Written by AbangNara | April 23rd, 2013

Teka-teki sama ada Memey Suhaiza kini telah tampil dengan imej bertudung akhirnya terjawab juga. Berkata kepada Mstar Online, Memey memberitahu yang dia masih lagi dalam proses memakai tudung dan berharap perubahan itu akan terjadi secara semula jadi.

memey suhaiza bertudung

Kata Memey:-

Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan. Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya. Saya sudah bersiap-siap untuk keluar dan memakai topi tapi tiba-tiba tergerak hati untuk memakai tudung pada hari berkenaan. Suami suka namun dia memberi ruang kepada saya untuk buat keputusan sendiri kerana perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa sebaliknya biarlah ia datang daripada kesedaran diri sendiri. Insya-Allah doakan yang terbaik buat diri saya supaya terus memakai tudung selepas ini

memey bertudung

At least Memey ada usaha untuk berubah. Perlahan-lahan kayuh. Apa pun Abang Nara lihat Memey memang lebih cantik dan manis apabila bertudung. Pasti Norman akan lebih sayang apabila Memey bertudung sepenuhnya satu hari nanti. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Memey.

Written by AbangNara | April 22nd, 2013

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, Natasha Hudson telah pun melahirkan seorang lagi bayi perempuan hasil perkahwinannya dengan Carleed Khaza. Untuk anda yang tidak tahu, Natasha telah pun berkahwin dengan Carleed sekitar bulan April tahun lepas.

anak natasha hudson

Berita gembira ini telah pun dikongsikan oleh Natasha Hudson sendiri di Instagramnya. Proses kelahiran telah berlaku secara normal tanpa sebarang suntikan. Natasha Hudson juga telah mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya sebelum ini.

anak natasha hudson

Kepada Natasha dan Carleed, tahniah atas kelahiran si comel ini. Semoga bayi anda sihat dan membesar dengan penuh sejahtera. Selamat menjadi ayah buat Carleed. Tahniah sekali lagi.

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Written by AbangNara | April 22nd, 2013

Wow. Abang Nara suka dengan imej bertudung yang ditunjukkan oleh Memey Suhaiza ini. Memang kena dengan dirinya. Cantik sangat-sangat. Adakah imej ini akan berkekalan? Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada Memey mengenai hal ini.

memey suhaiza bertudung

Namun yang pasti, Norman Hakim pastinya sangat gembira dengan imej isteri ini. Tambah menggembirakan sudah tentu anak-anak mereka yang mendapat kasih sayang daripada 2 orang ibu. Memang Abang Nara tabik spring kepada Abby dan Memey yang tidak mengingati sejarah lama untuk kebahagiaan anak-anak mereka.

memey suhaiza bertudung

Semoga kebahagiaan mereka sekeluarga akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga ia turut akan menjadi contoh buat masyarakat di luar sana. Kalau Abby dan Memey boleh lakukan, mengapa tidak anda? 2 lagi gambar terbaru Memey Suhaiza dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 22nd, 2013

Semenjak dua menjak ini, wall Facebook Abang Nara dipenuhi dengan video Gwiyomi. Gwiyomi ini berasal dari Korea namun kini dah jadi fenomena satu dunia. Dalam banyak-banyak video Gwiyomi, yang paling menarik bagi Abang Nara ialah versi gadis bertudung di bawah ini.

Comel kan? Abang Nara tertanya-tanya jugak kenapa tiba-tiba banyak pulak orang Malaysia buat video Gwiyomi ini. Rupa-rupanya mereka ini nak masuk DiGi Buddyz Gwiyomi Contest yang dianjurkan oleh DiGi Easy Prepaid.

gwiyomi

Fuh ~~ Hadiahnya memang terbaik. Boleh menang tiket ke Asia Super Showcase yang akan dihangatkan lagi dengan kehadiran Girls’ Generation, AOA dan Shinhwa. Lagi terbaik kalau menang Ultimate Prize sebab boleh ada Exclusive Backstage Tour. Bolehlah tengok apa yang ada di belakang pentas. Yang lagi best, Buddyz Passes membolehkan pemenangnya terus ke Super Zone tanpa perlu beratur dengan puluhan ribu pemegang tiket yang lain.

gwiyomi

Teruja kan? Abang Nara pun teruja sangat-sangat. Abang Nara memang minat sangat-sangat kat Girls Generation. Dapat tengok kelincahan mereka beraksi memang boleh pengsan dibuatnya. Untuk mendapatkan peluang ini, Abang Nara telah pun menyertai DiGi Buddyz Gwiyomi Contest dengan meng”upload” video Gwiyomi Abang Nara di Facebook DiGi Youths.

Comel tak? Maafkan Abang Nara kalau anda terpikat dengan kecomelan diri ini. Abang Nara memang comel sejak azali. Namun begitu, keyakinan Abang Nara untuk memenangi Ultimate Prize DiGi Buddyz Gwiyomi Contest kini berkurangan selepas melihat video sebab video Gwiyomi peserta lain. Boleh tahan hebat jugak!!!

gwiyomi

Hanya tinggal lebih kurang 13 hari sahaja lagi sebelum penyertaan untuk Buddyz Gwiyomi Contest ini ditutup. Kalau anda peminat setia Girls Generation dan mahu bertemu mereka di Asia Super Showcase, inilah peluang anda. Rakam video Gwiyomi anda secomel yang boleh. Pastikan anda adalah pengguna DiGi Easy Prepaid dan menepati syarat-syarat di bawah ini terlebih dahulu.

gwiyomi

Dengan DiGi Easy Prepaid, Buddyz Takkan Terpisah dengan 24 jam setiap hari Panggilan, SMS, Facebook dan Twitter PERCUMA. Lawati Facebook DiGi Youths untuk maklumat lanjut mengenai Buddyz Gwiyomi Contest. Selamat mencuba dan selamat ber”Gwiyomi” ~~~

Page 10 of 31« First...89101112...2030...Last »