Written by AbangNara | May 23rd, 2013

Hubungan cinta antara Miera Liyana dan Shah Jaszle sudah lama berakhir. Shah Jaszle pun sudah bertunang akhir tahun lepas. Namun seperti yang anda tahu, Shah Jaszle telah pun ditangkap khalwat baru-baru ini. Apabila diminta memberi komen tentang perkara ini, Miera Liyana berharap Shah Jaszle mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.

miera liyana

Kata Miera Liyana kepada Mstar Online:-

Saya terkejut dan ingat perkara tersebut hanya gurauan apabila diberitahu oleh salah seorang pelakon, tapi apablia terbaca di internet baru saya percaya. Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya harap dia mengambilnya sebagai satu pengajaran buatnya. Kesian dekat dia juga sebab mungkin kejadian sebenar kita tidak tahu dan mungkin juga dia diperangkap. Kesian dekat dia juga sebab mungkin kejadian sebenar kita tidak tahu dan mungkin juga dia diperangkap.

mieraSebenarnya sehingga ke hari ini masih tidak diketahui info lanjut tentang kes tangkapan khalwat Shah Jaszle. Empunya badan pun berdiam diri tidak memberikan sebarang kenyataan. Mungkin apabila kes ini dibawa ke mahkamah kita akan ketahui dengan lebih lanjut tentang apa yang terjadi.
serunding daging

P.S: Ramadhan sudah semakin hampir. Sudah mula pening kepala untuk fikir nak bersahur dan berbuka dengan berlaukkan apa? Apa kata cuba serunding Nara yang dibawa khas daripada Kelantan ini. Kelazatannya terjamin. Confirm makin bertambah selera ketika bersahur dan buka puasa. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke lorongsetia8@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

Written by AbangNara | May 23rd, 2013

Kontroversi yang melanda antara Afiq Muiz dan ibunya ternyata mendapat perhatian ramai. Berpuluh-puluh email Abang Nara terima daripada pembaca BeautifulNara yang berkongsi pendapat mereka. Rata-rata menyalahkan Afiq di dalam hal ini dan meminta agar Afiq segera meminta maaf pada ibunya.

afiq dan ibunya

Pagi hari ini, Abang Nara menerima sepucuk email yang agak menarik. Isinya lain daripada yang lain. Memang membuatkan Abang Nara berfikir sejenak. Dengan tajuk “Mengapa Hanya Yang Muda Ditegur“, email ini memang sesuai untuk Abang Nara kongsikan buat semua:-

Assalamualaikum abg Nara.

Maaf kira email ini menganggu abg Nara.Sekiranya email ini abg Nara siarkan, terima kasih saya ucapkan.

Kebelakangan ini sering kali masalah pertelingkahan keluarga artis kita dengar.Amat menyedihkan kadang2 perkara kecil yang boleh diselesaikan secara baik dibesar2kan di media.Namun abang Nara,kes Afiq Muiz benar2 mengesankan saya.

Mungkin ramai yang akan mencemuh saya kerana pendapat saya ini.Saya bknlah menyokong mana2 pihak,namun jika Afiq di pihak yg benar sy dpt rskan kepedihan dihatinya.Saya bknlah peminatnya,cuma sy faham perasaannya.

Jika anda dibsrkn dgn penuh kasih syg walau tiada kemewahan, sesiapun tdk akan sanggup melukakn hati ibu.tp bagaimana sebaliknya abang Nara.Sy merasai kepedihan itu abng Nara. pengalaman saya tidaklah seteruk apa yg dihadapi Afiq Muiz, tp lukanya amat dlm. Jd dpt sy rasakan sebak di hatinya sewaktu menonton Melodi secara kebetulan.

Msyrakat kita diajar menghormati org tua sehingga menghalalkn apa sj dilakukan mereka atas alasan ‘org tua’ .Masih sy igt kata2 seorg artis lelaki apabila percintaannya dihalang si bapa melalui media “kita mmg kene hormat pd yg tua, tp kalau slh kita kene tegur “.lebih krg begitulah kata2nya.Malah org tua adalah pelakon terbaik.Saya sudah jenuh menyaksikan lakonan org2 tua ini xkiralah siapa.Pada yang ramai mencaci, lupakah anda siapa yg memulakan isu ini.Senang2nya dia dilabel anak derhaka tp bila membela diri masih dikutuk.Setelah diberi bukti sms makin byk mencaci.

Mmg aib perlu ditutup lebih2 lg yg melibtkn keluarga.tp lupakah anda bhw dia juga mempunyai perasaan? Dan mengapa setelah ditergkn berkali2 bhw mereka berkwn baik media masih melabelkn mereka psgn kekasih.Siap mengata melebihkn kekasih.Biasalah kalau kita meluah perasaan dan berkongsi rahsia dgn tmn rapat.Tidak tahukah anda istilah BFF? Kalau ada jodoh bercintalah mereka nnt.Byk lg BFF ala2 mereka cume mereka bkn artis.

