mas kahwin mengikut negeri untuk tahun 2013

Written by AbangNara | May 30th, 2013

Kadang-kadang ketika kebosanan Abang Nara layan jugak program Kilauan Emas 3. Mak mertua Abang Nara memang die hard fan program ini. Seronok juga melihat keletah makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang masuk bertanding. Kesemuanya otai-otai dan ada suara unik masing-masing.

juara kilauan emas 3Semalam telah pun berlangsung konsert akhir Kilauan Emas 3. 4 peserta iaitu Mior, Alina, Idris dan Silah. Kesemuanya menyanyikan 2 buah lagu dengan 1 lagu dicipta khas untuk mereka. 70% markah adalah daripada pihak juri dan 30% daripada undian SMS para peminat.

juara kilauan emas 3

Mior akhirnya menepati ramalan apabila berjaya menjadi juara Kilauan Emas 3. Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000, trofi dan hadiah sampingan. Idris yang berjaya mendapat tempat kedua membawa pulang RM30,000 dan Silah di tempat ketiga pula mendapat hadiah wang tunai RM20,000. Hebat-hebat juga hadiahnya kan?

juara kilauan emas 3

Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Walaupun kebanyakan peserta memang sudah dimakan usia, kehebatan mereka menyanyi memang tidak boleh disangkal lagi. Senang cerita, mereka memang otai. Apa pula pendapat anda yang mengikuti program Kilauan Emas 3?

P.S: Video terbaru MatLuthfi. Memang sempoi.

Written by serenity | May 30th, 2013

Rata-rata peminat filem tempatan telah memberikan maklumbalas yang baik terhadap filem KIL, yang bakal ditayangkan di pawagam hari ini setelah menontonnya di majlis malam gala filem tersebut.

Hari ini filem ini akan memulakan tayangannya di pawagam seluruh Malaysia. Menurut pengarah filem ini, Nik Amir Mustapha, filem ini berkisar mengenai seorang pemuda yang mempunyai kecederungan untuk membunuh diri namun menemui sebab untuk terus hidup iaitu cinta.

Premis filem ini saja sudah menjanjikan yang ia bukan seperti filem tempatan yang lain yang biasa dihidangkan kepada anda.

Diterajui oleh Redza Minhat dan Cristina Suzanne, filem ini turut menampilkan Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat dan Dira Abu Zahar. Nik Amir turut memberitahu dia meminati pengarah Park Chan-Wook, Bong Joon-Ho, Christopher Nolan dan Dain Said.

Untuk info, filem ini menunggu dua tahun untuk ditayangkan di pawagam atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Jika anda berkesempatan, sila ke pawagam untuk menonton sendiri filem ini. Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit info NST Online dan kredit gambar Facebook KIL.


 
Page 4 of 33« First...23456...102030...Last »