Written by AbangNara | May 4th, 2013

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza turut terjebak ke dalam demam Gwiyomi. Beliau telah pun berkongsi video Gwiyomi yang dilakukannya bersama seorang kanak-kanak comel. Memang kedua-duanya comel sangat.

Comel kan? Diharap Datuk Siti boleh ajak Datuk K buat Gwiyomi bersama-sama. Mesti lebih comel dan lebih padu. Hehehe
kcm

P.S: KLIK SINI untuk mengetahui tentang dana pendidikan tinggi yang membantu semua orang untuk menyambung pelajaran mereka.

Written by AbangNara | May 4th, 2013

Tiga kali berkahwin, tiga kali perkahwinan A. Aida gagal dipertahankan. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Ameng Spring, kemudian dengan seorang anggota polis dan terbaru, A. Aida telah diceraikan dengan talak dua oleh suami ketiganya, Suffian Sulaiman,

a aida cerai

Suffian dilaporkan mahu menceraikan A. Aida dengan talak tiga tetapi dihalang berbuat sedemikian oleh pihak mahkamah. Kembali menjanda buat kali ketiga, A. Aida berkata kepada Kosmo yang dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan keluarganya:-

Buat masa ini keutamaan saya sekarang mahu lebih fokus kepada kerjaya sebagai penerbit dan penulis skrip. Ketika bergelar isteri dahulu kerja-kerja yang saya lakukan agak terbatas. Mengenai perkahwinan pula saya langsung tidak terfikir sama sekali. Apa yang boleh saya katakan, sekarang ini lelaki tiada dalam kamus hidup saya dan lebih selesa sendiri dengan ditemani anak-anak.

a aida cerai

A. Aida sempat memberikan sedikit nasihat kepada wanita di luar sana atas pengalamannya yang gagal di dalam perkahwinan sebanyak 3 kali. Kata A. Aida:-

Pertama sekali saya mahu memberi nasihat kepada semua wanita supaya mengenali terlebih dahulu lelaki yang ingin dijadikan suami sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Kesilapan yang saya lakukan ialah terlalu cepat memberi persetujuan kepada lelaki yang ingin mengahwini saya. Baru sebulan kenal saya terus bersetuju berumah tangga, sedangkan saya perlu mengenalinya dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.

Semoga A. Aida menemui ketenangan dalam hidup selepas penceraian ini. Kalau ada jodoh, bolehlah kahwin sekali lagi. Kalau tak ada, mungkin itu petanda untuk A. Aida membesarkan anak-anak dan mengembangkan lagi karier seninya.

Written by AbangNara | May 4th, 2013

Fuh ~~ Abang Nara memang minat betul dengan Jo In Sung ini. Kacak sungguh dia. Berita baik untuk peminatnya, pelakon Korea Selatan yang sedang popular menerusi drama That Winter The Wind Blows ini akan datang ke Malaysia untuk sesi beramah mesra bersama peminatnya.

jo in sung

Jo In Sung akan hadir pada 21 Mei ini dan akan bertemu peminat-peminatnya di Paradigm Mall kira-kira jam 7.30 malam. Kemudian pelakon ini akan ke Singapura untuk sesi bertemu peminat di Suntec City Mall Singapura, pada 22 Mei juga pada jam 7.30 malam. Pasti peminat-peminat si jejaka tampan ini sedang teruja menunggu ketibaannya.

jo in sung

Jika berkesempatan, Abang Nara akan turun ke Paradigm Mall untuk bertemu dengan Jo In Sung. Nasib baik bekas awek Abang Nara iaitu Song Hye Kyo tak datang. Kalau tidak pasti memori percintaan kami akan berputik kembali. Hahaha.

Written by AbangNara | May 3rd, 2013

Ini satu perubahan yang sangat bagus buat Johan As’ari dan juga industri hiburan tanah air Malaysia. Pastinya bukan senang untuk membuat keputusan sebegini. Namun Abang Nara memuji tindakan yang diambil oleh Johan As’ari selepas dia pulang daripada menunaikan umrah.
johanBerkata kepada Berita Harian hari ini, Johan As’ari mengakui yang dirinya juga manusia yang tidak lepas daripada kesilapan. Kata Johan:-

Niat untuk berubah timbul sekembalinya dari Tanah Suci. Tiada siapa memaksa, tetapi keinginan ini terbit atas kesedaran sendiri. Selama ini saya terlalu leka sehingga melanggar perkara yang tidak boleh dilakukan.

Kalau boleh, saya mahu mengelak daripada adegan yang memerlukan saya bersentuhan. Saya tahu, pasti ia akan menyukarkan produksi, terutama jika sentuhan itu membabitkan watak ibu dan anak. Lihatlah bagaimana nanti, namun saya berharap apa yang saya niatkan ini dapat ditunai dengan sempurna.

Bukan apa, saya juga manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Mungkin hari ini saya kata tidak mahu lagi bersentuhan, tetapi esok lusa saya sendiri melanggar janji. Jadi, saya berharap peminat dapat memaafkan andai perkara itu terjadi.

johanBagi Abang Nara, yang penting niat untuk berubah itu sudah ada di dalam diri Johan. Perlahan-lahan cuba merealisasikan apa yang mahu dibuat. Semoga akan lebih ramai artis lelaki terutamanya yang mengambil tindakan serupa seperti Johan.
ronasutraP.S: KLIK SINI untuk mengetahui rahsia kejelitaan Vanida Imran.

Page 30 of 33« First...1020...2829303132...Last »