Written by AbangNara | May 30th, 2013

Nama Jovian Mandagie tidak perlu diperkenalkan lagi. Orangnya bukan sahaja kacak, tetapi rekaan bajunya menarik, unik dan sangat awesome. Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Lisa Surihani dan ramai lagi selebriti tempatan pernah menggunakan khidmat Jovian Mandagie.

jovian mandagie

Salah seorang daripada peminat Jovian Mandagie ialah isteri Abang Nara sendiri.  Ahad ini adalah ulangtahun perkahwinan kami yang kedua. Wife Abang Nara dengan comelnya telah meminta Abang Nara menghadiahkan sehelai baju di dalam koleksi Falling Feathers by Jovian Mandagie for Zalora.

jovian mandagie

Walaupun Abang Nara seorang lelaki, diri ini tetap kagum dan terkesima melihat kecantikan rekaan baju Jovian Mandagie for Zalora ini.  Memang lain daripada yang lain. Harga pun sangat berpatutan dengan kualiti yang diberikan. Sukar untuk Abang Nara membuat pilihan demi isteri tercinta kerana kesemua rekaan Jovian Mandagie for Zalora cantik-cantik belaka.

jovian mandagie

Menurut wife Abang Nara, dia nak pakai baju ini ketika Hari Raya Aidilfitri kelak. Abang Nara gembira je asalkan wife nampak cantik di pagi raya.  Khas untuk pembaca BeautifulNara, dapatkan diskaun 10% sekiranya anda menggunakan voucher kupon “JOVIANNARA” ketika membuat pembelian koleksi Falling Feathers by Jovian Mandagie for Zalora ini. Kupon ini hanya sah sehingga 13 Jun 2013.

jovian mandagie

Tunggu apa lagi? Inilah peluang anda untuk tampil bergaya dengan koleksi khas daripada Jovian Mandagie. Layari laman web Zalora sekarang juga dan buat tempahan anda sebelum kehabisan stok.

 

Written by AbangNara | May 30th, 2013

Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan gila si adik, si kakak turut sama terpalit malunya. Mungkin itulah yang dirasai oleh Sharifah Shahira (Shiera) apabila adiknya, Sharifah Sakinah berkongsikan video-video mengarut semenjak kebelakangan ini.

SHARIFAH SHAHIRA

Shiera menerusi akaui Twitternya mengakui yang dia tidak sanggup melihat video bodoh yang dihasilkan oleh adiknya itu. Menurut Shiera, lagi ramai orang bercakap mengenai perbuatan adiknya, lagilah perkara tersebut akan dibuat oleh Sharifah Sakinah.

SHARIFAH SHAHIRA

telekung

P.S: Telekung travel ini terbaik sangat jika anda ingin pergi berjalan-jalan. Mudah dibawa, kecil dan ringan. Boleh masuk dalam handbag dengan mudah. Hanya RM29 sahaja. Pelbagai saiz boleh didapati. Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.

Malah menurut Shiera, dia sudah pun menasihatkan adiknya supaya menghentikan perbuatan tersebut. Tidak diketahui pula sama ada nasihat tersebut diambil berat atau sekadar ibarat mencurah air ke daun keladi.

SHARIFAH SHAHIRA

Kalau nasihat kakak sendiri pun tidak diambil pusing oleh Sharifah Sakinah, inikan pula nasihat kita sebagai orang luar. Mungkin Sharifah Sakinah merasakan dirinya bebas melakukan apa sahaja kerana masih muda. Nasihat Abang Nara, kalau tak menjaga air muka sendiri, jagalah air muka mak dan ayah anda. Tak gitu?

Written by AbangNara | May 30th, 2013

Nampaknya Abang Nara harus berusaha keras untuk menjadi pelakon agar dapat banyak peluang melancong ke luar negara sambil menjalani penggambaran drama atau filem. Memang jeles melihat gambar-gambar Elfira Loy yang sedang menjalani penggambaran drama Demi Dia di Nenzing, Austria.

elfira loy

Drama yang diarahkan oleh Erma Fatima ini turut sama dibintangi oleh Zoey. Bila Abang Nara tengok gambar Zoey dan Elfira Loy, kedua-duanya memang nampak sepadan. Kalau diorang bercinta pun memang sesuai. Tak ke gitu?

elfira loy

Semoga Elfira Loy tidak demam-demam kerana cuaca di Nenzing, Austria tersangatlah sejuk ketika ini. Tips untuk tidak demam ialah jangan mandi banyak kali dalam sehari. Sekali sudah cukup. Lagi 10 keping gambar si comel Elfira Loy dengan membaca entri ini sepenuhnya.
elfira loyP.S: Ibu dan anak berjalan beriringan, sentiasa ceria bersama bila menyambut hari lebaran. Pelbagai pilihan pakaian baju kurung boleh digayakan bersama. Turut ditawarkan ialah jubah, blouse, baju melayu, baju menyusu dan banyak lagi. Maklumat lanjut sila layari www.ronaronacollection.blogspot.com sekarang juga.

 
Written by AbangNara | May 30th, 2013

Seronoknya menjadi pelakon-pelakon filem Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly.  Filem adaptasi novel ini menjalani penggambaran di Turki sekitar bandar Cappadocia dan Konya. Memang cantik pemandangan di kedua-dua bandar ini ditambah pula dengan kehadiran si jelita Fazura.

filem manisnya cinta

Turut sama membintangi filem ini ialah pelakon hebat Shaheizy Sam. Kalau tidak silap Abang Nara, penggambaran di Turki mengambil masa lebih kurang seminggu. Abang Nara tertarik dengan salah satu gambar yang dikongsi oleh Fazura menerusi Instagramnya. Ada banyak belon panas tue!!!

filem manisnya cinta

Pasti filem Manisnya Cinta ini akan menjadi sebuah filem yang dinanti-nanti oleh peminat Fazura dan Shaheizy Sam terutamanya. Lagi 11 keping gambar Fazura di Turki menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta dengan membaca entri ini sepenuhnya.

ronasutra

P.S: Vanida Imran dan Lynda Roslan pun gunakan Ronasutra untuk memastikan kulit wajah mereka terus kekal tanpa masalah. Korang takkan taknak cuba kot? Memang dah TERBUKTI berkesan. Harga pun berpatutan dan berbaloi dengan penggunaan. Untuk maklumat lanjut, layari www.ronasutra.com dan LIKE Facebook Ronasutra.

 
Page 3 of 3312345...102030...Last »