Written by AbangNara | March 8th, 2013

Oho ~~ Ramai rupanya selebriti-selebriti wanita yang dilahirkan pada bulan Mac ini. Semuanya cantik-cantik dan comel-comel belaka. Salah seorang daripadanya ialah Elfira Loy, yang kini sedang popular menerusi rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia.
elifa loyBanyak juga rakan-rakan artis yang hadir untuk meraikan hari jadi si kecil molek ini. Seronok Abang Nara melihat hubungan mesra yang terjalin di antara mereka ini. Semoga akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

elfira loy

Buat Elfira, selamat hari lahir. Semoga murah rezeki, panjang umur dan dipermudahkan urusan anda. Lagi 7 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Elfira Loy.

 
Written by AbangNara | March 8th, 2013

Amboi nampaknya bahang pencerobohan Lahad Datu telah merebak kepada rakyat Filipina di Semenanjung Malaysia. Terbaru, Zed Zaidi telah membuat laporan polis terhadap pembantu rumahnya yang berasal dari Filipina kerana mengugut ibu mertuanya.

zed zaidi

Berikut ialah kata-kata ugutan yang dikeluarkan oleh orang gaji tersebut sebelum melarikan diri:-

Saya orang Sulu, suami saya orang Sulu, keluarga saya juga orang Sulu, Adakah puan tidak takut dengan saya?

zed zaidi

Pelik betul orang-orang asing yang datang bekerja di Malaysia ini. Seolah-olah tak mengenang budi. Nak ugut apa bagai. Nasib baik tak ada sebarang kehilangan atau kecederaan yang berlaku. Semoga Zed Zaidi cepat-cepat dapat cari pengganti pembantu rumahnya. Info asal SinarHarian.

Written by AbangNara | March 8th, 2013

Amboi ~~ Kecoh satu Malaysia kononnya si Nelydia Senrose sebenarnya merampas Qi Razali daripada kekasihnya dulu, Yunalis Zarai. Malah ada suara-suara sumbang yang menyatakan Nelydia sebenarnya menjadi punca perpisahan mereka berdua. Fuh ~~~

nelydia senrose

Kalau ada awek secun Nelydia Senrose datang mengorat memang boleh tergugat keimanan dibuatnya. Hehehe. Namun begitu, Nelydia sebenarnya langsung tidak terlibat di dalam proses perpisahan Yuna dan Qi. Kata Nelydia kepada Utusan Malaysia:-

Saya bukan perampas dan punca perpisahan Qi dengan Yuna. Malah sewaktu mereka bersama, saya dan Qi langsung tidak pernah berhubung. Hanya dua bulan kebelakangan ini baru kami rapat semula.

nelydia senroseAbang Nara tengok muka Nelydia pun tahu yang dia ini bukan jenis perampas. Muka suci murni gitu. Motto hidup Abang Nara masa muda dulu ialah jangan rampas awek orang tapi kalau dia clash dengan segeralah masuk line. Hehehe. Kepada Nelydia, semoga hubungan anda dengan Qi akan bertambah maju selepas ini.

P.S: Kereta Agera S Hunda

Written by AbangNara | March 8th, 2013

Susulan penahanan Nouri Ramli dan 2 orang anak saudaranya untuk membantu siasatan kes pembunuhan suaminya, muncul seorang yang dikenali dengan nama Da menerusi portal Murai memberitahu yang tindakan Nouri di dalam kejadian tersebut hanyalah sekadar untuk mempertahankan diri.

nouri ramli

Da yang menyatakan dirinya adalah kawan rapat buat Azmi (mangsa) dan Nouri memberitahu yang Azmi bukanlah seorang suami yang baik terhadap Nouri selama ini. Menurut Da, selepas berkahwin, Nouri banyak menyara keluarga mereka. Kata Da:-

Selepas Nouri mengandung, dia mengalami alahan yang teruk sehingga mulutnya senget. Namun, dia tetap menyara kehidupan sekeluarganya. Azmi langsung tidak buat apa-apa. Malah, Azmi pernah mengikuti saya ke satu majlis ketika Nouri sakit sarat mengandung. Waktu itu, Azmi langsung tidak pedulikan isterinya. Azmi juga banyak minum pada malam itu. Saya dan suami saya yang menghantarnya pulang. Sebelum pulang, saya dapati Azmi tidak terus masuk ke rumah sebaliknya menunggu di luar dulu agar bau arak itu hilang

nouri
Menurut Da, dia adalah orang terakhir yang dihubungi oleh Nouri selepas kejadian itu berlaku

Azmi pernah belasah isterinya di lif. Siap ada bukti dari CCTV lagi. Malah, jiran-jiran di situ pun sudah tahu. Pada malam kejadian itu, saya adalah orang yang terakhir dihubungi Nouri. Waktu itu, suaminya itu sudah mati dan polis sudah berada dirumah. Nouri sempat bercerita keadaan sebenar yang berlaku.

nouri

Da turut bercerita dengan lebih terperinci mengenai kejadian tersebut.

Pada malam Azmi mati, Nouri mengatakan Azmi telah merempuh masuk ke rumah itu. Waktu itu, pintu sliding rumah Nouri tidak berkunci. Lepas masuk, Azmi mengamuk dan terus pukul Nouri. Dua orang anak buahnya pun ada di situ menyaksikan kejadian. Waktu bergaduh, anak buah itu tidak berani dekat tetapi apabila Azmi sudah terduduk, mereka menghampirinya dan pegang Azmi. Selepas itu, Nouri meminta anak buahnya ambil tali pinggang dan mengikat suaminya itu supaya dia tidak bertindak agresif lagi

Makin complicated nampaknya kes ini setelah Abang Nara membaca kata-kata daripada si Da ini. Tidaklah pula diketahui kebenaran kata-kata insan bernama Da ini. Apa pun, sama-samalah kita tunggu hasil siasatan daripada pihak polis. Info asal portal Murai.

P.S: Kereta Lamborghini ini hanya ada 3 unit sahaja

Page 20 of 27« First...10...1819202122...Last »