Written by AbangNara | January 23rd, 2013

Makin sayanglah nampaknya peminat-peminat Malaysia terhadap pelakon kacak dari Indonesia, Randy Pangalila ini. Mana taknya, susulan kontroversi Julia Perez menyatakan drama Malaysia tidak bagus, Randy tampil menyatakan perkara yang sama terhadap drama Indonesia.

randy pangalila

Menurut Randy, produksi di Indonesia juga ada yang tidak hebat dan tidak bagus. Namun kesemua itu lebih bergantung kepada sudut pandangan masing-masing. Kata Randy kepada portal Murai:-

Inilah dunia hiburan. Itu semua soal sensasi saja. Bagi saya, apa yang berlaku itu tergantung kepada pendapat masing-masing. Kalau di Indonesia, tidak semuanya produksi itu hebat dan bagus.Kalau mengikut kaca mata saya, yang bagus adalah seperti drama Ayat-Ayat Cinta dan Ada Apa Dengan Cinta. Apa yang Julia Perez kata mungkin dia terlibat dengan produksi yang kurang bagus. Di Indonesia pun ada yang tak bagus. Begitu juga di Hollywood. Saya sendiri pernah menonton cerita Hollywood yang sangat teruk produksinya. Apapun, ia terpulang dari sudut dan pandangan masing-masing. Bagi saya, saya lebih puas berlakon di Malaysia berbanding di Indonesia sendiri

randy

Terserlah sisi kematangan dan kebijaksanaan Randy Pangalila menerusi ayat-ayatnya di atas. Kan bagus kalau semua pelakon mempunyai daya pemikiran yang sebegini. Tak adalah statement-stament bodoh yang memakan diri sendiri. Tak ke gitu? Apa pendapat anda?
randy pangalilaP.S: Wow!!! Kacak bergaya sungguh Anuar Zain menghiasi majalah Maskulin. Memang terserlah ciri-ciri kelakiannya. Kalau anda mahu, anda boleh membaca edisi terbaru majalah ini secara online. Hanya perlu beli di Emall Karangkraf dengan harga yang lebih murah berbanding di kedai-kedai buku. Cubalah hari ini jugak!!!

Written by AbangNara | January 23rd, 2013

Nampaknya perkahwinan selebriti di tahun 2013 bakal dimulakan dengan pasangan Beego dan Linda Hashim terlebih dahulu (maaf, Liyana Jasmay kahwin bulan 2 ini dulu. Terlupa plak). Mereka berdua telah sepakat memilih tarikh 8 Jun 2013 untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri. Untuk makluman, Beego dan Linda Hashim telah bertunang pada Oktober tahun lalu.

beego dan linda hashim

Beego sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga yang hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja bersama Intan Shahira Mohd. Shahru. Ini adalah perkahwinan kali keduanya. Beego kini berusia 33 tahun sementara Linda Hashim pula 29 tahun. Memang sesuai sangat dah umur tersebut untuk mendirikan masjid.

beego dan linda hashim

Ada lebih kurang 4 bulan lagi sebelum hari istimewa Beego dan Linda Hashim. Semoga segala persiapan akan berjalan dengan lancar. Semoga perkahwinan yang bakal dibina kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Info asal Kosmo.

beego dan linda hashim

P.S: Penghantaran percuma untuk pembelian jubah pattern daripada Gudang.My. Jangan lepaskan peluang ini. Harga murah, kualiti tinggi dan customer service yang sangat efficient. Layari www.gudang.my atau LIKE Facebook Gudang.My untul info lanjut.

Written by AbangNara | January 23rd, 2013

Agak unik nama pelakon baru yang sedang meningkat naik ini. Nelydia Senrose kini semakin popular menerusi watak Ersalina di dalam drama Setia Hujung Nyawa. Dilahirkan pada tahun 1994, Nelydia Senrose merupakan gadis kacukan Kelantan dan Siam.

nelydia senrose

Selain memiliki wajah yang comel dan mata yang bulat, mutu lakonan yang ditunjukkan oleh Nelydia Senrose juga boleh dibanggakan. Senang cerita, Nelydia ada pakej yang tersendiri. Bukan sekadar terjun ke bidang lakonan kerana mempunyai wajah yang boleh dijual.

nelydia senrose

Semoga bintang Nelydia Senrose akan lebih bersinar pada tahun 2013. Kekalkan prestasi dan jangan popular kerana kontroversi. Lagi 13 keping gambar si comel Nelydia Senrose dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Instagram Nelydia Senrose.

nelydia senroseP.S: Maxi dress bercorak sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai anak kecil. Corak penuh pada dress dapat menyembunyikan sebarang kekotoran. Butang di bahagian depan boleh dibuka sepenuhnya, sesuai untuk ibu menyusu. Tali (sash) di pinggang memberi efek langsing dan lebih tinggi. Kain berkualiti tahan lasak, namun tetap beralun cantik menepati citarasa wanita Melayu. Layari www.edz.com.my atau LIKE Facebook EDZ untuk info lanjut.

 
Written by AbangNara | January 22nd, 2013

Oh jelesnya Abang Nara melihat gambar-gambar Puteri Chichi bermain salji di Korea. Teringat kenangan lama. Seronok memang seronok ketika musim sejuk, tapi kesejukannya menusuk sehingga ke tulang. Tahap malas nak keluar rumah jugaklah.

puteri chichi

Kalau anda seorang yang tahan sejuk, bolehlah melawat Korea dalam hujung bulan Disember sehingga pertengahan bulan Februari untuk merasai sendiri musim sejuk di sana. Pesanan Abang Nara, pakailah tebal-tebal sebab suhunya boleh mencecah -15 darjah celcius. Boleh beku telinga dibuatnya.

puteri chichi

Puteri Chichi bakal muncul dalam drama Budak Flat Jalan Bayan bersama Namron,Syafiee Naswip dan Sharifah Aryana pada hari Khamis, 24 Januari ini. Jangan lupa saksikan tayangan drama hebat ini bermula jam 8.30 malam di TV9. Tengok post pun nampak macam cerita yang menarik kan?

puteri chichi

18 lagi gambar Puteri Chichi berjalan-jalan di Korea dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 9 of 33« First...7891011...2030...Last »