Written by AbangNara | February 28th, 2013

Patutlah semenjak dua menjak ini Abang Nara lihat wajah Scha Al Yahya semakin cantik dan berseri-seri. Rupa-rupanya Scha mengamalkan pemakanan produk daripada SNE iaitu Beutskin Essence.

sne beutskin essence

Daripada apa yang Abang Nara tahu, Scha telah menggunakan produk ini selama 6 bulan sebelum mengambil keputusan untuk menjadi duta. Itu satu langkah yang bijak kerana Scha pastinya mahu tahu keberkesanan sesuatu produk sebelum menjadi jurucakap bagi produk tersebut.

sne beutskin essence

Untuk anda yang tidak tahu, SNE Beutskin Essence ini memang sedang hangat di pasaran. Yang paling penting, produknya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi tak perlu ragu-ragu untuk membeli atau mengamalkannya. Insya Allah tiada kesan sampingan yang merbahaya kepada anda.
sne beutskin essenceJadi kalau anda berminat untuk mendapatkan lebih banyak info mengenai SNE Beutskin Essence, boleh klik pada gambar di atas. Cubalah, mana tahu anda akan dapat wajah semulus Scha Al Yahya. Tak gitu?

Written by AbangNara | February 27th, 2013

Ya, kalau anda mengikuti Instagram Nabila Huda, sememangnya dipenuhi dengan gambar-gambar dirinya berposing dengan pakaian yang agak seksi di tempat-tempat pelancongan dalam dan luar negara. Banyak cacian dan makian yang telah Nabila terima kerana berkongsikan gambar-gambar ini.

nabila huda seksi

Namun jangan salah anggap, Nabila sebenarnya ingin berkongsi kecantikan pemandangan dan latar belakang di dalam gambar-gambar tersebut. Bukannya berkongsi gambar seksi dirinya. Abang Nara pun bila tengok gambar yang dikongsi oleh Nabila memang tak nampak langsung muka Nabila cuma nampak gambar pemandangan yang cun melecun kat belakang tue je.

Ia adalah perkara normal, semua orang akan muat naik gambar-gambar menarik mereka cuma mungkin pakaian saya sedikit seksi tapi sebenarnya bukan itu yang saya ingin tunjukkan kepada umum sebaliknya gambar pemandangan dan latar belakang gambar itu. Jangan menilai saya hanya dengan gambar-gambar tersebut, itu adalah kehidupan saya dan saya tidak mahu hipokrit.

nabila huda seksiBagus betul Nabila Huda ini. Bukan semua orang dapat pergi berjalan-jalan macam Nabila. Jadi kesudian Nabila berkongsi gambar pemandangan yang cantik amatlah dihargai. Dapat jugalah orang macam Abang Nara nie menikmati kecantikan tempat yang dilawati oleh Nabila. Lagipun kini Nabila Huda dah buat derk dengan pandangan masyarakat sekitarnya.

Dulu saya pernah rasa give up, saya rasa hidup saya tidak berguna apabila mengambil pusing apa yang orang ramai cakap. Namun sekarang saya buat tidak tahu sahaja, biarkan mereka cakap apa yang mereka mahu.

nabila huda seksi
Diharap Nabila Huda teruskan berkongsi gambar-gambar dirinya melancong. Teruskan berkongsi gambar-gambar pemandangan dan latar belakang yang menarik. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi photographer pulak. Tak ke gitu? Hehehe. Info asal Mstar Online.
nabila huda seksiP.S: Inilah testimoni daripada kami sendiri. Memang kelihatan natural, cantik dan lebih berseri menggunakan Bedak Arab Kokuryu. Anda pun boleh mencubanya. Hanya RM50 termasuk penghantaran. Tempah secara online di Facebook CantikNara atau email ke lorongsetia8@gmail.com atau Whatsapp/SMS ke 013-594-7061

Written by AbangNara | February 27th, 2013

Sesungguhnya wanita adalah makhluk Allah yang sangat unik. Di kala badan membesar seiring dengan kehamilan, wajah ibu-ibu mengandung makin bertambah keseriannya. Perkara yang sama berlaku kepada Diana Danielle yang kini sedang menyambung pelajarannya di Sydney, Australia.

diana danielle

Abang Nara pasti Diana Danielle pasti merindui suaminya, Farid Kamil sepanjang berada di sana. Namun itulah pengorbanan buat seorang isteri yang mahu memperbaiki dirinya daripada segi pendidikan. Pasti Farid Kamil tak sabar-sabar untuk bercuti dan melawat isterinya. Tambahan lagi kehamilan Diana Danielle makin hari makin sarat.

diana danielle

Semoga Diana Danielle sentiasa sihat dan anak di dalam kandungannya turut membesar tanpa sebarang masalah. Jangan lupa pergi checkup. Abang Nara tertanya-tanya adakah Diana akan melahirkan anaknya di Australia atau di Malaysia kelak. Apa pun, layankan lagi 8 keping gambar terbaru Diana Danielle dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Diana Danielle.

 
Written by AbangNara | February 27th, 2013

Nampaknya Aidil dan Rita masih saling berbalas-balas kenyataan mengenai masalah yang melanda rumahtangga mereka. Semalam Aidil mempersoalkan rasa sayang isterinya apabila sering diaibkan oleh Rita menerusi media. Sebentar tadi, Rita membalas kenyataan tersebut menerusi portal Murai.

rita rudaini dan aidil

Menurut Rita, dia sudah pun menjaga tingkah lakunya sebagai seorang perempuan, ibu dan isteri. Kata Rita:-

Dulu ketika mula Aidil tidak pulang ke rumah, bukan saya yang pergi bercerita kepada media tentang perkara itu. Tetapi orang yang melihatnya sendiri setelah menyedari hanya saya yang saja yang sentiasa beada bersama anak-anak, sudah tentu ianya menimbulkan persoalan dan akhirnya soalan tersebut pasti akan diajukan kepada saya. Kalau dia kata saya aibkan dia, daripada segi apa? Saya sudah pun menjaga tingkah laku saya sebagai perempuan, ibu dan isteri. Sebelum ini, dia yang banyak dikaitkan dengan beberapa orang wanita lain Kalau tidak benar, kenapa nama dia banyak dipetik dan bukannya saya? Malah orang di luar sana yang sering datang menyampaikan khabar kepada saya tentang kononnya mereka ternampak Aidil keluar dengan perempuan lain. Pada saya pula, apa gosip yang berlaku selepas krisis rumahtangga kami, itu adalah urusan Aidil dengan Allah SWT.

rita dan aidilSeolah-olah tiada kesudahan yang akan dicapai antara mereka berdua ini. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah. Selaku pemerhati, janganlah kita melabel mana-mana pihak sesuka hati kita. Biarlah pihak mahkamah yang membuat keputusan terlebih dahulu. Semoga mereka berdua akan berdamai jua satu hari nanti.
bedak arab kokuryuP.S: Harga promosi untuk Bedak Arab Kokuryu. Hanya RM50 termasuk penghantaran. Klik sini untuk membuat tempahan atau hantar email ke lorongsetia8@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Page 1 of 2812345...Last »