Sy bknlah peminat Eina Azman malah sy juga tdk menyenangi imejnya.tp lupakah kita pd ungkapan ‘jgn menilai buku dr kulitnya’.tahukah anda bagaimana hati budinya? Ramai rakan sy berimej sedemikian tp hati mereka amat baik dan pemurah.Dan lupakah kita atas segala tuduhan ke atasnya, maruah keluarganya terpalit sekali.Sy bknlah menyokong kes saman beliau, tp beliau telah pn memberi tempoh meminta maaf.sy berhrp ia dpt dijadikn pengajaran ntuk sesiapa sj agar tdk suka2 hati memfitnah dn menuduh sesiapa.

Di ruangan komen ramai mengatakan tdk ada ibu sanggup mengandung dn bersusah payah melahirkn anak.Bagaimana dgn bayi2 yg dibuang? Dan syurga di bwh tapak kaki ibu? Bukankah itu hadis palsu?Syurga neraka di tangan Allah. Kenapa tidak ustaz betulkan? Dan bukankah fitnah itu dosanya lbh bsr dr membunuh? Jika benar apa yg dikatakan si ibu fitnah, adakah ia akan terhapus kerana beliau ‘org tua’?

Dan adakah ustaz cuma membaca cerita sebelah pihak atau memberi nasihat secara am yang diinspirasikn melalui kemelut ini? Adakah seorg ibu itu diberi hak menyumph seranah anaknya kerana mustajabnya doa si ibu?Bknkah anak itu adalah anugerah yg DIPINJAMKAN Allah pd kita, maka kita tidak ada hak atas anak tersebut tp anak itu adalah amanah yg akan mendoakan apabila kita tiada nnt.

afiq dan eina

Ada benarnya juga tulisan pembaca BeautifulNara ini kan? Apa pun, Afiq sebagai anak, harus segera berjumpa dengan ibunya untuk memohon maaf. Tak kiralah walaupun Afiq berada di pihak yang benar. Diharap ini akan menjadi entri terakhir Abang Nara mengenai kontroversi Afiq dan Eina. Anda semua pun dah muak kan? Sama-samalah kita doakan agar mereka akan berdamai secepat mungkin.
zaraP.S: Peluang untuk anda memenangi Victoria’s Secret Mist secara PERCUMA telah tiba. Hanya perlu LIKE Facebook Zara Uwais Beauty Shop dan buat pembelian Aura White di sana. Mudah je kan? Mana tahu nasib anda. Cubalah!!!

Written by AbangNara | May 22nd, 2013

Abang Nara memang meminati filem seni mempertahankan diri. Antara filem paling menarik bagi Abang Nara ialah Ip Man 2. Babak ketika Ip Man berlawan dengan Sammo Hung sampai sekarang masih segar di dalam ingatan Abang Nara. Memang awesome!!

mimma

Selepas menonton filem Ip Man 2, semangat Abang Nara memang berkobar-kobar nak belajar seni mempertahankan diri. Niat di hati nak nampak macho di depan isteri tercinta. Mana tahu badan Abang Nara pun akan timbul 6 packs kalau menjalani latihan yang betul. Confirm isteri akan bertambah sayang.

mimma

Mana tahu bila dah betul-betul power nanti, bolehlah Abang Nara join All-Malaysian Mixed Martial Arts (MMA) Amateur Tournament in Malaysia yang dianjurkan oleh Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA). Yang bestnya jumlah hadiah yang ditawarkan berjumlah RM150,000. Fuh ~~ Memang beruntunglah siapa masuk pertandingan ini.

mimma

Untuk tahun ini, memang tak sempat dah untuk Abang Nara join pertandingan ini. Namun Abang Nara nak pergi tengok aksi-aksi hebat yang bakal ditunjukkan oleh peserta-peserta. Grand final pertandingan ini bakal berlangsung pada 15 Jun 2013 dan ada caranya untuk mendapatkan tiket percuma untuk hari tersebut.

Caranya amat senang. Abang Nara Cuma perlu upload gambar Kung Fu Meme di blog ChurpChurp untuk berpeluang memenangi tiket ke grand final All-Malaysian Mixed Martial Arts (MMA) Amateur Tournament in Malaysia. 5 gambar terbaik akan memenangi “gold ticket” dan 10 yang terbaik selepas itu akan memenangi “silver ticket”. Abang Nara dah upload dah pun gambar Kongfu Meme diri ini.
mimma

Tunggu apa lagi? Jomlah sertai Abang Nara untuk menonton kelincahan, kehebatan dan aksi seni mempertahankan diri yang pastinya akan membuatkan anda terkesima. Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysianinvasion.com.

Written by AbangNara | May 22nd, 2013

Filem Bikers Kental bakal ditayangkan bermula hari Khamis ini (23 Mei 2013). Membariskan pelakon popular seperti Zizan, Awie dan Bront Palarae, filem ini menayangkan motosikal-motosikal berkuasa besar sebagai salah satu daya penarik. Pasti mat-mat motor di luar sana teruja dibuatnya.

bikers kental

Di bawah ialah trailer filem Bikers Kental:-

Abang Nara yakin dengan ada nama-nama popular di dalam filem ini, Bikers Kental akan mendapat sambutan hangat daripada peminat filem tempatan. Yang pasti, kalau dah ada Zizan, confirm cerita ini akan kelakar tak ingat punya.

bikers kental

11 lagi gambar sekitar tayangan perdana filem Bikers Kental dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Toyota Corolla 2013 bakal tiba Jun ini

 
Page 10 of 33« First...89101112...2030...Last »